Tuesday, October 25, 2016

Cara Membuat Air Jamu Sendiri di Rumah

Air Jamu Kak J - 0192682280 ig-@juliaismail83


Sekali lagi aku nak share resipi Jamu Homemade. Last entry kalau tak silap tahun 2012. Ok, Aku memang amalkan jamu kunyit ni. Selain baleh membantu merawat masalah wanita, ia dapat melambatkan penuaan dan juga menguruskan badan. Tak rugi kalau amalkan. Ok..ini resipinya di bawah. Mari kita kongsi manfaatnya.



Bahan-bahannya.

1. Kunyit
2. Halia
3. Manjakani
4. Gula Merah
5. Asam Jawa
6. Asam Keping
7. Sireh

CARA MEMBUATNYA

1. Potong kunyit, halia, sireh dalam ketulan yang agak kecil dan rebus bersama manjakani.

2. Apabila semua bahan sudah masak tos kan dan kemudian kisar. Air rebusan tadi jangan dibuang dan boleh dicampurkan. (tujuan merebus dahulu semua bahan adalah untuk mengelakkan getah kunyit melekat pada blender anda)

3. Kemudian tapis/perah (guna penapis kain). Ulang kisar bahan2 tadi (hampas) dengan air dan tapis sehingga sarinya habis.

4. Kemudian panaskan kembali dengan gula merah dan ais asam jawa. (gula merah untuk penyedap rasa)

5. Biarkan sejuk sebelum simpan.

peringatan

*cukup sekadar meletakkan sebiji manjakani kerana rasanya pahit. Sekiranya anda boleh menelan jamu yang pahit boleh letak mengikut kehendak anda. Jika tk nak letak pun tak apa.


Pada yang malas nak buat sendiri tu..Iols ada buatkan jamu fresh..sebotol RM15 sahaja. Boleh COD di Puchong, Kelana Jaya dan Selayang. Kalau nak di pos kan pun boleh. Apa2 boleh whataps 0192682280 n follow IG iols @juliaismail83
Kak J belanja gambar terbaru. Gambar last month..5 month after hysterectomy

1 comment:

ayunidati said...

tahniah sbb da kurus... ape pun semoga gembira selalu dan sentiasa dirahmati Allah selalu....

saya pun tengah berusaha nak kuruskan badan ... hope dpt badan macm awak..