Posts

Showing posts from September, 2012

Petua Kecutkan Jerawat Batu

Image
Petua ni mudah saja..Secara umumnya..jerawat yang sudah mula keluar daripada kulit tak boleh dihilangkan..Kita kena bagi dia keluar jugak. Cuma petua ni mempercepatkan sikit proses jerawat tersebut untuk pulih terutama jerawat batu. Apa yang aku lakukan setiap kali kelaur jerawat batu yang bernanah, aku akan ambil bawang putih..hiris nipis dan gosokkan pada jerawat perlahan-lahan. Kalau jerawat tu dah mula nampak mata, bila kita buat macam ni esok jerawat tu akan mula kering dan isi dalamnya juga kecut. Bila macam ni dia akan cepat pecah dan nanah/white head di dalam jerawat tu akan keluar. Ini mempercepatkan proses penyembuhan jerawat tu. Jadi tak ada la lama sangat jerawat merah menyala tu lama kat muka kita kan.. Selamat Mencuba!!

Jerawat / Acne

Jerawat sememangnya musuh utama setiap yang mementingkan penampilan diri terutama wajah. Kemunculan jerawat batu sememangnya mengganggu emosi yang merendahkan tahap keyakinan setiap manusia. Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal. Metodologi kemunculan jerawat Kecederaan pada tisu utama yang disebabkan ole...

Tabah si ibu mendukung bayi OKU

Baru-baru ini, ketika aku sedang beli barang kat Tesco Kota Bharu, aku terserempak dengan seorang wanita yang sedang mendukung baby dia. Aku rasa baby dia dalam lingkungan 3-5 bulan. Kecik je baby dia. Masa nak timbang sayur, dia berdiri sebelah aku. Aku perasan anak dia lain skit daripada baby-baby lain. Kiranya kategori OKU la.. Rupa paras dan fizikal dia memang lain sangat. Rasanya tak perlulah aku ceritakan ek macam mana. Walaupun aku tau, aku tak sepatutnya memandang tajam anak dia, tapi i really cant help my self form starring. Dalam fikiran aku, tabah nya kamu wahai ibu untuk memangku anak sebegitu di hadapan orang ramai dan perlu berhadapan dengan pandangan2 sinis masyarakat sekeliling. Apalah perasaan dia bila aku pandang macam tu..Aku terkejut sebenarnya..Aku nak mintak maaf sangat2 kat si ibu tu, tak berniat langsung aku nak pandang begitu sebenarnya.. Bagi aku, si ibu yang mempunyai anak OKU sangat tabah. Untuk membesarkan anaknya di samping pandangan dan pert...

Home Made Ginger Tea

Image
Aku memang penggemar minuman halia. Kebiasaannya aku buat teh o halia. Tapi kali ni aku nak share Ginger Tea mengikut resepi pemilik Jari Spa yang merupakan bekas housemate aku masa bujang dulu. Caranya sangat mudah dan rasanya sangat menyegarkan. Ginger tea seperti ini kebiasaannnya dia jamu ketika kita mengunjungi spa. Aroma dia membangkitkan selain khasiat halia yang boleh membuang angin dan menyegarkan bahan. Bahan-bahan 1. Hirisan halia 2. Gula merah 3. Daun pandan (ikut citarasa sendiri) Adunan boleh buat dua cawan..Kalau tak suka rasa halia tebal sangat boleh banyakkan air dan tambah gula merah mengikut selera anda Hasilnya.. Dalam gambar di atas ada dua jenis gula merah. Satu yang keras and datu yang debu..dua2 pun boleh guna ikut citarasa anda. Selamat Mencuba!!

Loss 3.5kg in 10 days..My GF weight loss story

Image
Aku asyik citer pasal diri aku je..pasal teori macam mana nak kurus and stuff..hari ni aku nak kongsikan kisah my bestie dalam perjuangan dia untuk turunkan berat badan. Pertama skali aku perkenalkan.. Lina Nadiah Zainal, 29. Dia kawan baik aku since study kat UiTM tapi dia tak amik Mass Com..Dia student Sains aktuari..Kira budak pandaila..hahahaha.. Menurut dia, masa dia mula nak mengurangkan berat tu, berat dia dalam 78 kg..Berat tu adalah weight dia paling berat dia pernah capai. So..disebabkan end of this month dia nak fly study kat UK, dia perlu sgt turunkan badan. Kalau boleh nak turun sampai 68 kg.  So seperti biasa no product. Cuba dia enroll to celebrity Fitness and hire a personal trainer. Alittle bit costly tapi lebih baik daripada beli product ntah apa2 yang tak mengajar kita apa2 pun kan. Kami sama2 berkongsi mengenai pelbagai info bagaimana untuk menurunkan berat. We do all the math..count all the calorie and guess what, Lina berjaya turunkan berat 3.5 ...

Sentap ngan blogger!!!! Bukan mudah menjadi wartawan..

Kalau aku tulis aku sentap ngan blogger mesti ramai pelik kan..itu kalau pada yang tak tau aku keje apa. Senang citer gini la..skang ni ramai yang sedari bahawa blogger ngan reporter tak sebulu..reporter mengata blogger..bloggerr plak mengata reporter..dulu aku buat tak tau je la isu ni...sebb aku ni reporter +blogger.. ye la aku keje makan gaji sebagai reporter dan blogging untuk mengisi masa..tapi lately ni aku cam berapi skit dengan certain blogger ni yang over sangat menghentam reporter. Aku dah lebih tujuh tahun bekerja sebagai reporter dan menulis je yang aku tahu buat untuk mencari rezeki. Bila ada yang mengata punca pencarian rezeki aku, ia memberi kesan yang sangat mendalam. Kebanyakkan Blogger ni suka menghentam reporter hiburan. Bagi aku, Individu yang bergelar wartawan adalah mereka yang layak untuk menggalas tugas2 tersebut. Kerja sebagai wartawan bukan mudah..Jujur aku cakap..bukan semua orang boleh jadi reporter.. Kami keluar mencari berita..balik da...

Kebaikan Manjakani

Hari ni aku nak kongsi mengenai kebaikan manjakani yang dikenali dari turun temurun membawa kebaikan kepada kesihatan wanita terutamanya bahagai keintiman. Manjakani telah diamalkan oleh orang Arab, Iran, India, Cina dan Melayu. Malah ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 Sebelum Masehi oleh orang-orang Mesir Purba.  Ia sinonim dengan fungsinya yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Manjakani adalah buah yang dipercayai membantu merapat dan menegangkan dinding faraj. Ia juga dapat menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita. Tannin yang terdapat dalam Manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula. Ia juga membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga. Anti-oksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim. Ia juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi. Manjakani yang bersifat as...

Evening Primrose Oil (EPO)

Image
Evening Primrose Oil (EPO) memang supliment popular di kalangan wanita. Ia dikatakan mendatangkan banyak kebaikan kepada wanita terumata bagi tujuan kecantikan dan kesihatan dalaman. Dan yang penting, ia dikatakan boleh mengekalkan awet muda seseorang. Kiranya ni modern stlye 'jamu' la..aku pun baru je mula amik..sebelum ni aku banyak amalkan makan jamu and ulam2 je.. Aku baru beli kat farmasi Evening Primrose Oil EPO ni meningkatkan lembapan kulit sebanyak 13.9 peratus, menyekat kehilangan lembapan 10.2 peratus, ketegangan 19.2 peratus, keletihan 22.2 peratus, kelembutan 3 peratus dan keanjalan 3.5 peratus. Evening Primrose Oil EPO boleh memperbaiki dan mengekalkan kerosakan kulit disebabkan penggunaan sabun pencuci dan lain-lain seperti radiasi matahari, bahan kimia, kosmetik, pendingin udara dan asap rokok Ramai antara kawan2 aku dah lama amalkan EPO ni..aku je baru nak start..apa yang penting kita berusaha untuk menjaga penampilan dan kesihatan diri daripada bi...