Warkah untuk Anak....
Tanggal 25 April 2009, kau telah menyerikan hidup aku dengan tangisan kecil mu dengan gengaman tangan yang hanya sebesar jari kelingking ku. Setiap jerih aku membawamu selama hampir 9 bulan dan keperitan melahirkan mu terbayar dengan tawa yang kau berikan sepanjang dua tahun ini. Kau telah mengubah hidupku sepenuhnya. Kau mengubah peribadiku. Kau mengubah naluri ku. Kau mengubah penampilan ku dan yang penting kau mengubah tanggungjawabku.
Ku ingin kau menggenggam tangan ini selamanya. Ku ingin terus memimpin mu ke hujung jalan. Ku ingin terus memeluk mu di kala kau berduka/
Wahai anak ku, kau mengajar aku apa itu kasih sayang. Memiliki mu membuatkan aku merubah menjadi sesuatu yang aku tidak sangka akan aku lalui iaitu menjadi seorang IBU. Kau menjadikan aku lebih matang dalam mengharungi hidup yang penuh dugaan ini.
Sedikit pun tiada sesal dalam hati ini melahirkan kau ke dunia ini wahai anak ku dan aku berharap mampu memberi yang terbaik agar kau tidak menyesal aku menjadi ibu mu. Ku sedar kekurangan diri. Menjadi ibu di usia yang muda bukan semudah yang disangka namun, aku berusaha menjadi terbaik agar kau juga menjadi yang terbaik.
Kelak kau akan makin membesar. Adakah kau akan terus memimpin tangan ini? Adakah kau akan terus mengucup pipi ini? adakah kau akan memelukku dalam takutmu?
Sayang, sempena ulang tahun mu yang ke2, aku ucapkan selamat hari lahir dan semoga kasih sayang ini akan sentiasa kau bawa sepanjang meniti kedewasaan
Muhammad Addams Al -Arash, selamat ulang tahun ke2. Semoga kau menjadi anak yang soleh dan insan yang berguna. Mummy will luv u forever.

Comments