Tuesday, February 1, 2011

Mungkin last day...

Ari ni mungkin last day aku sebelum bersalin. Skang dah 37 weeks +. Esok ada check up dengan doc kalau dia kata baby still breech (songsang) aku suh dia terus operate je la. Tak payah tunggu lama2 buat berat badan je. Ari tu aku masuk spital dua malam. Mula2 datang spital sebab baby nye movement slow n aku dah sakit sangat kaki n kelengkang. Nak mintak MC. Last2 kena warded. Check punya check rupanya aku dah ada contraction. Tp heart beat baby ok so doc consider false labor. dia bagi aku mc 8 hari sampai esok.

Dua hari duduk kat spital bosan gila. Dah la duduk kat wad sakit puan. Semua org sakit cam kronik2 je. Kakak satu bilik ngan aku kena kanser breast dah tahap empat. Kanser dah merebak satu badan dah. Yang aku ni mula2 masuk bilik bagi tau takut nak kena operate sebab baby breech. Padahal dia punya sakit kira bertarung nyawa 50/50. Pastu hari esok aku tukar bilik empat orang, sorang nak kena buang rahim, sorang baru tau ada kanser rahim (menangis je tak habis2) yang sorang lagi mengandung luar rahim so kena buang tiub filapio dia. Yang tu pun menangis gak sebab takut nanti tak leh mengandung lagi.

 Kali ni punya pregnancy aku tukar tiga orang doc pakar kat purawi ni. Mula2 aku ngan Dr. Marsita sebab dah biasa ngan dia masa pregnant Addam dulu. Dia baik, islamik gila (penuh dengan doa2 buat kita rasa tenang) and banyak bagi nasihat. Pastu tetiba dia kena tukar spital lain (Ampang Puteri) time pregnancy aku 8 bulan. Dia suh aku tukar spital tapi cam payah je dah tinggal lagi 2/3 bulan je nak bersalin. Tp kalau ikutkan hati nak je dia yang sambut gak baby ni. So aku tukar ngan Dr. Daud ats recomendation ramai org. Sempat la dua kali check up pastu 3rd time aku dtg emergancy dia dah balik. Nurse tukar ngan Dr. Saleh. Next check up pun ngan Dr Saleh gak may be Dr Daud cuti raya cina kot. So far tiga2 Dr ni baik and buat kita rasa selesa...

Skang ni aku tengah menunggu masa sesuai nak g tesco cari bengkung getah zap on tu. Sebab kalau czer bengkung tu sesuai. Aku tengok kat online, bengkung moden tu org nak jual sampai RM200. Ada kakak tu beli kat Tesco je baru RM39.90. Harap2 kali ni perut aku leh turun cepat skit n berjaya kurangkan berat dgn pantas.

Dulu berat naik sampai 20kg. Sampai lepas pantang leh turun 8kg je. Ada baki 12kg lagi. Aku kena berazam lebih skit kali ni. Huhuhuhu..Chaiyok..you can do it Julia!!!.. hahahahaha

3 comments:

Anonymous said...

dr marsita was asked to leave pantai hospital & pusrawi. dia tu berlagak ajer baik tapi ...............only god knows what she have done to many patients

juliaismail said...

La ye ke...Tu la tertanya2 jugak kenapa dia tetiba plak kena tukar. Sebelum tu pun ada gak time tak leh check up ngan dia katanya ada masalah ngan insurance ke apa. Tp ok balik about few months pastu terus keluar. Apa yang dia buat?

armouris said...

info tentang bersalin dalam air di SIHAT SELALU - Bersalin Dalam Air Kurang Sakit