Posts

Showing posts from October, 2016

Cara Membuat Air Jamu Sendiri di Rumah

Image
Air Jamu Kak J - 0192682280 ig-@juliaismail83 Sekali lagi aku nak share resipi Jamu Homemade. Last entry kalau tak silap tahun 2012. Ok, Aku memang amalkan jamu kunyit ni. Selain baleh membantu merawat masalah wanita, ia dapat melambatkan penuaan dan juga menguruskan badan. Tak rugi kalau amalkan. Ok..ini resipinya di bawah. Mari kita kongsi manfaatnya. Bahan-bahannya. 1. Kunyit 2. Halia 3. Manjakani 4. Gula Merah 5. Asam Jawa 6. Asam Keping 7. Sireh CARA MEMBUATNYA 1. Potong kunyit, halia, sireh dalam ketulan yang agak kecil dan rebus bersama manjakani. 2. Apabila semua bahan sudah masak tos kan dan kemudian kisar. Air rebusan tadi jangan dibuang dan boleh dicampurkan. (tujuan merebus dahulu semua bahan adalah untuk mengelakkan getah kunyit melekat pada blender anda) 3. Kemudian tapis/perah (guna penapis kain). Ulang kisar bahan2 tadi (hampas) dengan air dan tapis sehingga sarinya habis. 4. Kemudian panaskan kembali dengan gula merah dan...

15 kebaikan Kunyit Pada Wanita

Kunyit bukanlah asing di kalangan rakyat Malaysia. Kunyit banyak digunakan di dalam masakan seharian sebagai perasa yang melazatkan setiap hidangan. Tanpa kita sedar, Kunyit ini merupakan antara bahan paling popular di amalkan Indonesia sebagai petua penjagaan kesihatan wanita mahupun lelaki. Kunyit atau nama saintifiknya latin Curcuma Domestica Val ini Tahukah anda bahawa kunyit ini mampu merawat pelbagai masalah dalaman wanita seperti keputihan, sengugut dan sebagainya malah ia juga mampu menaikkan seri wajah dan juga awet muda. Kunyit membantu memperkuatkan sistem daya tahan badan Antara Kebaikan Kunyit 1.     Membantu menyembuhkan luka lebih cepat dan bertindak sebagai antiseptic alami. 2.     Kunyit membantu dalam pertumbuhan sel yang secara tidak langsung melambatkan penuan. 3.     Mendetoksifikasi badan dari bahan kimia dari badan 4.     Dapat menhalang dari kanser. 5.     Dapat menurunka...

Camelia Imanie - Pengubat luka sang ibu

Image
Sebahagian dari diri aku rasa amat sedih sebab ni lah yang terakhir kali aku dapat merasakan pergerakan bayi di dalam perut..dapat merasa sembabnya kaki membawa bebanan si kecil ini..dapat merasakan indahnya pandangan mata si kecil memandang tepat di mata ketika sedang menyusu..kulit bersentuhan..tak dapat aku bayangkan sekiranya tuhan menarik nikmat yang aku rasai kini kerana sudah tentu ini adalah kali terakhir aku boleh memgandung dan melahirkan. Ya allah sedihnya.. Tapi dalam kesedihan itu..aku harusnya bersyukur kerana tuhan telah pinjamkan aku nikmat itu walaupun diturunkan dugaan maha hebat.. perlu kita sedar..seberat2 dugaan yang diturunkan..ada lagi insan yang menanggung dugaan lebih berat dari kita..oleh itu..aku bersyukur dengam setiap dugaan supaya mengingat kan kita pada mati, dosa dan pahala. Moga aku lebih istiqomah di masa hadapan. AMIN

Kehidupan Tanpa Rahim - Dairi Kak J

Image
Bulan ni dah masuk Oktober. Hampir 6 bulan selepas melahirkan Camelia Imani. Dan hampir enam bulan juga aku telah hidup tanpa sebahagian daripada organ dalamam aku iaitu Rahim. Sesuatu yang merupakan tonggak utama menjadikan seseorang itu wanita sejati. Ramai yang menunjukkan muka sedih bila aku bagi tau terpaksa buang rahim masa bersalin April lepas sebab komplikasi yang hampir meragut nyawa. Agaknya ramai yang merasakan hidup aku sudah gelap sebab dah tak ada rahim. Sesuatu yang amat penting bagi seseorang jika dia mahukan zuriat. Ramai yang tumpang sedih. Ye la kan.. terpaksa mengharungi saki baki kehidupan tanpa rahim pada usia baru 33 tahun. Kalau tanya aku? mula2 masa keluar dari ICU, jujur memang aku sedih. Dengan nak menanggung sakit ekoran pembedahan Major yang baru aku lalui, dengan kecederaan di pundi kencing dan perlu di repair..bertarung pulak dengan perasaan. Sememangnya tak tertanggung hati. Tapi apa yang terjadi ada sebabnya. Kita muhasabah diri. Ada yang tanya.. APA...