Trend hina menghina..

Trend hina menghina ni aku tengok sangat berleluasa terutama zaman dunia di hujung jari ni..jika dulu kita menghina, kutuk or mengata orang yang kita kenal sahaja..skang ni orng yang tak kenal..bukan adik beradik, kawan or senang citer ni body pun jadibahan bualan di laman internet ni..aku rasa macam dah makin kronik dah..

Sekarang ni orang tengah hebat cerita pasal budak swedan tu..mula-mula kutuk kerajaan sweden..skang ni kutuk parent budak2 tu pulak..kata padan muka..patut masuk ppenjara sebab dera anak, semua tu gara2 seorang hamba allah yang mengaku  jiran..kalau kutuk sikit2 tak pa gak ni kutuk sampai tulang hitam seolah2 kita tahu a-z. Biarla kes tu habis dulu..nampak sangat komen2 tu semua tak berasaskan pemikiran wajar.

Kutuk kerajaan atau pun pembangkang tu toksah kata la..yang kes ni sampai kena tangkap polis pun ada..tu la orang zaman sekarang ni makin maju makin cetek plak pemikiran..keluar kenyataan kat FB/twitter nk bom la..nk bunuh la..yang paling kelakar nk ugut bunuh pemain bola pasal game tak best..boleh plak macam tu..bukan dia kenal pun orang tu..tak pasal2 ko kena masuk lokap.

Sekarang ni aku tengok, trrend kutuk hospital pun ada..Hospital ni macam tu la macam ni la..ada yang panggil nurse hospital kerajaan tu pelacur pun ada..yang ni aku tak paham betul org jenis gini..dah la ko masuk spital free..ko nak layanan macam mana..nurse tu pun banyak patient dia nak attend..Masa aku taip entry ni aku ada di Hospital Pakar Perdana sebab anak admit kena hfmd. Memang la aku akui aku tak pernah masuk spital kerajaan (sebab company cover termasuk bersalin) tapi kita kena faham, apa yang nurse ni buat belum tentu kita boleh buat. Dia melayan kita bila kita sakit..anak kita dapat rawatan..Mmg la kemalangan atau kelalaian do happen betul tak..kalau nak amik tindakan silakan..tak perlulah keluarrkan kata2 kesat..tapi selalunya yang aku tengok, orang lain yang lebih2 komen, kutuk n hina bagai2..cuba bayangkan kalau kita tak ada subsidi kesihatan yang government kasi. Negara lain tak dapat macam kita dapat tau.. Kita kena bayar mahal untuk rawatan..mampu kah? sejujurnya kalaucompany tak cover medical aku sekeluarga..aku tak mampu..

Yang bercerita pasal agama pun ada. tapi bila perihal agama dikaitkan dinegara kita selalunya ada kait mengait dengan politik..Orang ni pijak gambar, tawar duit utk tampar, kata melayu babi..aduh..perlu ke..nak politik pun politik la..xyah la sampai menghina..tapi yang aku hairan tu ada plak pihak yang nak bagi serang balas..

Hina mengenai didikan agama dan pembawakan seseorang..Selalunya bila melibatkan budak2 yang mengupload sesuatu yang nonsense..perkara yang aku kurang senang is "kalau dia jadi adik aku dah lama aku lempang',"kurang ajar punya budak, mak bapak dia tak ajar ke..macam mana dia didik anak", "ini la budak zaman sekarang, belum apa2 lagi dah kemaruk cinta..bodoh"..macam2 la kata makian akan keluar bila ada budak2 yang buat video2 mengarut or status merapu. Aku cuma nak tanya sesuatu je pada insan-insan ini, pernahkah anda muda? pernahkah anda lalui saat itu (cinta monyet)..Kebanyakkan yang komen gitu, sama je..cuma dulu kita tak ada you tube..xde hp canggih..xde fb..kalau ada mungkin kita sama je kan..biar je la dia buat silap..jangan malukan mereka..kita tak kenal pun dornag siapa..kalau betul dia adik ko, korang tak kan upload kat status betul tak..atau share..selalunya mereka akan belajar dari kesilapan dan biarla mak bapak dia ajar mereka atau  pun sesiapa yang bertanggungjawab. Diorang bukan boleh baca pun nasihat korang. Aku percaya..tindakan korang share semua tu lagi memusnahkan hidup budak tu..tak ke dapat dosa free..

Sosial media ni adalah senjatan paling utama yang boleh memecah belahkan masyarakt skang ni..sedar tak sedar, itulah hakikatnya. Dari situ keluarrnya kelemahan masing2..baran masing2 yang menjadi bukti kukuh jika hendak dibawa ke muka pengadilan.. JIka dulu, kita gaduh..maki2..2-3 tahun depan orng dah lupa n xde bukti kalau nak bangkitkan balik. Skang ni, bila sekali dah ada yang print skrin, sampai mati la kita boleh tengok kebodohan kita.

Aku  bukak FB sebab bosan..tapi setiap kali aku bukak aku rasa aura negatif, rasa marah dan sering mempersoalkan sikap masing2 yang aku rasa agak keterlaluan..mungkin aku dah semakin  berumur..hati semakin rapuh..

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland