Sad news everywhere...
Ari ni aku tak rasa nak tulis poem. Aku nak kongsi cerita sedih yang lately ni banyak sangat terjadi di sekeliling aku. Pertama, about 2 week ago. Aku dapat berita kawan aku telah kematian anak yang dikandungnya pada usia 8 bulan n doktor nyaris buang rahim dia. Sedih sangat aku rasa n ramai kawan aku g melawat dia masa kat hospital. Aku memang nak pergi tapi aku memang tak pandai nak handle orang yang dalam kesedihan macam tu. Aku dapat rasa kehilangan dia maklumlah itu kandungan pertama. Lagi sebulan je dia nak tunggu due tuk melahirkan. Dia kena operate. Memandangkan melahirkan 2nd boy aku kena operate so aku tau macam mana sakit tu. Dah la sakit anak plak tak der kat sisi. Tak gamak aku nak tengok muka dia. Tapi insyaallah Jumaat ni aku nak p tengok dia. Mungkin dia dah cukup strong tuk berhadapan dengan crowd.
Pastu dalam last week aku dengar one of my close friend dulu masa sama2 masuk keje dah bercerai. Sedih plak. Ye la kenal dorang dari dorang belum kawin. Pastu tau cerita sedih along dorang nye relationship, macam mana dorang struggle sampaila dah senang lenang la ni. Tetiba dengar bercerai plak. Sebabnya? Entah la..Yang pompuan kata si laki ada pompuan lain. Yang laki plak kata tak tahan bini terlalu cemburu n cepat serkap jarang. Mungkin dah tak serasi kot.
Semalam plak, masa aku tengah minum petang kat kantin aku dapat call dari member bagi tau salah satu member kami kena admit kat Pantai Bangsar. Aku tanya la kenapa dia kata kemungkinan ada Brain Tumor. Masyaalah..dugaan betul. Dah la baru saja kawin 3 bulan dah diturunkan musibah macam gitu. Aku harap dia dan suami tabah menghadapi dugaan. Aku pun tergesa balik, ambik anak2 pastu rush g Bangsar dengan husband. Maria n Ann memang kawan baik aku ngan husband. Kiranya kami ni berkawan dari bujang sampai kawin. Aku harap both of them tabah menghadapi dugaan yang Tuhan beri. Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Hari ni plak, kawan sekolah aku kat Selayang call bagi tau salah seorang rakan time sekolah dulu perlukan pertolongan. Anak dia perlu menjalani pembedahan mata kerana telah dijangkiti kuman. Kos pembedahan pula lebih kurang 80 ribu. Banyak tu. Mana la nak cari. Kepada Nurul Huda, aku sebagai kawan simpati dengan kau. Aku akan tolong sedaya upaya dan aku akan gunakan pendekatan media untuk meraih sumbangan untuk pembedahan mata anak kau. Aku pun ada anak n aku paham perasaan kau. Aku harap kau tabah menghadapi dugaan.
Bila kita dengar dugaan yang tuhan turunkan kepada rakan2 kita harus bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang ini. Muhasabbah diri adalah yang sebaiknya. Jangan kerana kita senang, kaya wang ringgit, bahagia dengan kehidupan bermakna selamanya kita yang kekal sebegitu. Sekiranya tuhan nk tunjukkan kuasa dia, sekelip mata DIA mampu lakukan.
Comments