Losing weight..


Dah berkali-kali aku cuba nak update blog tp gagal. Disebabkan internet yg sangat slow percubaan aku gagal je. Aku dah seminggu lebih dah hbs pantang. Aku raikan dengan potong rambut pendek..sependek2 alam. Tak pernah aku potong rambut pendek cam gini seumur hidup aku. Mula2 aku terkejut la gak kan sebab cina tu buat pendek sangat. Tp bila dah mula keluar n org tegur kata aku macam anak dara (mulala aku nak perasan..hahahahaha) i kinda like it. Skang ni misi aku mendapat balik bentuk badan mcm ANAK DARA!! Hahahaha..tak tau la boleh ke tak. Ye la, dulu lepas setahun bersalin kat Addam aku mengandung pulak..Misi terbantut kejap. Skang ni dah ada dua hero, aku nak jarakkan jauh skit. Maybe dalam 3-4 tahun and now its time for me to get back my figure.



Sehari selepas potong rambut


Dulu masa kawin berat aku 38kg je. Tp ikut BMI aku tak la under weight sebb tinggi aku 147cm je. Tu masa tahun 2008. Bila kawin aku trus pregnant and i gained 20kg menjadikan berat aku 58kg. Lepas bersalin aku turun 8 kg je. Aku masuk keje dengan berat 50 kg. Jauh bezanya dengan berat dulu. Kira extra 12 kg n i really look fat. Agak frustrated sangat waktu tu sebab aku tak pernah gemuk. Nak naik 1kg pun susah dulu. Lepas habis pantang satu baju pun tak muat. Bila tengok perut rasa cam nak hiris je ngan pisau...hahaha And i never show any flesh or skin dpan huasband..Malu sbb gemuk.
Bila hbs je pantang aku start doing simple workout and thanks to Biggest Loser yang aku tengok masa aku dalam pantang. I start walking at the park and thanks to my adik, Sofia AKA Ayang sebab temankan aku g Taman Metropolitan. Walaupun mama marah sebab baru sangat habis pantang dah terus nak workout. Aku buat pekak telinga je (sangat tidak digalakkan..hahaha). Sampai bengkak2 la susu punya aku nak pergi membakar lemak. Ye la, lama gak aku tinggal baby kat mama. I manage to lose 1 kg per week. Tp dua minggu je boleh tahan..hahaha By then berat aku dah berjaya diturunkan ke 48kg.

Bila start keje, aku akan buat erobik tiap2 pagi sebelum g keje. Aku pastikan aku berpeluh untuk workout selama sejam. Addam time tu aku letak kat tepi. Klu la dia boleh cakap agaknya mesti dia mesti gelak tengok mak dia terkinja2..hahahaha. Aku kawal makan gak. Memandangkan laki aku pun naik 10 kg masa aku mengandung ( he look ugly too..hahaha) so aku kawal diet dia gak. Kami puasa nasi. I cooked lauk2 je..sup sayur la..sup ayam la..Kalau nak makan karbo pun b4 8pm. We manage to lose weight. And aku stop diet lepas aku dapat turun berat sampai 42kg. Sebenarnya kalau nak dapat berat asal aku kena turunkan lagi 4 kg tapi, im too small kalau berat 38kg je.

Sblm mengandung Rizqy, berat aku naik 2 kg. Aku start my counting dari 44kg. I've gained 12kg through out my pregnancy. Sebelum aku bersalin berat aku 56kg. I really concern about my weight and my look. Disbb kan aku ada pengalaman masa 1st pregnancy dulu aku cuba elakkan makan terlalu banyak. Its not like im controling my diet or what, just aku elak makan gila babi cam dulu. Dulu i've ate rice 4times a day plus double cheese burger everynite that become a compulsory. Tu yang naik sampai 20kg. 20kgs for org pendek like me, its too much. Kali ni, lepas bersalin je berat aku turun sampai 50kg. Bcoz im too eager to lose weight, aku cuba control my rice. Its hard you know bcoz u still dlm pantang, with your mom and all the 'bebel' plus breasfeeding. Say no to rice, sangat susah ok. But cuba. Malam aku elakkan makan nasi. Sometime menjadi sometime aku bedal je sebab lapar sangat. (hahaha).

Kali ni aku nak workout agak susah skit sbb czer. It will took a while b4 aku leh workout tapi i've already start with a very simple rutin. Aku pun rajin tunku tuk bakar lemak and aku dah start pakai girdle dah. Kali ni aku makan jamu mak dara and it cause me constipation AKA sembelit. Lepas habis sebotol elok plak aku buang air besar. Skang ni aku makan jamu kak ana. Kak Ana ni kakak indon yang duduk kat rumah kedai dekat ngan kedai dobi aku. Dia skang dah bukak gerai jamu. Kita mungkin tak biasa dengan gerai jamu cam gini. Tp org indon dah biasa. Kat gerai jamu ni kita leh mintak macam2 jamu and dia akan bancuh kat situ. Tapi yang aku makan skang ni jamu yang dia buat siap2 dan letak dalam botol. Dalam dia ada kunyit, halia, asam jawa, pinang, manjakani and macam2 lagi. Aku pun tak ingat. Tiap2 hari aku minum setengah cawan. Aku pernah cuba minum lebih tapi baby cirit plak. Semalam aku timbang berat aku dah 45kg dah. Im really happy. Aku harap aku leh turun sampai jadi 40kg.

Selalu org tanya aku apa rahsia untuk turun berat, aku ikut prinsip Biggest loser, 'You want to lose weight, u need to sweat'. No easy way baby!

Comments

dieja yusoff said…
WAH SY PON DA GEMOK.. SY TAKOT N RISAU GAK... BENCI TGK PIC SDRI TAPI NK G EXERCISE TAKDE MASE.. CMNE.. NNT TAKDE ORG NK AMIK SY KEJE SEBB GEMOK A.K.A HODOH HAHAHA
juliaismail said…
Dija mana gemok..cun apa..hehehehe..Nanti masa interview keje, sengih lebih2 skit. Yg penting jangan jujur sangat. Kalau kena tipu, tipu je. Tipu sunat..hahahaha
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri