Posts

Showing posts with the label My hysterectomy story

Kehidupan Tanpa Rahim - Dairi Kak J

Image
Bulan ni dah masuk Oktober. Hampir 6 bulan selepas melahirkan Camelia Imani. Dan hampir enam bulan juga aku telah hidup tanpa sebahagian daripada organ dalamam aku iaitu Rahim. Sesuatu yang merupakan tonggak utama menjadikan seseorang itu wanita sejati. Ramai yang menunjukkan muka sedih bila aku bagi tau terpaksa buang rahim masa bersalin April lepas sebab komplikasi yang hampir meragut nyawa. Agaknya ramai yang merasakan hidup aku sudah gelap sebab dah tak ada rahim. Sesuatu yang amat penting bagi seseorang jika dia mahukan zuriat. Ramai yang tumpang sedih. Ye la kan.. terpaksa mengharungi saki baki kehidupan tanpa rahim pada usia baru 33 tahun. Kalau tanya aku? mula2 masa keluar dari ICU, jujur memang aku sedih. Dengan nak menanggung sakit ekoran pembedahan Major yang baru aku lalui, dengan kecederaan di pundi kencing dan perlu di repair..bertarung pulak dengan perasaan. Sememangnya tak tertanggung hati. Tapi apa yang terjadi ada sebabnya. Kita muhasabah diri. Ada yang tanya.. APA...