Posts

Showing posts with the label Kerja Si Wartawan

Pesta Nenas..erk!!

Image
Hari tu aku cerita pengalaman aku di lokasi pembunuhan..semalam aku lalui pengalaman yang boleh similar la. Semalam ada satu kemalangan ngeri berlaku di jalan P.Mas-R.Panjang. Kat situ memang kerap berlaku kemalangan. Kisah kemalangan semalam agak menyedihkan. Lori yang membawa muatan tanah bijih terbabas lalu melanggar seorang makcik yang menjual nenas di tepi jalan. Lori tu terbabas terus masuk dalam parit. Makcik tu terperosok bawah lori dan dikatakan mati di tempat kejadian dengan pelbagai kecederaan serius. Aku sampai lambat ke tempat kejadian sebab jauh kan Kota Bharu dengan R. Panjang. Masa tu mayat dah pun diangkat Tapi masa aku tiba di tempat kejadian aku tengok ramai orang kerumun gerai makcik tu yang dah roboh. Aku ingat dorang kerumun apa..rupanya masing-masing mengutip baki jualan arwah yang bertaburan di tepi jalan. Ada yang amik nenas, limau bali, gula asam, kuah cicah..macam-macam la..ada yang lalu tepi jalan pun sanggup berenti sebab nak amik buah-...

Rampasan Arak di Kg Cina

Image
Semalam Majlis Perbandaran Kota Bharu buat serbuan di beberapa rumah di Kampung Cina. Hasil rampasan adalah arak-arak Malaysia dan juga arak-arak dari Thailand. Ini merupakan operasi bersepadu antara MPKB, Polis, Jabatan Agama Islam dan Kastam. Aku sebelum ni memang parnah bau arak tapi aku tak pernah bau tuak masam. Semalam, tak sangka premis tersebut merupakan kilang membuat tuak masam . Bau dia busuk sampai pening kepala..tak dapat nak bayangkan bau dia macam mana.. Mengikut pegawai MPKB, kali ini merupakan rampasan yang terbesar kerana hasil rampasan penuh dua tak dan juga satu 4wd.. Rupa2nya sederet rumah2 kat situ semuanya jual arak and buat sendiri tuak..Lima buah rumah ke semuanya.. Aku sertakan gambar2 yang aku amik pakai phone aku untuk tatapan semua.. Sebungkus harganya RM3 Ni la rupanya tuak..busuk gila Sederet rumah kat pintu gerbang ni kena serbu Ni sebahagian dari arak yang dirampas Ta..da...hahahaha

Sungai Golok...

Image
   Semalam aku dikejutkan awal2 pagi kerana assigment lemas di Rantau Pajang..Jadi aku bangun dan drive sorang2 ke sana. Teringin juga aku nak tengok operasi mencari mangsa lemas sebab aku tak pernah tengok sebelum ni. Tapi, aku malang skit la sebab masa aku sampai tu mayat dah jumpa n dah bawak naik tebing. Dah letak dlam plastik itam pun,,sedih aku tak dapat tengok.. Ni la Sungai Golok yang memisahkan sempadan Kelantan dan Thailand Mangsa ni orang cina umur 44 tahun. Dia terjatuh masa nak melangkah dari sampan ke atas pelantar kayu tu..Masa tu beru lepas ujan so licin..dia terjatuh. Dia ni kerap g golok nak berhibur bleh kata dua kali seminggu. Kali ni dia g ngan dua kawan dia. Yang herannya, kenapa masa dia jatuh kawan dia n orang sampan tu tak tolong..hmm entah la mayb gelak kot.. Dia jatuh kul 12 malam tapi jumpa 10.40 pagi esoknya. Kalau kita tengok kelebaran Sungai Golok ni tak la besar sangat..tak sampai seminit naik bot da...

Pesta di lokasi pembunuhan...

Image
Forensik sedang menjalankan tugas Ini merupakan pengalaman pertama aku melihat gelagat masyarakat di Kelantan sewaktu berlaku peristiwa-peristiwa besar. Semalam ada satu kes bunuh yang mayat dijumpai dalam guni di tepi semak sawah kat Pasir Mas. Orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian Ni la pakcik yang kaut keuntungan..hahaha Dalam perjalanan aku berborak dengan member opis aku mengenai orang2 Kelantan. Dia cerita macam mana keadaan waktu banjir..dia kata seronok sangat sebab macam pesta.. Walaupun air dah naik sampai takat betis tapi ramai jer orang bawak anak2 keluar man air..siap ada orang jual makanan macam keropok lekor and air minuman. Cerita dia membuatkan aku tak sabar nk tunggu musim banjir nanti sbb nak rasai sendiri pengalaman tu. Bila aku sampai je kat lokasi aku tengok orang kampung dah ramai. Yang aku pelik tu, lokasi sawah tu agak jauh dari kawasan perkampungan..kira2 dalam 500 meter - 1 km ke kampung terdekat. Tapi bila tengok kiri kan...

Nenek india dan bantuannya..

Ari ni aku nak cerita pasal bantuan menjelang musim pilihan raya...Tak dinafikan time-time gini  banyak la calon2 politik menghulurkan bantuan sama ada untuk memenangi undi bagi pihak parti mahupun untuk pemerintahan tertinggi parti nampak usaha mereka dan dicalonkan bertanding untuk pilihanraya akan datang. Peristiwa yang aku boleh anggap agak lucu ni dah lama dah sebenarnya berlaku. Dalam bulan lepas tapi la ni baru aku terfikir nak kongsi kat sini. Satu hari aku menghadi PC di Biro Aduan Awam mengenai 30 orang warga tua, oku dan ibu tunggal kaum India tak dapat bantuan dari JKM. Sebenarnya dorang dapat bantuan tu tapi tak lebih RM150 je tapi tiba2 bulan 10 bantuan tu kena potong kepada RM30 hengget je. Jadi kuar la Kosmo satu hari. Nak jadi kan cerita banyak la pihak yang nak membantu lepas tu. Masa dok interview tu, ada satu makcik ni..pangkat nenek mengeluarkan kata2 yang semua orang terkedu sebenarnya. YB tu tak terkeluar kata2. Aku serious nak gelak. Nenek India: ...

Assgment hado!!

Hari ni aku nak citer skit pasal keje aku. Hari ni aku kena g Royale Bintang Hotel ada la seminar/majlis penutupan. Ada menteri datang. Hari ni aku sorang je reporter. Paper lain tak der. So masa menteri berucap aku duk la terkial2 ngan jurugambar sebab tak tau ujung pangkal. Press release pun tak der.\ So lepas habis function, media person dia datang approach aku. Ajak g makan dulu sebab katanya Menteri ada discussion. Aku cakap tak pe la tak payah la buat PC sebab aku sorang je lagi pun aku dapat point dari speech dia tadi. Pastu dia kata Datuk Menteri dah tau. Hmm tak leh buat apa la so aku ngan foto pun termanggu lagi la menunggu. Bila tiba waktu aku nak jumpa, sampai depan pintu dorang boleh plak kata Menteri  tak nak jumpa sebab nanti PM akan lancar benda ni so biarlah PM bagi statement. Pulak!! Ok fine..tak per lagi senang keje aku. Aku pun blah. Dah bayar parking, aku dapat call. Mamat PR tu call aku tanya dah kuar dari hotel ke belum. Aku kata la belum tapi tik...

Transfer ke Kelantan wei!!

Ari ni aku dapat berita yang tak tau la berita sedih ke berita gembira. Aku dapat surat pertukaran ke biro Kelantan. Kalau aku bujang aku tak kisah...ni macam mana aku nak tinggal anak2 aku yang kecik ni..bapak dia dah tentu tak leh jaga dorang sebab sibuk ngan kedai.. Aku sampai opis kul 4 tadi aku baca la surat tu., Nk kata terkejut ke, seronok ke..entah la..Apa pun aku buat surat mohon penangguhan setahun sementara tunggu anak2 aku besar skit..harap permohonan aku berjaya. Amin..kengkawan doakan ai jugak ek...Takmo g kelantan!! Wa!!!

Wartawan masuk neraka pulak...

Arini kisah aku sama dengan entri yang aku tulis sebelum ni (  klik ini  ) cuma harini apa yang aku dengar and terima lebih teruk dan menyedihkan. Kisahnya begini. Aku mendapat tugasan untuk pergi ke satu sidang media tengah hari tadi. Seperti biasa aku ngan reporter Utusan, Maisarah naik satu keta. Al maklum si Maisarah ni pregnant 8 bulan lebih dah tak larat nak bawak keta so dia tumpang aku. Sampai kat PC tu kami terlewat sikit so PR dia kata Tan Sri tunggu korang je. Bila kami masuk Tan Sri terus tanya siapa dari Utusan and siapa dari Kosmo? Kami pun angkat la tangan sorang2. Bila duduk seperti biasa kami keluarkan la buku dan pen nak salin PC tu pasal apa. Biarlah aku tak tulis pihak mana yang buat PC tu. Lepas dari tu aku rasa selama dua jam tu adalah azab untuk kami tapi yang lebih terkena tempiasnya adalah Maisarah. Kesian dia. Rupa-rupanya Tan Sri ni nak marah pasal satu story yang Utusan ni buat. Aku tak kisah la sebab memang la dalam story tu ada kesalahan skit...

Rezeki wartawan haram?

Hari ni aku keje malam. So seperti biasa tugas aku angkat call kat opis Kosmo ni. Ari ni sumpah aku sakit kepala maybe gara2 tengkuk aku yang terkehel. Tepat pukul 7 ptg aku dapat call dari seorang makcik yang tak puas hati dengan story Kosmo pg 2 mengenai tunjuk perasaan kat Mesir. Dia kata story tu tak tepat. Katanya anak dia pun belajar kat Mesir tapi kenapa tulis 10,000 pelajar Malaysia di Mesir bimbang keselamatan. And dia kata kat Mesir aman je cuma kawasan situ je berbalah. Anak dia selamat je. Kenapa nak kena hebatkan cerita sampai macam tu.. Aku seperti biasa bila ada caller macam tu aku diam je.. Tapi bukan takat tu je, dia suruh aku hold pastu pas kat laki dia. Tak sempat kata apa2 lagi laki dia terus kata kat aku "masyaallah'. Pastu dok tazkirah aku panjang lebar. Dia kata kenapa Kosmo! tak call Wisma Putra dulu untuk pastikan perkara tu. Katanya, faham la surat khabar ni nak pulisiti murahan and story yang buat orang baca. Tapi biarlah rezeki itu halal dan dibe...

Saya sayang kerja saya...

Kalau kawan2 aku tengok tajuk tu, mungkin ramai pk aku lafazkan dengan maksud sebaliknya. Memang aku kekadang selalu merungut mengenai kerja terutama masa aku kat Meja Rencana. Never endless work. Tapi bila aku dah masuk tahun ke6 menjadi seorang WARTAWAN dan mula merencanakan niat untuk berhijrah dengan kerja2 yang lebih memberi kepentingan kepada keluarga, tiap2 hari aku rasa sedih. Aku takut aku akan membuat keputusan yang salah dan menyesal di kemudian hari. Aku adalah wartawan dan kehidupan wartawan itu adalah aku. Aku mula mengenal dunia karier di sini (Utusan Melayu Berhad). Ini lah dunia aku. Selama 6 tahun, ini saja yang aku tahu buat. Aku serorang yang tak suka terikat. Bekerja sebagai wartawan memang tak pernah rasa terikat. Aku tak pernah menyesl menjadi wartawan. 6 tahun  tempoh aku bekerja dipenuhi dengan suka berbanding duka. Macam mana aku nak tinggal kan kwn2 aku kat sini. Macam mana aku nak tinggal dunia aku, bagaimana aku nak tukar rutin aku. Itu yang membingu...

Hidup Melayu!!! Hidup Utusan!!

Image
Ari ni aku datang keje, terkejut aku tengok banyak org2 berkumpul kat tepi jalan. Pastu bila dah nak sampai depan pintu opis nampak polis ramai siap ngan perisai n cota. Baru aku tau yang lepas sembahyang Jumaat nak ada piket. Aku tak nafikan sedikit sebanyak aku rasa teruja gak nak tengok piket2 ni. hehehehe. Tepat dalam kul 3 kumpulan yang berkumpul tu mula berarak. Rupa2nya kumpulan yang berpiket ni merupakan ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Lebih 100 orang gak berkumpul kat depan pejabat Utusan Melayu (M) Bhd., Jalan Chan Sow Lin, Sungai Besi. Tujuan dorang adalah tuk menyerahkan memorandum sokongan terhadap akhbar Utusan Malaysia. Turut hadir kumpulan dari Pemuda Umno. Sepatutnya Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah mnguar-uarkan nak buat demonstrasi kat Utusan tapi last2 minit kata tak jadi. Katanya ada banyak lagi urusan penting. Oleh tu kedengaran la laungan Hidup Melayu! dari Perkasa dan juga Hidup Utusan! daripada Pemuda Umno. Tetiba ak...

Aku Wartawan..

Pejam celik..pejam celik dah hampir lima tahun aku bergelar seorang wartawan akhbar. Bila orang tanya kerja apa, n aku jawab wartawan..mesti orang akan diam sekejap lepas tu macam2 soalan keluar kat mulut dorang. Seronok tak..mesti tak ada masa..susah..macam2 lagi la..Tapi im enjoying my job so much. Kerja aku sangat menarik dan terlalu dekat dengan jiwa aku. Tension tu biasa la..kerja mana tak tension kan. Bagi orang yang sangat aktif dan suka kerja luar..bidang kewartawanan sangat sesuai dengan aku. I luv writing..mulut bising..banyak soalan..sesuai ngan aku kerja ni..hahahaha. Bagi aku, menjadi wartawan bukan lah sukar seperti yang ramai anggap. Kerja aku tak ada punch card. Jika assignment sebelum pukul 12tgh aku boleh gerak terus dari rumah. Kalau selepas 12 tgh aku perlu masuk ofis dulu. Kemudian selepas assignmnt masuk opis taip story. Mula2 memang susah sebab rasa semua yang org cakap aku nak tulis..tapi lama kelamaan masa interview kita dah tau apa yang hendak ditulis. Dan ak...

Wartawan vs penulis blog

Aku ni dah hampir lima tahun jadi journalist. Keja aku jumpa orang, cari bahan dan menulis. Tujuannya senang, nak bagi orang ramai tahu apa yang terjadi dalam dan luar negara. Tp pasal tulis blog ni memang aku fail betul la. Macam mana orang boleh tulis blog, dengan idea yang melambak2 sedangkan aku yang cari makan dengan menulis ni susah sangat nak tulis blog. Aku ni bukan apa teringin gak makcik nak jadi cam blogger2 yang ada pengikut. Kekadang dorang tulis cerita tak penting pun tapi sebab gaya dan topik tu orang suka baca. Lagi pun korang bayangkan, makcik ni dah dok kat opis berjam2 mengadap komputer tulis somethng serius, pastu nak balik tulis blog lagi..aduh.. Tapi aku nak tulis balik la kat sini. Lagi pun aku leh lepas tension..kutuk orang ke..bukan ada orang nak singgah pung blog aku nih..hahahaha..tapi kalau yang singgah tu..korang baca je la ek. Lagi pun aku ni dah tak boleh tido pagi buta..kang dah nak subuh baru la aku nak tido. Skang ni aku dengar je laki n anak aku be...