Hari Kedua Jaga Opah

Hari kedua ni agak mencabar wei..opah mula nak buat perangai..
Hari ni ada pembantu Indonesia datang bersih rumah..balik je pembantu..dlm kul 7 lbh..boleh plak opah bantai nangis..seram wei..marah kat tali yang ada kat seluar dia..suh aku potong..beria2 suh potong..aku dh mcm nak hilang sabar dah. .dia nak nangis cam budak kecik..
Aku pun duk la tepi tilam tu dok tanya kena dia benci sangat kat tali tu..sambil tu duk siap gaul bubur dia ngan ikan goreng..Sekali..rupanya opah lapar la..hahahaha..patut buat perangai..aku pun suap la..dia dengan girang makan..banyak plak tu..
Lepas makan..dia nampak aku pegamg tipon..nak amik tipon aku..terus aku bukak gambar mama n ayah kat lombok atas bot..senyum dia..lama tenung..dua kali mintak nak tgk gambar 'ain' n 'mail'..nak menitik air mata aku..rindu gamaknya anak n menantu dh dua hari tak de..
Lepas aku melayan perasaan sedih dan bergenang air mata, guess what? dia marah balik kat tali tu..hahahahhaa...tali tu memang panjang pun..tali tu mama buat kat seluar supaya seluar tu leh jerut..lilit dua kali badan supaya dia xleh bukak n main pampers.
So..aku yang kreatif ni..pusingkan tali tu satu badan dia..sampai ke depan balik..aku ikat..pastu aku cakap kat opah..
"Tada!!! angah dh buat magik..xde dh tali panjang tadi..angah hebatkan.." hahahahaha...walau pun aku rasa cam bodoh je tindakan aku..opah aku gelak..dia suka..pastu dia diam...
*saja letak gambar anal2 sempena jerebu yang kuat..hahaha

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland