Belajar untuk kurus...

Mengurangkan berat badan bukan mudah....ramai yang terkandas di separuh jalan. Kebanyakkannya kerana kurang semangat dan tidak tahu bagaimana cara yang betul..Ada juga yang mengambil jalan pintas dengan menggunakan produk-produk yang boleh membantu mempercepatkan proses penurunan berat bada. Ya cara ini memang amat berkesan..tapi sejauhmanakah berat yang diturunkan itu boleh bertahan?

Ramai di antara kita yang mengadu selepas berhenti menggunakan produk2 yang berada di pasaran, berat mereka naik dengan mendadak. Kenapa? Di sini aku nak terangkan punca berat itu naik kembali..Antara sebab utamanya adalah anda tidak mempunyai pengetahuan mengenai cara terbaik untuk menurunkan berat dan bagaimana untuk mengekalkan. Kerana produk adalah jalan pintas dan kita akan bergantung sepenuhnya kepada produk tersebut untuk membuat segala kerja penurunan berat badan. Betul tak?

Bagi saya, hanya segelintir sahaja mereka yang menggunakan produk2 pengganti makanan ini tahu mengenai apa yang mereka lakukan. Selebihnya hanya bergantung 100 peratus. Apbila berat badan mereka telah turun dab berpuas hati, mereka berhenti mengambil produk, dan mereka tidak tahu apa yang sepatut dilakukan selepas itu. Dan hasilnya berat badan mereka bertambah.

Kerana itu aku kata, kita perlu pengetahuan bagaimana untuk kurus dan mengekalkannya. Selalunya ramai juga yang melepasi stage pertama iaitu mengurangkan berat badan tetapi mereka gagal pada stage kedua iaitu mengekalkannya. Sejujurnya aku sudah lebih dua bulan tidak mengunjungi mana2 gym kerana kesibukan kerja dan juga perniagaan. Tetapi berat badan yang aku berjaya turunkan iaitu sebanyak 7 kg masih kekal seperti sedia kala. Tidak ada penambahan. Bagaimana aku lakukan?

Apa yang penting kita perlu mempunya rasa bersalah pada diri kita sendiri. Memasukkan sebegitu banyak makanan dalam badan adalah umpama menyeksa dan penderaan pada diri sendiri. Anda juga kejam kerana membiarkan berat badan anda meningkat walaupun anda merasa puas melakukannya.

1. Wujudkan rasa bersalah setiap kali mahu makan dengan banyaknya. Dan anggap anda sedang menyeksaan diri anda. Tapi jangan pula biarkan diri lapar..itu pun penyeksaan namanya.

2. Anda perlu sentiasa mengingatkan diri anda mengenai usaha-usaha yang penah anda lakukan untuk mengurankan berat badan. Macam aku..aku selalu fikir..bertapa seksanya aku mahu menurunkan 7kg berat..months of dieting/running/weight training/abs crunches.

3. Ini adalah yang paling suka aku amalkan sebab aku memang seorang yang enjoy food. Anda juga patut amalkan kerana tidak ada guna kita hidup di dunia ini kalau kita tak dapat menikmati satisfaction of eating good food. Setiap kali aku makan nasi..contoh nasi beriani/nasi kandar yang merupakan favourite aku. Aku akan gap kan dua atau tiga hari tanpa nasi..Begitu juga setiap kali aku makan pizza/ mcdonald atau apa sahaja makanan yang mengandungi kalori yang banyak. Sekali makan bermakna tiga hari diet without rice or late nite snack..

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland