Wednesday, June 27, 2012

Pesta di lokasi pembunuhan...

Forensik sedang menjalankan tugas

Ini merupakan pengalaman pertama aku melihat gelagat masyarakat di Kelantan sewaktu berlaku peristiwa-peristiwa besar. Semalam ada satu kes bunuh yang mayat dijumpai dalam guni di tepi semak sawah kat Pasir Mas.

Orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian




Ni la pakcik yang kaut keuntungan..hahaha
Dalam perjalanan aku berborak dengan member opis aku mengenai orang2 Kelantan. Dia cerita macam mana keadaan waktu banjir..dia kata seronok sangat sebab macam pesta.. Walaupun air dah naik sampai takat betis tapi ramai jer orang bawak anak2 keluar man air..siap ada orang jual makanan macam keropok lekor and air minuman. Cerita dia membuatkan aku tak sabar nk tunggu musim banjir nanti sbb nak rasai sendiri pengalaman tu.

Bila aku sampai je kat lokasi aku tengok orang kampung dah ramai. Yang aku pelik tu, lokasi sawah tu agak jauh dari kawasan perkampungan..kira2 dalam 500 meter - 1 km ke kampung terdekat. Tapi bila tengok kiri kanan, ramai orang muda je..time tu jam tepat kul 2 tengah hari.Kira matahari tengah tegak atas kepala. Berpeluh-peluh aku.

Mari kita ramai2 berkelah sambil makan aiskrim
Makin lama aku tunggu kat situ sebab nak tunggu polis angkat and sah kan mayat, makin ramai plak orang datang. Kali ni sampai penuh batas sawah tu ngan motor. Siap yang bawak anak2 kecik lagi..Ada tu anak tak pakai kasut dibiarkan atas batas. Padahal bukan dpt tengok pun mayat tu sebab dalam semak and polis tak halang laluan.

Siapa da pakcik tu cakap datang sebab anak dia nak tengok. Dia aku tengok budak tu, baru umur 4-5 tahun gitu..hahaha..agak2 la pakcik..

Dalam pukul 3 lebih gitu aku nampak budak2 kat situ dok pegang aiskrim..terliur gak la aku tengok yelah tengah panas terik tu. Toleh ke belakang rupa2nya ada orang jual aiskrim naik motor masuk kat batas sawah tu. Gelak besar aku..tapi aku pun tak lepaskan peluang la beli aiskrim dia..hahahaha..

Bila forensik dah selesai tugas dia, semua orang pun balik dengan peluh2 and penat. Aku rasa tak ada sapa yang dapat keuntungan dengan dok tercongok bawah terik tu. Aku kalau bukan sebab keje tak der la aku nak bawak anak pinak g dok tepi sawah tu. Mayat bukan nampak pun. Yang untung, pakcik jual aiskrim tu..hahahaha..

No comments: