Thursday, February 7, 2013

Tak Mungkin Jadi Milikku

*Poem ni senarnya aku tulis untuk seorang teman. Memang dari dulu lagi kawan2 suka suruh aku buatkan benda-benda gini and aku nak masukkan la kat sini untuk kongsi hasil nukilan aku.


Kau istimewa
Aku Tahu
Bila kita bersentuh
Bergetar seluruh nadi
Tiada penafian

Aku ingin memiliki
Tapi aku enggan mencintai

Aku merindui mu
Dengan seluruh nadi dalam tubuh ku
Tapi ku ingin buang jauh
Setiap rasa
Agar aku tidak sengsara

Kau dan aku berbeza
Yang sama cuma pandangan mata
Tatkala ia berlaku
Pastinya aku kan kaku

Kini hati kita bersatu
Jantung kita semakin berdegup laju
Aku tertanya mengapa
Kau hadir ketika aku enggan menerima

Aku ada,,kau juga ada
Kita terima apa adanya
Biar masa tentukan bahagia..


No comments: