Kebelakangan ni ramai yang terkesan dengan apa yang berlaku di Gaza dan berpusu-pusu individu dan organisasi untuk menghulurkan bantuan. Aku suka lihat semangat mereka untuk membantu rakyat dunia dan bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka. Aku jugak kadang kala hampir menitiskan air mata bila melihat gambar-gambar yang memperlihatkan penderitaan mereka terutama yang melibatkan kanak-kanak dan juga wanita. Tak dinafikan sekarang ni banyak misi kemanusian yang dihantar ke sana bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari negara seluruh dunia. Bukan di sini aku nk mencela usaha mereka cuma aku rasa terlalu banyak misi kemanusian yang dihantar ke luar yang melibatkan negara-negara krisis dan juga negara yang ditimpa bencana. Aku rasa mungkin 50 peratus daripada mereka/organisasi tersebut mahukan publisiti sebab setiap kali misi dijalankan pasti mereka bawa wartawan dan mahu disiarkan dalam akhbar atau televisyen. Buat press conference, bergambar sana-bergambar sini, kemudian menitisk...