Posts

Showing posts from 2013

Amalan jus pegaga untuk awet muda..

Dulu..masa aku kecik2 aku suka air jus pegaga ni sebab bila kita blend dan letak gula rasanya macam air tebu.. Bila dah besar aku jadikan amalan bila aku ada kelapangan..memang la banyak sekarang ni jus2 macam ni jual kat pasaran dalam bentuk kordial betul tak..tapi kalau buat sendiri lagi tinggi khasiatnya..beli je pegaga seikat RM2, balik blend..tapi..letak gula..letak ais..nyum2..cuba la.. P/S nak jaga badan, diri dan penampilan xsemesti berbelanja besar!!

Come back!!

Lamanya aku nak menulis kat sini kan..busy dari pilihanraya sampai la ni aku lupa plak nak mencoret kat sini..banyak things happen lately and loads of story n petua to share..hope semua friend tak lupa la kat aku k..nanti aku aktif balik k..memandangkan laptop aku dah dapat balik so boleh la nak menulis semula..se you guys in a short while k..

Thinking about pregnancy weight?

Image
Ramai antara kita akan diselubungi kebimbangan apabila berat bertambah secara mendadak ketika kita mengandung dan kerisauan itu kadang-kala menimbulkan kemurungan kepada si ibu mengandung. Berat badan yang meningkat 3-4 kg sebulan bukanlah sesuatu yang diingini oleh wanita terutama mereka yang terlalu menjaga penampilan dan berat badan..teguran seperti.."ei..gemuk la ko skang".."muka dah bulat".."hahahaha habis la ko gemuk lepas ni.." benar2 mencarik jiwa seorang wanita..aku adalah antara wanita yang mengalami masalah kenaikan berat badan melampau ketika mengandung..walaupun aku cuba elakkan kenaikan melampau pada pregnancy kedua..dia tetap tidak berjaya. Ini bermakna..aku perlu terima perubahan bentuk badan aku dan menamatkan tempoh pregnancy itu sendiri sebelum cuba untuk mendapatkan berat badan yang ideal selepas proses berpantang. Seperti Kim Kadarshian, dia mendapat tamparan hebat mengenai perubahan bentuk badannya yang begitu ketara..bagi aku..t...

Petua menjaga Ketiak..

Bila baca tajuk tu mesti ramai yang nak tergelak kan..aku pun rasa nak tergelak sebenarnya tapi ilmu ini berguna untuk semua wanita yang mengalami masalah perubahan warna ketiak dan juga masalah ketika mahu mencabut bulu ketiak. Caranya sangat mudah. Aku dapat daripada kawan aku beberapa bulan yang lepas tetapi aku tak masukkan dalam entri blog ini sebab seperti biasa aku perlu mencuba dahulu., Kalau berkesan baru aku kongsikan kepada rakan-rakan pembaca. Anda hanya perlukan kapur..Kapur yang digunakan untuk memasak. Caranya..sapukan kapur tersebut dibahagian ketiak anda. Biarkan sehingga kering..bila kering..anda boleh mencabut bulu ketiak anda dengan hanya menggunakan tangan tanpa perlu pengepit. Gunakan cara ini setiap kali ingin mencabut bulu ketiak atau pun tiga kali seminggu. Dalam masa sebulan anda akan mendapati bulu ketiak anda tidak tumbuh seperti selalunya selain bahagian kulit akan mencari semakin cerah..Lama kelamaan, bahagian tersebut akan menjadi bersih dan tidak ...

Anak muda tak layak taksub politik...

Bila menjelang pilihanraya setiap penggal..kita akan lihat pelbagai pihak berperang sesama sendiri sama ada dari segi lisan mahupun fizikal..semakin aku dewasa dan memahami setiap isu dan agenda politik..aku jadi seakan muak dan mempersoalkan adakah kita memerlukan politik di dunia ini..tp itu lah hakikat..dalam apa sahaja institusi, politik akan wujud tidak kira kita suka atau pun tidak. Aku masih muda dn banyak pehaman mengenai politik yang aku tidak mengerti. Susur galur politik amat remeh untuk cuba difahami namun sebagai tugas seorang wartawan mahu atau tidak aku perlu juga meletakkan diri aku di dalam situasi tersebut. Bagi penggal ini..aku lihat peperangan merebut undi bukan sahaja melibatkan satu individu tetapi telah membabitkan seluruh rakyat secara am nya. Aku tidak tahu sama ada isu di lahad datu itu adalah satu agenda politik atau tidak..walaupun aku berada di pihak media..sejujrnya aku tidak berani mengutarakan persoalan itu. Kedua-dua pihak sama ada kerajaan atau pemb...

Gambar bayi berdarah gemparkan pengguna FB..

Image
Semalam semua pengguna FB naik berang sebab gambar ni..mesti ramai dah tengok kan..macam2 komen tuan punya FB ni dapat..Ok la malas nk citer panjang..aku masukkan penjelasan hospital dan parent dia pasal benda ni.. Sebabkan gambar ni..pihak Hospital telah memanggil media untuk satu sidang media pada pukul 10 malam..terima kasih la pada si polan yng post gambar ni sebab bagi aku overtime.. ........................ KOTA BHARU - Pengguna laman sosial Facebock kel marin digemparkan dengan sekeping gambar seorang bayi yang berdarah dan menyayat hati di muat naik oleh seorang individu yang menyalahkan jururawat Hospital Raja Pe rempuan Zainab II (HRPZ II) menjadi penyebab kepada insiden tersebut. Gambar bayi lelaki seberat 2.7 kilogram, yang menerima rawatan di HRPZ II, akibat masalah jaundis (demam kuning) itu, tersebar di laman sosial berkenaan dalam keadaan yang menyayat hati dengan matanya tertutup serta kaki kanannya yang berdarah dan menitis di atas tilam semasa di tem pa...

Pencerobohan Lahad Datu dan Sandiwara

Lama dah rasanya aku tak menulis maklumlah agak sibuk sikit kebelakangan ini. Isu paling hangat yang sering diperkatakan oleh semua rakyat ketika ini adalah mengenai isu di Lahad Datu. Tak kira sama ada orang bijak pandai, golongan profesional, pengikut politik tegar malah kanak-kanak sekolah memberi pandangan masing-masing mengenai isu ini. Ada yang menyalahkan pihak penceroboh, ada yang menyalahkan polis, tentera, pemerintah malah kerjaya wartawan juga diperlekehkan dalam isu ini. Ada juga yang mengatakan perkara yang terjadi di Lahad Datu adalah sandiwara politik. Sejujurnya, aku ingin bertanya kepada mereka yang berkata begitu. tergamak sungguh ayat itu keluar dari mulut mereka. Sayu rasanya hati aku bila aku mengenang wajah-wajah keluarga yang terkorban. Semalam, aku menghadiri majlis pengebumian wira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pertama yang terkorban di Lahad Datu ekoran terkena tembakan ketika bertempur Ahmad Hurairah Ismail, 24 di Kampung halamannya di Pasir Mas. Aku...

Belajar untuk kurus...

Mengurangkan berat badan bukan mudah....ramai yang terkandas di separuh jalan. Kebanyakkannya kerana kurang semangat dan tidak tahu bagaimana cara yang betul..Ada juga yang mengambil jalan pintas dengan menggunakan produk-produk yang boleh membantu mempercepatkan proses penurunan berat bada. Ya cara ini memang amat berkesan..tapi sejauhmanakah berat yang diturunkan itu boleh bertahan? Ramai di antara kita yang mengadu selepas berhenti menggunakan produk2 yang berada di pasaran, berat mereka naik dengan mendadak. Kenapa? Di sini aku nak terangkan punca berat itu naik kembali..Antara sebab utamanya adalah anda tidak mempunyai pengetahuan mengenai cara terbaik untuk menurunkan berat dan bagaimana untuk mengekalkan. Kerana produk adalah jalan pintas dan kita akan bergantung sepenuhnya kepada produk tersebut untuk membuat segala kerja penurunan berat badan. Betul tak? Bagi saya, hanya segelintir sahaja mereka yang menggunakan produk2 pengganti makanan ini tahu mengenai apa yang mereka ...

Tak Mungkin Jadi Milikku

*Poem ni senarnya aku tulis untuk seorang teman. Memang dari dulu lagi kawan2 suka suruh aku buatkan benda-benda gini and aku nak masukkan la kat sini untuk kongsi hasil nukilan aku. Kau istimewa Aku Tahu Bila kita bersentuh Bergetar seluruh nadi Tiada penafian Aku ingin memiliki Tapi aku enggan mencintai Aku merindui mu Dengan seluruh nadi dalam tubuh ku Tapi ku ingin buang jauh Setiap rasa Agar aku tidak sengsara Kau dan aku berbeza Yang sama cuma pandangan mata Tatkala ia berlaku Pastinya aku kan kaku Kini hati kita bersatu Jantung kita semakin berdegup laju Aku tertanya mengapa Kau hadir ketika aku enggan menerima Aku ada,,kau juga ada Kita terima apa adanya Biar masa tentukan bahagia..

How to manage our financial?

Aku sememangnya seorang yang sangat cerewet mengenai penggunaan wang dan sangat teliti mengenai setiap perbelanjaan aku. Nak kata aku ni kedekut tu tidak la..cuma i think im a good spender and knows how to manage my money to the end of the month. I easily get annoyed bila most of my friend bagi tau tak ada duit in the middle of the month padahal aku tau our salary are at the same par..tambah pula mereka tak ada komitmen macam aku. Yes..most of my friend kat kelantan ni adalah bujang and they stayed with their parents. So tak ada reason tuk tak cukup duit kan. Aku tak kisah kalau close friend (aku tak suka pinjamkan orang duit..cuma rakan baik sahaja) nak pinjam duit..tapi memang dari azali aku sangat pantang reason nak pinjam duit sebab nak shopping..nak beli kasut and cloth.. that is not Keperluan..that is kehendak.. Save money la to fullfill ur kehendak yang kekadang kita sendiri tak tau bila kehendak itu datang..that is my style..  I do spend my money to buy goods..new c...

Tahun baru....perlukah ada azam?

Setiap kali tiba tahun baru, ramai yang berpusu-pusu memasangkan azam dan meletakkan di dalam FB atau pun blog masing-masing..aku sejujurnya tidak berapa mengerti dengan azam tahun baru yang menjadi trend kepada semua. Seolah wajib untuk memiliki azam tahun baru. Tapi sejauh manakah keaslian setiap azam yang dibuat. Tidak terlalu kasar sekiranya aku menyatakan di sini mereka yang membroadcast kan azam mereka di laman sosial sebagai mereka yang hiprokrit. Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri, sejauh manakah anda berdedikasi untuk mencapai setiap azam yang anda hajatkan. Kerana itu aku jarang memasang azam. Cuma tahun 2013 ini aku berharap boleh mengurangkan jumlah hutang aku. Itu saja. Tapi aku tak la pula meletakkan ia sebagai azam baru. Sebagai contoh, mereka yang berazam untuk berhenti merokok, berapa peratus daripada mereka yang berjaya sepenuhnya membuang tabiat itu? Lebih kata "berhenti sementara" hahahahaha... maknanya tidak ada la siapa2 akan kata kalau tetib...