Oh..Sungguh aku mengantuk..

Mata kuyu, tangan lemah menekan papan kekunci,
Badan sengal, otak ku melayang,
Kosong tidak memikir apa-apa
Oh...Sungguh aku mengantuk,

Bantal memanggil tilam melambai,
Mahu ku labuhkan kepala,
Beserta sauh berantai gagah
Agar tiada yang mampu mengalihnya.

Menguap...mata mengalirkan air
Seminit lagi, mungkin ku hilang
Gara-gara si nyamuk mengganggu tidur malam ku
Oh...Sungguh aku mengantuk.

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland