Camelia Imanie - Pengubat luka sang ibu


Sebahagian dari diri aku rasa amat sedih sebab ni lah yang terakhir kali aku dapat merasakan pergerakan bayi di dalam perut..dapat merasa sembabnya kaki membawa bebanan si kecil ini..dapat merasakan indahnya pandangan mata si kecil memandang tepat di mata ketika sedang menyusu..kulit bersentuhan..tak dapat aku bayangkan sekiranya tuhan menarik nikmat yang aku rasai kini kerana sudah tentu ini adalah kali terakhir aku boleh memgandung dan melahirkan. Ya allah sedihnya..

Tapi dalam kesedihan itu..aku harusnya bersyukur kerana tuhan telah pinjamkan aku nikmat itu walaupun diturunkan dugaan maha hebat.. perlu kita sedar..seberat2 dugaan yang diturunkan..ada lagi insan yang menanggung dugaan lebih berat dari kita..oleh itu..aku bersyukur dengam setiap dugaan supaya mengingat kan kita pada mati, dosa dan pahala. Moga aku lebih istiqomah di masa hadapan. AMIN

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland