Placenta Previa vs Placenta Accreta

*Amaran keras..artikel ini lebih panjang dari artikel KENTUT. Selamat membaca.

Hai semua..Hari ni Kak J nak bagi info skit khas tuk bakal2 ibu..ibu2 mengandung dan jugak semua wanita2 yang sudi baca Kak J nak membebel panjang2. Ari ni Kak J nak cerita pasal Placenta Previa dan juga Placenta Accreta. Mungkin ada yng dh tau mungkin ada yg xtau.

Term PLACENTA PREVIA ni popular gak di kalangan ibu2 mengandung ni. Ada yang kata..ala..biasa la tu uri kat bawah..aku dulu 3 anak uri duk bawah..ok je..apa Kak J nak cakap kat org2 mcm ni 'taik hang'..xjadi apa2 kat hang tak pa la. Ok ..Placenta Previa ni adalah satu komplikasi ketika mengandung di mana uri berada di bahagian bawah menutup pintu rahim. Apabila ini berlaku, kelahiran secara normal adalah sangat mustahil dan pembedahan perlu dilakukan. Risiko untuk berlaku pendarahan selepas
bersalin adalah sangat tinggi. Kak J ada kawan yang tumpah darah selepas selesai czer dan doktor terpaksa bukak balik jahitan untuk betulkan apa yg sepatutnya kemudian jahit balik dan dia terpaksa dimasukkan 11 bag darah. Bagi yang hamil dengan Placenta Previa, kecenderungan untuk berlaku pendarahan ketika kehamilan adalah sangat tinggi begitu juga dengan kelahiran pramatang.

Ok..settle bab Placenta Previa, kita pergi pula kepada PLACENTA ACCRETA. Mungkin term ni jarang kita dengar betul tak. Ibu yang mengandung dengan kondisi Placenta Previa berisiko untuk mengalami Placenta Accreta iaitu uri melekat pada otot-otot rahim. Keadaan ini sangat bahaya dan berupaya meragut nyawa si ibu. Namun, risiko placenta accreta dalam kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja. Bagaimanapun risiko bagi ibu yang pernah melakukan pembedahan adalah 25 peratus. Apabila Accreta berlaku, hysterectomy harus dilakukan demi menyelamatkan nyawa si ibu. Accreta sangat jarang berlaku.

Doktor sendiri tidak mempunyai jawapan mengapa Previa atau Accreta ini berlaku. Previa boleh dikesan melalui ujian ultrasound manakala accreta memerlukan ujian yang lebih detail dan kebanyakan kes hanya dikesan semasa prosedur csec itu sendiri.

*Pengalaman Kak J
Dikesan uri berada di bawah masa kandungan usia 7 bln. Dua kali dimasukkan ke hospital kerana pendarahan. Semasa minggu ke 34, nyaris2 nak melahirkan baby pra matang tapi doktor sedaya upaya menahan proses kelahiran. Semasa minggu ke 35 ujian ultrasound menunjukan ada dua bahagian uri. Satu di bawah menutup pintu rahim dan satu lagi di bahagian tepi. Doktor bagi tarikh seminggu lagi untuk scan untuk mendapatkan kepastian. Tapi, tuhan dah tentukan Kak J masuk emergancy sehari sebelum tarikh appoinment n terus scheduled for csec.

10 minit selepas baby keluar..Kak J hilang 1.6 liter darah. Kak J dengar bby nangis je tapi xdpt tgk. Bilik bedah dh kelam kabut..Doktor cuba membuang uri dengan cara 'scoop menggunakan tangan' tapi gagal. I keep losing blood. Kak J pun dh mula pening2 sebab hilang darah banyak. Doktor mula explain apa berlaku n what she need to do. Kak J terpaksa menerima hakikat apa yg paling ditakuti semua wanita dalam masa yang sangat singkat sebelum pengsan. Pakar bius cuba tenangkan Kak J walaupun time tu serius aku blur..hahahaha..sempat la dengar doktor jerit mintak darah.. Gynea bagi arahan kat pakar bius yang Kak J sendiri tak paham. Gynea mintak carikan gynea lain dengan kadar segera. Akhir sekali iols pengsan dh..xsedar apa.

Bila sedar2, Kak J kat ICU. Ada wayar kat tangan kanan, n satu tiub kat urat tengkuk tuk masukkan darah and all the medication. Pastu segala macam wayar kat dada..mesin nyawa kat atas kepala duk bunyi tit..tit..tit..ada device apa ntah duk kepit kat jari..scary uols..Mujur Kak J masih hidup..kalau x sian baby. That time baru Kak j tau total darah yang masuk adalah 23bag. Sepanjang stay kat SJMC..Kak J sangat sangat pemes sebab satu spital tau kes Kak J..at that moment i know how serious the situation are sampai org yang tolak wheel chair pun boleh cakap..oh..awakla yang 'Kod Oren' ari tu..

Ok..serius krem jari menaip..ni la kan bila reporter sakit..kes diri sendiri pun nak diceritakan..hahahaja..selamat menbaca dan harap kita sama2 dapat manfaatkan sedikit info ini..

Apa2 pun Kak j bersyukur dan muhasabah diri. Walapun ujian kita sudah dirasakan seberat2 nya tapi kita perlu ingat ada lagi insan yang menanggung dugaan lebih berat dari kita.

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri