Fasa baru dalam kehidupan sebagai usahawan...

Minggu ini adalah minggu kedua aku membuka kedai dobi aku. Memang penuh dengan cabaran. Perniagaan aku tertangguh dari bulan Mac dan akhirnya bulan Julai baru beroperasi. Memang banyak dugaan yang aku n suami terpaksa tempuhi. Tambahan pula aku sememangnya tak ada langsung pengalaman dalam perniagaan. Maklumla, aku belajar bidang komunikasi, kerja pun dalam bidang kewartawaan. Tiba-tiba tup tup aku nak bukak kedai plak. tapi aku nasib baik sebab aku ada seorang suami yang sangat supportive dan juga keluarga yang sentiasa menjadi tongkat setiap kali aku hampir tersungkur. Kalau tak ada sokongan dan nasihat daripada dorang tak tau lah aku berjaya atau tidak merealisasikan kedai ni.

Minggu pertama aku bukak dari hari Isnin sampai jumaat tak ada customer langsung. Adik aku sampai frust sebab dia yang jaga kedai dari pagi hingga petang. Yang ada cuma dua kawan aku yang hantar kat opis. Tapi bila ari sabtu first walkin customer dia hantar tuala. timbang tak sampai 1 Kg. So tak tau nak charge, bagi jer RM1. Pastu tengah hari skit baru la ada pakcik ni hantar 2 comforter. Kakak aku pun hantar jugak comforter n bed sheet. hari Ahad plak kawan husband aku hantar toto 3 helai. ok la jugakkan tuk starting. Weekend dua hari tu dapat la lebih kurang RM100.

Pada mulanya harga asal untuk cucian biasa bagi Nanowash laundry adalah RM2.50. Tapi masa nak buat promotion price bila di rekee harga kedai sebelah dia letak cuma RM1.80. Kalau kitorang kekalkan harga RM2.50 pe kg memang payah la kami nak tarik customer. So, as one of the marketing strategi aku buat baner sebenar alam letak harga promosi pembukaan RM1.70!!..hehehe..memang kedai2 sebelah tu akan marah la kan. Tp aku letak harga tu maybe tak lama. Lepas raya nanti aku naikkan la balik.

So ari ni adalah hari ketiga bagi minggu ini. Setiap hari ada org yang hantar. Alhamdulillah. Secara tak langsung ia buat aku bersemangat. Ada customer hantar 9kg. Hari ni saja dapat 4 comforter. Cuma skang aku pakai mesin biasa dengan capacity sikit. Mesin besar yang boleh buat 25 kg tu masih belum boleh beroperasi sebab power supply tak cukup. Harap2 by end off this month dah boleh jalan dah mesin besar tu.

Untuk bulan pertama beroperasi ni aku tak mintak tuhan limpahkan pendapatan seperti orang yg dah bertahun2 bukak dobi . Kalau boleh cecah RM500 aku dah happy dah..So dari situ aku akan perlahan2 bangkit dan susun strategi dalam memberi perkhidmatan yang terbaik..Aku harap tuhan menyebelahi aku..Amin..

Comments

dieja yusoff said…
gud luck kak.. never give up!
azlina said…
Tahniah di atas perasmian kedai dobi julia. Semoga success dlm perniagaan dan semoga Allah memberkati segala usaha julia dan suami serta diberikan rezeki yg melimpah ruah. Amin..

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland