Posts

Showing posts from January, 2019

Patin Masak Tempoyak

Image
Ini kali pertama Kak J nak masak ikan patin. Entry sebelum ni kak j tunjuk cara basuh ikan patin n packing. Now nak share resipi Patin Masak Tempoyak Cik Mael. Cik Mael ni ayah Kak J (Ismail). Dia suka makan Patin Tempoyak and dia akan masak sendiri. Selalu kalau Kak J balik Selayang, dia akan masak dua tiga ketul je tuk kami berdua sebab org lain xberapa makan ikan patin ni. Bahan2 Ikan patin 3-4 keping Cili merah,cili padi, kunyit (blender) Serai 1 atau 2 batang (ketuk) Tempoyak (3sudu. Klu nak lebih pun tak per) Asam keping Garam/gula Cara-cara Panaskan bahan yang diblender. Masukkan skali serai, tempoyak dan asam keping. Kak J letak sekejap.je asam tu pastu bila kembang angkat sebab tak nak masam sangat. Bila dah mendidih masukkan garam gula(sikit je). Kalau nak letak mak aji pun boleh. Kak J tak letak sebab cik abg xsuka. Dah rebus mengelegak..baru masuk ikan.. Tada!! Senangkan.

Ke pasar beli ikan patin.. Pasar Borong Selangor

Image
Alkisah teringin benar nak masak ikan patin. Selama ni makan patin tempoyak ayah masak je. So ari ni nampak ikan patin kat Pasar Borong Selangor. Punya la besar. Sekilo RM4 je. Ramai yang kata patin tu patin kolam and tak diyakini bersih..tapi Kak J yakin je..hahaha.. Tokey kedai xbagi beli sekerat2. Kalau nak kena beli sekor. Bapak besar sekor tu.  Tapi disebabkan teringin sangat Kak j beli jugak sekor tu..Murah je dalam RM15. Bawak balik..ya allah hazab nye nak mencuci. Kak J cuci satu persatu..darah dia macam darah manusia wei..hahaha..Letak cuka skit bagi hilang hanyir pastu packingkan dlm plastik tuk sekali masak. Bagi memudahkan kerja kita nanti. Yang dalam besen tu nak masak tempoyak. Yang lain-lain tu ada ayam and ikan keli. Pun Kak j packingkan kecik2 senang nak masak nanti

Bukit Batu Putih, Port Dickson

Image
Bukit Batu Putih, Port Dickson. Dua kali Kak J pergi satu family. 1st time pergi dengan team Kosmo. 2nd time pergi dengan kawan n siap pakej Camping satu malam kat Blue Lagoon. Bukit Batu Putih sangat sesuai tuk mereka yang nak bawak anak..tak jauh n tak susah..and view kat Hill Top dia mabeles tapi bahaya skit nak panjat hill top. Kalau hiking kat sini memang banyak port tuk tangkap gambar and ada IG value la kalau siapa2 yang jenis suka haplod gambar kat IG. Boleh pergi rumah api dulu..Selesai amik gambar..boleh lencong ke laluan tuk ke hill top..masa turun bawah..akan sampai ke tepi pantai dahulu. View dia..ya allah..memang cantik dan sesuai nak amik gambar. Ramai juga tanya macam mana la kami bawak anak-anak naik bukit. Ye la yang sulung si Addam tahun ni 10 thn, Rizqy 8 thn n Camelia 3 thn. They start hiking last year. Tapi kami bawak depa hiking bukit yang rendah2 je la..xlebih 300meter ketinggian..kalau lebih..takut rabak kaki bapaknya..hahaha..sebab nak kena kendong si...

Cheese Tart Derhaka...hahahaha

Image
Seperti biasa Kak J suka sangat nak mereka-reka buat kuih, kek and pastri. Buat tuk makan sendiri je tak ada la niat nak menjual-jual ke apa.. Zaman sekarang ni..bila nak masak je terus bukak telefon google sana sini cari resipi. Zaman mak-mak kita dulu kumpul la resipi-resipi majalah or akhbar pastu tampal dalam buku nota. Kali ni Kak J buat Cheese Tart hasil Gugel ke page masam manis. Banyak resipi ada dalam blog ni. Boleh klik  Blog Masam Manis  .  Terima kasih empunya blog..mintak halal ye resipinya. Semoga anda dimurahkan rezekidi masa hadapan. Alkisahnya..Kak J ni suka derhaka kat resipi..hahahaha.. resipi dh kata gitu..aku main campak2 bahannya. Resipi kata kuning telur..ku campur sebiji telur sebab sayang..hahaha..gula main bubuh sesuka hati. Resipi kata pukul dulu butter n gula..aku campur sekali telur gaul pakai tangan..cerdikkan..hahaha..hasilnya..keras kedekung aku nye tart shell..xpe..next time aku buat lagi...huhuhu Ok ni Kak J tampal resipi asal da...

Hiking Bukit Wawasan, Puchong

Image
Sepanjang tahun 2018.. Kak J semakin aktif dengan running event..obstacle run n hiking. Hiking ni aktiviti yang boleh lose weight dengan berkesan. Kak J ni selalu rasa bosan bila jogging ni..ye la..lari je kan so bila mula kenal dunia hiking ni..rasa seronok plak..tambahan pula husband pun suka n boleh bawak anak-anak. Ada dua laluan boleh naik sama ada laluan seperti dalam gambar atau laluan berdekatan gerai air kelapa. Ok hari ni Kak J nak share pasal Bukit Wawasan di Puchong. Bukit ni tak la tinggi sangat cuma 233 meter je tapi sebab belakang rumah je and about 7 minute drive je..ni la bukit yang kak J selalu naik bawak anak-anak sebab ada air terjun boleh mandi..tapi now laluan ke air terjun dh di tutup. Kalau tak..ini la laluan ke air terjun..now dah ada papan tanda dh Ni la air terjun dia..cantik sangat..tapi mebi ramai sangat p buat kotor gamaknya dia tutup terus xleh mandi dah Boleh waze saja Bukit Wawasan nanti akan sampai di kaki bukit ni. Ada dua la...

Pai Daging. Maaf buruk rupa parasnya..hahaha

Image
Bila dh tak kerja ni mcm2 benda nak buat kat rumah ni..benda paling best adalah masak..hahaha..macam2 benda aku reka nak buat.. alkisah..teringin nak makan pai daging..butter tak ada..so improvise la adunan guna minyak..main hantam je.. jadi jugak la adunan dia tu.. Aku guna satu setengah cup tepung..minyak aku main tuang je ikut suka ati..hahaha..rasanya lebuh 5 sudu minyak..pastu buh garam skit..campur air..masuk sikit sampai boleh uli..tada!!! Jadi la.. Inti tu pun suka-suka je aku tumis bawang putih,bawang merah n halia..buh daging cincang..rempah kari n garam..dah..simple.. Nanti kita up resipi2 lain yang kita cuba..semua tahap amatur and easy to make..kita ceduk je resipi kat internet..terima kasih n doakan dimurahkan rezeki la pada siapa2 yang share resipi tu ye...

Kursus Perbidanan Dan Urutan Tradisional

Image
Sebulan lebih dh jobless..dlm sebulan tu selain daripada menghabiskan masa bersama anak2 dan keluarga..benda paling berguna Kak J buat adalah mengikuti kursus perbidanan Melayu dekat Kolej Komuniti yang diajar oleh Opah Nita. Sebenarnya banyak je kursus2 perbidanan n urut tradisional ni kat luar..tapi Kak J tertarik dengan kursus-kursus yang diadakan oleh Kolej Komuniti Selayang yang diajar oleh Opah Nita (boleh search FB beliau). Opah Nita ni jangan pula kita bayangkan dia dh tua ye..hahahaha..dia muda lagi. Antara kursus yang ada adalah pastri, kecantikan, asas perniagaan dan juga kursus perbidanan yang dipecahkan kepada segmen-segmen kecil Urut pre/postnatal, Kursus Tangas, Lulur dan Scrub, Penjagaan Bayi dlm pantang, Kursus pembuatan rempah dan herba berpantang dan banyak lagi. Kesemua kursus ini berharga RM70 sahaja. Mula-mula Kak J sertai Kursus Tangas dengan Opah Nita. RM70 sahaja untuk kursus satu hari. Kemudian Kak J sertai pula Kursus Urutan Selepas Bersalin (Advance) se...