Sunday, April 17, 2011

Peluang Perniagaan Dengan Modal Kecil

Di sini saya ingin mencadangkan kepada mereka yang ingin membuka perniagaan sendiri dalam bidang dobi tetapi tidak mempunyai modal yang banyak terutama untuk membeli mesin. Sebagai permulaan, membuka collection centre atau pusat pengumpulan adalah idea yang terbaik dan mudah untuk dilaksanakan.

Modal yang diperlukan kurang daripada RM5,000 untuk membuka pusat pengumpulan anda sendiri. Kos tersebut bergantung kepada berapa harga sewa tapak atau kedai yang bakal menjadi collection centre. Selebihnya adalah untuk kos2 seperti timbang, meja kaunter, alat tulis dan beberapa peralatan untuk kegunaan kedai.

Di sini saya ingin menawarkan harga cucian RM1.50 setiap kilo kepada mereka yang berminat membuka pusat pengumpulan ini. Caranya mudah, anda hanya mengumpulkan cucian dan kemudia hantarkan kepada kami. Keuntungan anda bergantung kepada berapa RM anada kenakan bagi setiap kg kepada pelanggan.

Kepada sesiapa yang berminat dan ingin tahu lebih lanjut boleh hubungi saya di 0192682280 atau suami saya 0192380250

No comments: