Petua menjaga Ketiak..

Bila baca tajuk tu mesti ramai yang nak tergelak kan..aku pun rasa nak tergelak sebenarnya tapi ilmu ini berguna untuk semua wanita yang mengalami masalah perubahan warna ketiak dan juga masalah ketika mahu mencabut bulu ketiak.

Caranya sangat mudah. Aku dapat daripada kawan aku beberapa bulan yang lepas tetapi aku tak masukkan dalam entri blog ini sebab seperti biasa aku perlu mencuba dahulu., Kalau berkesan baru aku kongsikan kepada rakan-rakan pembaca.

Anda hanya perlukan kapur..Kapur yang digunakan untuk memasak. Caranya..sapukan kapur tersebut dibahagian ketiak anda. Biarkan sehingga kering..bila kering..anda boleh mencabut bulu ketiak anda dengan hanya menggunakan tangan tanpa perlu pengepit. Gunakan cara ini setiap kali ingin mencabut bulu ketiak atau pun tiga kali seminggu.

Dalam masa sebulan anda akan mendapati bulu ketiak anda tidak tumbuh seperti selalunya selain bahagian kulit akan mencari semakin cerah..Lama kelamaan, bahagian tersebut akan menjadi bersih dan tidak memerlukan penjagaan sekerap sebelum ini..

Selamat mencuba..

Comments

Anonymous said…
gunakan kapur apa???
juliaismail said…
sory lambat reply..guna kapur biasa yang kita buat masak or org tua buat makan sireh tu

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri