Tuesday, March 1, 2011

Tok Nek tak Sihat...

Dua hari lepas Tok aku tak sihat. Dia pening2 and muntah teruk. Mama n Cik decide g amik dia kat Rawang bawak datang Selayang just incase jadi apa2. Memandangkan dia tinggal berdua je ngan Mak Ngah. Hari tu Mak Ngah pun tido sini gak.

Bila dah sampai Selayang, Cik ngan Mama papah Tok masuk dalam bilik belakang. Seperti biasa, Addam pun menyebok macam dia tu boleh tolong papah skali. Bila dah sampai dalam bilik, Tok pening lagi pastu termuntah dalam bekas yang dia memang dah bawak.

Time tu Addam duk depan pintu. Dia tengok je Tok Nek dia muntah sambil pegang botol susu dia. Time tu semua org sibuk risaukan Tok aku. Memang kesian kat dia. Teruk benar muntah dia. Memang Mama time tu doa je jangan la jadi apa2 sebab masa tu Mak Long aku ada kat Australia.

Nak jadi kan citer, dalam kalut2 semua org terdengar.... BWUEK!!! Yang nyatanya bukan datang dari Tok aku. Rupa2nya Addam yang muntah!! HAHAHAHAHAHA....Dah la muntah dia lagi banyak dari Tok Nek dia..Dah satu keje Tok Ayah ngan Babah dia nak cuci muntah dia...hahahahaha

Kelakar betulla anak aku sorang tu. Semua org terkekek gelak kat dia. Tok pun dalam pening2 n loya nak muntah boleh gelakkan dia. Apa yang dia geli sangat aku pun tak tau la. Sebelum ni dia tengok adik dia menyusu pun dia nak muntah. Apa la..padahal dulu2 dia pun nyusu kat aku gak. Hahahahaha..

Addam ngan Rizqy..my two heros