Thursday, September 17, 2015

Hari terakhir

Hari terakhir jaga opah..malam ni mama sampai dr Lombok..mmg opah menguji kesabaran betul hari ni..macam2 dimintaknya..dari atas tilam..dia boleh p golek ke tilam bawah..aku ni dh la tak larat nak angkat..dah boleh golek kat bawah..mintak plak kita angkat dia naik atas..sebelum tu aku nak mintak asben aku angkat..kudrat laki kan..lain..bila time aku dia mintak angkat..mana mau nye..
Tapi nak buat macam mana Opah kita kan..dulu kecik2 pun dia penah gak bela aku berbulan2 time cuti sekolah. Skng ni dh tua n nanyuk tak bermakna kita kena abaikan.
Masa ayah kecik2 dulu..opah tak pernah bela seorng pun anak2 dia sebab dia bercerai dengan suami (tok aku) n suami ambil semua anak2..4 org semuanya..ayah n adik beradik dibela oleh mak tiri..katanya..time tu opah berpisah dengan anak bongsunya (mak su) masih bayi n masih menyusu..
Hari ni aku ada membebel skit kat opah. tetiba dia kata.."Ye la..aku skng dh terbaring..orang semua tak suka"...terus aku suruh opah istifar..ingat tuhan..n ingat benda2 lain..aku suruh dia ingat nama anak2 dia..suruh dia ingat dh berapa tahun dah dia tinggal rumah Mael (ayah aku).
Orang tua memang benar2 mencabar kita yang muda..di sini tuhan sediakan kepada kita jalan mana yang kita nak pilih..untuk mencari dosa atau mencipta pahala yang maha besar..Tapi melihat segelintir manusia yang mengabaikan ibu bapa mereka, terbiar di kampung, dia pula bermewah2 hidup di bandar..di manakah hati dan perasaan kamu sebagai anak? Dia pernah satu ketika bergolok bergadai menjaga kita..membesarkan kita..waima pernah ibu bapa kita membuat kesilapan..perkataan Ibu dan bapa itu sudah cukup besar untuk kita lupakan segala sengketa..
Ayah mengajar aku begitu banyak pengajaran mengenai tanggungjawab seorang anak..walaupun bukan secara verbal..apa yang dilakukan kini melambangkan tanggungjawab yang cuba dilaksanakan..
Pesan ayah "Sekalipun ibu itu tidak pernah menjaga kita..memberikan kasih sayang seorang ibu, ia bukan alasan untuk kita melupakan tanggungjawab sebagai seorang anak".
Wahai rakan2 semua..mana2 yang dah lama tak jenguk ibu bapa tu..balik la sebentar..kalau jauh jarak kamu, hubungi la melalui telefon..kalau kamu bagi alasan ibu n ayah tiada telefon, makan kaji lah diri anda sedalam2nya...

No comments: