Kehidupan Tanpa Rahim - Dairi Kak J



Bulan ni dah masuk Oktober. Hampir 6 bulan selepas melahirkan Camelia Imani. Dan hampir enam bulan juga aku telah hidup tanpa sebahagian daripada organ dalamam aku iaitu Rahim. Sesuatu yang merupakan tonggak utama menjadikan seseorang itu wanita sejati.


Ramai yang menunjukkan muka sedih bila aku bagi tau terpaksa buang rahim masa bersalin April lepas sebab komplikasi yang hampir meragut nyawa. Agaknya ramai yang merasakan hidup aku sudah gelap sebab dah tak ada rahim. Sesuatu yang amat penting bagi seseorang jika dia mahukan zuriat. Ramai yang tumpang sedih. Ye la kan.. terpaksa mengharungi saki baki kehidupan tanpa rahim pada usia baru 33 tahun.

Kalau tanya aku? mula2 masa keluar dari ICU, jujur memang aku sedih. Dengan nak menanggung sakit ekoran pembedahan Major yang baru aku lalui, dengan kecederaan di pundi kencing dan perlu di repair..bertarung pulak dengan perasaan. Sememangnya tak tertanggung hati. Tapi apa yang terjadi ada sebabnya. Kita muhasabah diri.

Ada yang tanya.. APA BEZANYA bila tak ada rahim? Ramai yang mengkaitkan hysterectomy atau buang rahim dengan Menopause. Namun, ramai yanng tidak tahu sebenarnya apa itu menopause. Menopause adalah keadaan di mana kilang telur kita iaitu ovari gagal berfungsi dan tidak menghasilkan telur. Ovari terletak di pelvis dan dihubungkan melalui tiub Falopio. Ovari menghasilkan telur dan hormon wanita. Ovari dan juga rahim adalah organ pembiakan seorang wanita. Tanpa salah satu daripada organ tersebut, wanita tidak boleh melahirkan zuriat.

Ok..berbalik kepada prosedur yang aku lalui April lepas iaitu emergancy hysterectomy yang membuang rahim dan sebahagian daripada servik. Hysterectomy adalah tiga kategory.

1. Partial Hysterectomy iaitu membuang rahim

2. Total Hyterectomy iaitu membuang rahim dan sebahagian servik

3. Radical Hysterctomy membuang rahim dan servik dan juga ovari.

Mine is nombor 2..

Bermakna, ovari masih ada dan telur2 masih lagi dihasilkan setiap bulan cuma dia tidak boleh disenyawakan kerana tidak mempunyai rahim. So, bila tanya apa perbezaan sebelum dan selepas, aku tak tau nak cakap. Aku tak ada side effect lain sepeti wanita menopause seperti sakit kepala, moody, kulit kering, vagina kering, rambut gugur dan etc. Cuma apa yang sama adalah aku sudah tidak ada haid.

So, sekiranya sesiapa yang bump up to my entry and read this, before u ask people yang pernah lalui hysterectomy ni, pls be sensitive. Sebelum tanya faham dulu apa itu hysterectomy. Jangan la keluarkan perkataan macam . "Oh..kiranya kau dah monopos la kan," "Mesti kau moody sebab hormon dah tak stabil", "Kiranya Cik V pun kering la kan" "Mesti bersama suami dah tak ada feel".

Di sini nak aku terangkan, gangguan2 seperti sakit2 badan, sendi, sakit kepala, kulit kering, vagina kering, dan etc seperti mana yang sedia tahu simptom2 monopos tidak semestikan akan dialami oleh mereka2 yang telah menjalani prosedur hysterectomy atau membuang rahim. Selagi ovarinya masih ada, selagi kilang telurnya masih ada, maka, horman badannya masih ada. So, simptom2 menopause tidak ada pada aku melainkan aku sudah tidak datang haid. Badan aku (Ovari ) masih menghasilkan horman yang membolehkan aku menyusu dan sebagainya. So tidak perlu aku mengambil supliment tambahan untuk menstabilkan hormon.

Bila ditanya, apa perbezaannya, jawapan aku senang saja..tiada beza pada perubahan badan cuma aku jimat sebab tak perlu beli sanitary pads dah.


Comments

jutawanherbs said…
Saya Assalamualaikum,
En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk Jutawan Herbs

Sy ada menjual herba warisan yg boleh merawat semua jenis kanser dari tahap 1 hingga tahap 4 dan juga untuk sakit lutut dan asthma. Herba warisan ini tidak mengganggu rawatan kimoterapi. Ia boleh diambil semasa rawatan hospital, malah lagi baik jika berubat bersama² supaya lebih cepat sembuh. Daun2 herba yg terpilih ini terbukti mujarab dan sukar dijumpai, malah belum ada mana2 syarikat yg mengeluarkan herba ini. Ia herba khusus merawat kanser. Fokus herba ini untuk membunuh sel-sel kanser hingga tahap akar umbi supaya kanser tidak berulang lagi. Jangan biarkan penyakit anda menghuni dlm tubuh terlalu lama. Sel kanser akan merebak ke organ-organ lain. Setiap penyakit ada penawarnya, herba bukanlah benda asing lg, jangan was-was, sejak beratus tahun herba sudah digunakan oleh nenek moyang kita. Ia penawar ciptaan tuhan. Benda semulajadi tidak akan mengganggu rawatan moden. Kita usaha merawat sehabis boleh. Tidak ada sesiapa yg boleh menetap kan utk sembuh tidak boleh bercampur-campur rawatan.

Penawar dah ada, hubungi sy secepat mungkin .Bukan pesakit kanser juga boleh amalkan herba ini sebagai amalan harian untuk mencegah kanser. Untuk pesakit kanser pula sy akan bantu merawat sehingga sembuh dgn herba ini. Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagaimana untuk hadapi kanser, serta cara-cara utk berdepan dgn kanser. Cara menjaga pemakanan dan nasihat lain utk anda.Sy dh jumpa ramai pesakit, mungkin kita blh berkongsi pendapat bagaimana hendak merawat sampai sembuh. Ramai pesakit sy dah sembuh, anda bila lagi....? 😊

Boleh singgah di youtube channel kami di Jutawan Herbs utk melihat testimoni kanser. Sila layari laman facebok saya JUTAWAN HERBS.

Testimoni-Testimoni pengguna JUTAWAN HERBS

▪️ Kanser payudara stage 4

Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM.
Sekarang dah sembuh dan sihat, dulu doktor berkata dia mampu hidup setahun saja lagi. Selepas itu dia mula minum jus herba sampai sekarang, lebih 6tahun dia minum. Dia menerbitkan buku perjuangan kanser sepanjang hidupnya dengan herba. (Buku boleh order dgn sy). Dia menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, Tv1 menceritakan tentang kanser.





Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri