Finally...

Muhammad Addam Al-Rizqy

Finally, debaran aku dah berakhir 4/2 yang lepas. Tuhan je yang tau betapa aku takut nak kena bedah pada hari tu. Ye la sebelum ni aku bersalin normal, dan dari cerita kawan-kawan, czer ni sakit n macam2 horor lain. Tp the fact is tak la seteruk mana. Bagi aku sama jer bersalin secara operate atau normal. Dua-dua ada sakitnyer tersendiri. Sakit bersalin normal beberapa jam semasa contraction. Lepas keluar anak, sakit kat tempat jahit. Bagi operate plak, labour pain tak ada. Cuma the first few days tu memang crutial skit terutama masa 1st time nak turun katil. Proses pantang pun sama gak. Dulu org kata pantang czer tak leh pakai benkung, tp skang hospital galakkan pakai bengkung. Aku pun bertungku, lulur, makan jamu sama je ngan pantang normal. Ok la aku cerita skit pengalaman aku dari hari sebelum aku operate.

3 Februari (Sehari sebelum)

Aku sebelum keluar pekena sup ekor
Malam ni aku kena puasa start kul 12 malam. Aku memang time ni cuak gila tak ingat. Malam ni aku makan sepuas2nya. Adik aku Sofia bawak aku keluar makan. Dia belanja aku sup ekor. Pastu aku balik umah aku bedal air coke sampai dekat sebotol besar tu. Setiap masa aku tengok jam je. Malam ni memang aku tak leh tido langsung. Kejap2 aku terjaga. Tak dapat aku imagine macam mana keadaan aku esok hari. Dah la nak masuk OT kul 10 pagi..cuak gila beb.

4 Februari (Hari kejadian)

On the way ke Pusrawi
Pagi ni aku bangun paling awal. Sebelum alarm clock bunyi aku dah terbangun walaupun aku tido pukul 2 pagi. Aku bertolak ke Pusrawi kul 8.30 pagi. Sampai je kat emergancy trus dorang bawak g wad. Nurse bagi aku  baju and suruh bersiap sedia sebab nk proceed sebelum waktu sembahyang jumaat.

Bila aku dah siap, aku disuruh baring atas katil pastu ditolak. Masa tu ada mama ngan my hubby je. Dorang cium aku pastu terus tolak masuk OT. Aku puanya cuak jangan la cakap. Dah la nak masuk bilik bedah tu banyak gila pintu. Nurse2 dalam bilik OT tu siapkan semua peralatan. Pakar bius pun dah ready nak bius aku. Aku sebolehnya nak mintak bius penuh tapi doc tu cakap dia akan bius separuh aku ikut je.

Lepas dia bius, perlahan2 kaki aku dah mula tak rasa. Doc Salleh pun masuk OT and siap sedia nak mula. Dia start cuci perut aku. Terkejut sangat aku sebab aku boleh rasa apa yang dia buat kat perut aku. Belum sempat aku tanya dia, Doc Saleh dah cakap ngan aku.." Awak jangan takut. Saya cuci perut awak ni memang awak rasa. Jap lagi saya belah awak tak akan rasa sakit,". Ye ye je doc ni. Cuak gak aku. Pastu boleh dia cakap, kalau tak percaya kat dia, nanti kalau aku rasa sakit aku bangun la lari dari bilik bedah ni..hahahahaha...Pastu boleh plak dia cakap, "Julia, saya dah belah ni awak rasa tak?..hahahahaha...kelakar pun ada.

Lagi yang menambahkan nebes tu sebab kita sedar apa yang dia buat. And kita tau perosedur2 dia. Walau dia tutup bahagian perut tu supaya kita tak nampak tapi kita boleh tau bila dia belah, bila dia nak kuar kan baby, bila nak kuar kan uri. Aku boleh rasa perut aku bergerak and bergoyang2. Cuak beb. Tp tak der la rasa sakit ke apa.

Sekejap je baby dah keluar. Dalam 20 minit gitu je. Tapi dia nak jahit tu lama gila. Masa ni aku muntah dua kali mayb kesan ubat bius tu. Kaki plak rasa lenguh gila babi. Rasa nak suruh org picit2 je. Sepanjang operasi dalam satu jam gitu aku leh dengar semua perbualan doc. Selamba je dorang ni. Citer anak kawan dorang nak kawin, nak pegi kenduri malam jap lagi. Yang best nye, cerita gerai bakso sedap pun masuk dalam bilik OT. Hahahaha. Ye la, nama pun doc pakar and dah berpuluh2 kot Dr. Saleh tu. Even kawan adik aku yang skang ni dah umur 25 tahun pun disambut oleh Dr Saleh ni. bayangkan dah berapa lama dia buat keja tu kan. Tabik la Dr Saleh.

Lepas settle semua aku masuk wad. Sepanjang hari tu aku baring jela. Ubat bius tak habis lagi. Time ni aku muntah lagi 3 kali. Pastu aku jadi gatal2 kesan dari ubat bisu.


Few hours after

5 Februari (keesokan harinya)

Hari ni ubat bius dah habis. Aku dah mula rasa sakit. Tapi aku tak bangun dari katil lagi so tak la ketara sangat. Urine bag pun ada lagi. Hari ni aku cuba angkat2 skit kaki aku takut krem nanti. Tapi aku tak berani lak lebih2. Ada member aku hari kedua ni nurse dah cabut bag kencing n suruh bangun., Sib baik Pusrawi tak paksa. Hari ni dorang mandikan aku and tukar baju semua. Walaupun dia ada gerak2kan aku tapi rasa sakit tu tak la ketara sangat.

Aku sebenarnya tabik gila dengan nurse2 ni. Keja dorang antara kerja yang amat mencabar and aku anggap mulia. Bayangkan, dorang lapkan aku and cuci bahagian2 yang tak terpikir kita akan buat. Dorang buat dengan teliti and sampai bersih. Aku memang hargai gila tugas2 dorang tu. (Kepada nurse2 di Wad An-Nur, Tkt 6, Pusrawi, terima kasih jaga saya and baby selama 6 hari).

6 Februari (hari yang ditakuti)
Pagi-pagi buta lagi nurse dah datang katil bukak urine bag. Pastu dia kata lepas ni kena kencing kat bilik air. Pastu datang nurse lain nak tukar cadar katil. Memang sah la aku kena bangun. Dorang tolong aku nak bangun perlahan2. Masa pijak lantai kali pertama, nauzubillah tuhan je tau sakit dia macam mana. Tangkap semua sendi yang ada. Dorang letak aku kat kerusi sebelah tu. Tetiba aku jadi pening cam nak pitam. mayb coz aku dah baring dua hari.

Bila dorang dah habis kemaskan katil, dorang terus blah. Kurang asam betul, dia tinggal aku kat kerusi tu sorang2. Dah la call button jauh ada atas katil. Oleh kerana breakfast dah sampai aku makan dulu breakfast kat kerusi tu. Jenuh aku nak pk mcm mana aku nak naik balik kat katil tu. Dah la dia tak turunkan balik katil tu kepada ketinggian yang sesuai ngan aku (maklumlam aku pendek). Sejam wei aku amik masa nak panjat balik katil tu. Sampai berpeluh2 aku menahan sakit. Tp lepas2 tu dah ok dah and tak la sakit seperti 1st time. Ari ni juga nurse suh aku menyusu kat nursery. Sib baik time tu laki aku dah sampai so boleh papah aku.

Aku balik 9 Februari sebab anak aku kuning. Ok gak duk lama2 kat spital. Atleast balik umah dah kuat sikit so tak der la menyusahkan orang. Lagipun aku suka duk spital..semua orang layan..nak apa2 tekan je butang..muahahahaha....

Comments

akuzle ayu said…
atoii!! baca pon cuak. dr saleh tebaekk!! maybe depa nyembang tuh nk kurangkan nebes awk kots. pengalaman 'deliver' mmg x dpt nk gambarkan... termahal kan?

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland