Wahai Melayu..
Keringat dikerah untuk apa?
Laungan dijeritkan untuk siapa?
Perjuangan itu ke mana?
Ataukah anda telah lupa.
Dulu..
Melayu bersatu..
Melayu tidak membatu..
Melayu tidak melulu..
Melayu sentiasa berpadu..
Melayu adalah SATU..
Keringat dulu untuk bangsa..
Laungan dulu untuk Negara..
Perjuangan dulu untuk anda..
Wahai rakyat..adakah anda lupa..
Kini,
Melayu berpecah untuk nama,
Melayu bertelagah untuk harta,
Melayu bercanggah untuk martabat,
Melayu berlelah untuk pangkat.
Aku mahu bebas berjalan..
Di kaki lima, di atas jalan raya..
Aku mahu bebas bernafas,
Menghirup udara segar tanpa gangguan..
Aku mahu bebas bercanda..
Menikmati keindahan kuasa tuhan..
Aku mahu bebas bediri..
Mendongak langit melihat kicau burung..
Jangan hancurkan kebebasan itu..
Jangan musnahkan keamanan itu..
Aku mahu anak-anakku..
Juga sama menikmati kebebasan itu.
oleh JULIA ISMAIL
oleh JULIA ISMAIL
Comments