Kisah Puasa si ibu mengandung...
Hari ni dah masuk hari 12 hari berpuasa. Cepat je rasa masa berlalu dan alhamdullilah setakat ni aku masih gagah berpuasa walau pregnant 4 bulan. Tuhan bagi aku kekuatan tuk berpuasa dalam jadul harian aku yang hectic dengan urusan anak, rumah, kedai dan juga keje. Kat sini aku nak cerita mengenai kisah2 ibu mengandung yang berpuasa yang ada disekeliling aku. Kandungan aku berusia 2 bulan Tidak dinafikan ibu mengandung dibolehkan untuk berbuka puasa tetapi janganlah jadikan ia alasan untuk berbuka. Jika seorang ibu memberi alasan tidak mahu berpuasa kerana gusar bayi dalam kandungannya tidak menerima zat yang secukupnya alasan itu tidak boleh diterima. Ini kerana Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatimah Najla Mohd Jaafar memberitahu dalam satu artikel yang aku baca bahawa janin mendapat nutrisi daripada zat yang tersimpan di dalam lemak dan hati. Masalah biasa yang para ibu adalah gastrik, kembung dan refluxdan. Keadaan ini menyukarkan para ibu ...