Thursday, March 14, 2013

Gambar bayi berdarah gemparkan pengguna FB..



Semalam semua pengguna FB naik berang sebab gambar ni..mesti ramai dah tengok kan..macam2 komen tuan punya FB ni dapat..Ok la malas nk citer panjang..aku masukkan penjelasan hospital dan parent dia pasal benda ni.. Sebabkan gambar ni..pihak Hospital telah memanggil media untuk satu sidang media pada pukul 10 malam..terima kasih la pada si polan yng post gambar ni sebab bagi aku overtime..

........................

KOTA BHARU - Pengguna laman sosial Facebock kel marin digemparkan dengan sekeping gambar seorang bayi yang berdarah dan menyayat hati di muat naik oleh seorang individu yang menyalahkan jururawat Hospital Raja Pe rempuan Zainab II (HRPZ II) menjadi penyebab kepada insiden tersebut.




Gambar bayi lelaki seberat 2.7 kilogram, yang menerima rawatan di HRPZ II, akibat masalah jaundis (demam kuning) itu, tersebar di laman sosial berkenaan dalam keadaan yang menyayat hati dengan matanya tertutup serta kaki kanannya yang berdarah dan menitis di atas tilam semasa di tem patkan dalam katil khas menyebabkan ramai yang me lemparkan tohmahan negatif terhadap pihak HRPZ II dan mencaci jururawat terbabit.



Pihak media bagaimanapun cuba meminta penjelasan daripada pihak hospital dan keluarga dan reaksi yang diterima daripada ibubapa bayi tersebut amat berbeza daripada apa yang digambarkan di internet.



Menurut ibu kepada bayi tersebut Nurul Wahidah Zul karnain, 18, dia tidak mengetahui mengenai penyebaran gambar anak sulungnya itu sehinggalah dimaklumkan oleh Pegawai Perhubungan Awam hospital, Zaid Ahmad



“Saya tahu bagaimana keadaan anak saya. Apa yang disebarkan melalui laman sosial facebook kelmarin bukan gambaran sebenar seperti yang berlaku terhadapnya.



“Saya dan suami, Mohamad Saiful Naaian, 22, tahu keadaan sebenar. Selepas mendapat penjelasan pihak hos pital, kejadian berkenaan tidaklah berlaku seperti apa yang dilaporkan dan tiub yang digunakan untuk mengambil darah di kaki kanan anak tercabut namun hanya berlaku sedikit pendarahan dan segera dibersihkan oleh kakitangan hos pital,”katanya.



Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md Hassan berkata, kejadian itu tidak menjejaskan keadaan bayi malah dia juga tidak mengalami kecederaan, namun ia telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggung jawab yang dipercayai merupakan seorang penjawat awam, dan mengundang persepsi negatif kepada hospital.



“Saya menegaskan di sini, kejadian bayi lelaki berusia 19 hari yang mengalami pendarahan di bahagian kaki kanan kira-kira jam 6.30 pagi semalam (kelmarin), selepas saluran tiub untuk diambil darahnya tercabut ketika menerima rawatan di hospital ini dan disebarkan melalui facebook bukan berpunca dari kelalaian kakitangan hospital.



“Dengan penjelasan ini, saya berharap masyarakat men dapat gambaran jelas tentang kejadian sebenar yang berlaku di hospital dan mengharapkan agar pihak berkenaan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan gambar bayi itu tanpa mendapat keizinan pihak hospital,”katanya.



Kelmarin, laman sosial facebook 'neposan' menjadi per hatian umum, apabila gambar bayi itu tersebar dan men dapat kecaman ramai terutama golongan ibubapa.



Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddian Abdul Rahman berkata, setakat ini pihaknya belum me nerima sebarang laporan namun akan bertindak sekiranya kejadian itu dilaporkan kepada pihaknya.



-tamat-

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.