Posts

Showing posts from March, 2013

Petua menjaga Ketiak..

Bila baca tajuk tu mesti ramai yang nak tergelak kan..aku pun rasa nak tergelak sebenarnya tapi ilmu ini berguna untuk semua wanita yang mengalami masalah perubahan warna ketiak dan juga masalah ketika mahu mencabut bulu ketiak. Caranya sangat mudah. Aku dapat daripada kawan aku beberapa bulan yang lepas tetapi aku tak masukkan dalam entri blog ini sebab seperti biasa aku perlu mencuba dahulu., Kalau berkesan baru aku kongsikan kepada rakan-rakan pembaca. Anda hanya perlukan kapur..Kapur yang digunakan untuk memasak. Caranya..sapukan kapur tersebut dibahagian ketiak anda. Biarkan sehingga kering..bila kering..anda boleh mencabut bulu ketiak anda dengan hanya menggunakan tangan tanpa perlu pengepit. Gunakan cara ini setiap kali ingin mencabut bulu ketiak atau pun tiga kali seminggu. Dalam masa sebulan anda akan mendapati bulu ketiak anda tidak tumbuh seperti selalunya selain bahagian kulit akan mencari semakin cerah..Lama kelamaan, bahagian tersebut akan menjadi bersih dan tidak ...

Anak muda tak layak taksub politik...

Bila menjelang pilihanraya setiap penggal..kita akan lihat pelbagai pihak berperang sesama sendiri sama ada dari segi lisan mahupun fizikal..semakin aku dewasa dan memahami setiap isu dan agenda politik..aku jadi seakan muak dan mempersoalkan adakah kita memerlukan politik di dunia ini..tp itu lah hakikat..dalam apa sahaja institusi, politik akan wujud tidak kira kita suka atau pun tidak. Aku masih muda dn banyak pehaman mengenai politik yang aku tidak mengerti. Susur galur politik amat remeh untuk cuba difahami namun sebagai tugas seorang wartawan mahu atau tidak aku perlu juga meletakkan diri aku di dalam situasi tersebut. Bagi penggal ini..aku lihat peperangan merebut undi bukan sahaja melibatkan satu individu tetapi telah membabitkan seluruh rakyat secara am nya. Aku tidak tahu sama ada isu di lahad datu itu adalah satu agenda politik atau tidak..walaupun aku berada di pihak media..sejujrnya aku tidak berani mengutarakan persoalan itu. Kedua-dua pihak sama ada kerajaan atau pemb...

Gambar bayi berdarah gemparkan pengguna FB..

Image
Semalam semua pengguna FB naik berang sebab gambar ni..mesti ramai dah tengok kan..macam2 komen tuan punya FB ni dapat..Ok la malas nk citer panjang..aku masukkan penjelasan hospital dan parent dia pasal benda ni.. Sebabkan gambar ni..pihak Hospital telah memanggil media untuk satu sidang media pada pukul 10 malam..terima kasih la pada si polan yng post gambar ni sebab bagi aku overtime.. ........................ KOTA BHARU - Pengguna laman sosial Facebock kel marin digemparkan dengan sekeping gambar seorang bayi yang berdarah dan menyayat hati di muat naik oleh seorang individu yang menyalahkan jururawat Hospital Raja Pe rempuan Zainab II (HRPZ II) menjadi penyebab kepada insiden tersebut. Gambar bayi lelaki seberat 2.7 kilogram, yang menerima rawatan di HRPZ II, akibat masalah jaundis (demam kuning) itu, tersebar di laman sosial berkenaan dalam keadaan yang menyayat hati dengan matanya tertutup serta kaki kanannya yang berdarah dan menitis di atas tilam semasa di tem pa...

Pencerobohan Lahad Datu dan Sandiwara

Lama dah rasanya aku tak menulis maklumlah agak sibuk sikit kebelakangan ini. Isu paling hangat yang sering diperkatakan oleh semua rakyat ketika ini adalah mengenai isu di Lahad Datu. Tak kira sama ada orang bijak pandai, golongan profesional, pengikut politik tegar malah kanak-kanak sekolah memberi pandangan masing-masing mengenai isu ini. Ada yang menyalahkan pihak penceroboh, ada yang menyalahkan polis, tentera, pemerintah malah kerjaya wartawan juga diperlekehkan dalam isu ini. Ada juga yang mengatakan perkara yang terjadi di Lahad Datu adalah sandiwara politik. Sejujurnya, aku ingin bertanya kepada mereka yang berkata begitu. tergamak sungguh ayat itu keluar dari mulut mereka. Sayu rasanya hati aku bila aku mengenang wajah-wajah keluarga yang terkorban. Semalam, aku menghadiri majlis pengebumian wira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pertama yang terkorban di Lahad Datu ekoran terkena tembakan ketika bertempur Ahmad Hurairah Ismail, 24 di Kampung halamannya di Pasir Mas. Aku...