Sudah ajal atau kita cuai?
Berita kehilangan dan pembunuhan kanak-kanak berusia lima tahun Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang mendapat simpati ramai pihak. Tapi ramai juga yang mempersoalkan mengenai tindakan si ibu yang membiarkan anak kecilnya keluar ke kedai seorang diri.
Sekarang ni memang banyak kes penculikan kanak-kanak terutama kanak-kanak perempuan. Dari kes Nurin dulu, pastu kes Sharlinie yang sampai kini belum ditemui dan beberapa kes lain. Sejak dari itu, banyak ibu bapa menjadi agak protektif dan berwaspada setiap kali mahu membenarkan anak-anak bermain di luar seorang diri..inikan pula keluar ke kedai.
Baru-baru ini di Kelantan ada kes lemas. Anak baru umur setahun lebih dibiarkan main sorang diri..Depan pintu rumah betul2 sungai..Si ibu lepa..anak yang baru pandai berjalan tu terus keluar rumah dan terjatuh dalam sungai..sedar-sedar dah timbul..agak-agak berapa lama si ibu tu nak sedar anak dia hilang? Sebab masa dia menyedari si anak hilang adalah apabila mayat anaknya sudah timbul dipermukaan sungai.
Hari ni dalam surat khabar ada satu berita mengenai kematian seorang budak lelaki berusia 2 tahun yang ditemui timbul di Taman Tasik Titiwangsa oleh pekerja. Kanak-kanak tersebut dikatakan hilang selepas bermain di taman tersebut bersama keluarga.
Memang la bila dengar berita kematian..kita akan berasa simpati. Tapi pada pangkalnya, kalau lah anak kecil itu tidak dibenarkan ke kedai sendiri dan si ibu lebih prihatin bila si anak kata dia lapar, tentu perkara ini tak jadi. Aku paham perasan si ibu bila dia merintih dan marah si pembunuh..dan aku dapat bayangkan macam mana perasaan aku bila kehilangan anak. Tapi, bila lihat dalam diri, di mana salah kita? Anak itu tanggungjawab kita kan...bila dia kata lapar..kita sedia kan...sepatutnya kita sediakan makanan sebelum dia kata lapar..Sedih plak aku..
Kalau kita lebih prihatin dengan anak-anak kecil kita..mungkin semua ini boleh dielakkan..Tak apa kalau orang kata kita terlalu mengongkong anak-anak kecil..kalau dah besar panjang tu tak apa la kan..Jadi apa2 orang tak berapa nak salahkan mak atau ayah..
Comments