Posts

Showing posts with the label Food and Parenting

My diet food...

Image
Berdiet tidak semestinya kita hilang nikmat makan. Tidak semestinya bila sebut diet kita tak boleh makan makanan yang sedap. Kita perlu variasikan kreativiti kita dalam menghasilkan setiap hidangan di atas meja. Bagi mengelakkan aku makan nasi...aku akan menyediakan sendiri makan malam aku walaupun di KB ini aku duduk sorang dan ini adalah sebahagian daripada apa yang aku sediakan..sangat sihat dan boleh dijadikan amalan pemakanan sihat. Portion ini sangat mengenyangkan walaupun dimakan tanpa nasi.Hidangan ini sangat mudah dan menjimatkan masa. Campak je semua dalam pengukus dan tunggu sampai masak. Steamed Chicken Bahan-bahannya.. Ayam Cendawan Shitake Brokoli Sweet Peas Daun bawang/sup Halia Black Paper Sos Tiram Kicap masin Cara-cara.. Masukkan ayam, sos tiram, kicap dan cendawan, daun sup, halia, black paper (letakkan sedikit air jika mahu) Kukus 20 minit(atau sehingga masak) Tutup api..kemudian baru masukkan sayur dan tutup pe...

Eat Your vege!!

Bercerita tentang sayur...pasti ramai yang tak sukakan..tapi itulah cara yang terbaik untuk untuk kita meningkatkan imunisasi badan kita. Sebaiknya amalam makan sayur ini patut diterapkan daripada kecil sebab kebiasaannya bila kita tak besar, memang susah untuk kita tukar habit daripada tak suka makan sayur kepada suka makan sayur. Mengikut pengalaman aku, sejak kecil bapak aku akan paksa aku ngan adik beradik aku untuk makan sayur..Mungkin sebab kerana terpaksa, sampai besar aku boleh telan sayur..Aku mengaku aku memang suka makan sayur even kalau tak ada lauk lain pun aku boleh makan nasi kalau ada sayur saja. Untuk menjadikan seseorang itu penggemar sayur, kita kena didik anak2 kita dari mereka kecil untuk mengenali sayur dan kebaikan memakan sayur..ajar mereka and keep saying..eat ur vege..its good for ur health.. Mulakan daripada mereka bayi..campurkan sayur-sayuran dalam makanan mereka..sama ada letak dalam bubur atau buat puree..Cari sayur2an yang pelbagai dan tukar mengi...

Mengandung..menyusu..xperlu puasa?

Tahun lepas aku ada tulis pasal perkara ni. Mengenai ibu2 yang mengandung dan juga ibu2 yang menyusu tak nak puasa dan tak mahu mencuba langsung untuk berpuasa. Tadi aku ada baca entri seorang blogger mengenai puasa ketika menyusu menyebabkan kita penat, mengantuk dan production susu sikit. Memang tak di nafikan tapi bukankah penat dan mengantuk itu perkara biasa ketika kita berpuasa? Memang ada kelonggaran dalam agama kita bagi golongan menyusu dan juga yang mengandung tetapi bagi aku, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk tidak berpuasa malah ada yang langsung tidak mahu mencuba. Aku bukan cerita kosong..aku dah mengandung dua kali masa bulan ramadan dan tidak ada sehari pun aku pon aku tinggal..kiranya dua tahun puasa penuh.. Yang penting niat kita untuk menjalankan ibadah puasa maka tuhan akan berikan jalan..tetapi sekiranya ia telah terlalu memudaratkan maka harusla berbuka. *ni aku copy skit entri aku tahun lepas Tidak dinafikan ibu mengandung dibolehkan untuk ber...

Ibu Susuan..

Image
Hari ni aku baca entri salah seorang blogger mengenai seorang ibu muda yang enggan menyusukan anak dia so aku terasa nak tulis sedikit mengenai aku. Aku menyusukan kedua-dua anak aku tak la lama sangat. Masa Addam sampai 3 bulan je tapi masa Rizqy lama sikit and aku stop pun sebab susu dah tak banyak ditambah plak aku terlalu sibuk sampai menggangu rutin mengepam di opis. Aku bersalin 2 bulan selepas kakak aku. Walaupun anak kami beza dua bulan je tapi Rizqy dan Qaseh berbeza tahun kelahiran. Qaseh tahun 2010 and Rizqy plak tahun 2011. Selepas kakak aku melahirkan Qaseh dia tak dapat menyusukan anak dia sebab she's not producing any milk. Masa aku bersalin mak aku ada suggest suh aku breastfeedkan Qaseh tapi aku ngan kakak aku tak berapa nak ye la anak kami lain jantina takut nanti bercinta plak dah tak leh kawin..hahahaha..bila kami cakap cam tu mak aku bising la ye la tak kan kami tak nak salasilah keluarga berkembang, tapi kalau dah nanti dorang bercinta dah nak kawin lari ke ...

Susu Formula mengandungi Gula?!!

Image
Oleh JULIA ISMAIL julia.ismail@kosmo.com.my KUALA LUMPUR - Seorang pakar pemakanan menasihatkan golongan ibu supaya tidak ragu-ragu memberi anak mereka susu formula sedia ada yang didakwa mengandungi kandungan gula berlebihan. Dr. Barakatun Nisak Mohd. Yusof yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Beliau berkata, kandungan gula tambahan dalam susu - susu formula sedia ada masih terkawal dan mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan. "Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga membenarkan kanak-kanak mengambil 10 peratus gula daripada jumlah pemakanan mereka sehari iaitu lebih kurang tujuh sudu kecil gula,'' katanya kepada Kosmo! semalam. Beliau diminta mengulas kebimbangan dalam kalangan ibu-ibu hari ini mengenai dakwaan yang tersebar dalam blog di Internet bahawa kira-kira 70 peratus kandungan tambahan susu formula terkenal di...

Risau anak kurus?

Image
Post aku yang ini adalah sambungan kepada post aku sebelum ni iaitu Anak Tak Nak Makan . Aku selalu dengar mak-mak menyatakan rasa risau bila anak2 mereka kurus dan bayi kecil daripada bayi seusia. Dorang selalu tanya "susu apa ko bagi anak ko sampai tembam macam ni". Sebenarnya tak semestinya anak tembam itu bermakna dia sihat. Jangan la kita sumbat anak kita dengan pelbagai makanan nak bagi anak gemok. Dah jadi trend kalau orang kat Malaysia kalau nampak baby tembam je akan cakap "Comelnya baby ni..tembam sungguh. Apa ko bagi dia makan? Aku pun nak bagi anak aku susu sama ngan anak ko la... Tapi bila nampak budak yang berumur 3 tahun ke atas yang tembam macam ni pulak dorang cakap. "Ni mak bapak dia la ni. Tak kawal makan anak2 dah obes. Nanti bila besar banyak penyakit baru tau.." Macam tu pulak cakapnya..Sebenarnya kurus atau gemuk ni tak menentukan tahap kesihatan seseorang. Tak semestinya kalau anak kita kurus dia tak sihat. Apa yang penting, kita...

Anak tak nak makan?

Image
Aku selalu dengar kawan2 kat opis merungut anak-anak tak nak makan. Dah jenuh dah paksa anak2 makan tapi last2 endup tak berjaya. Dulu aku selalu menyalahkan mak-mak bila anak2 tak nak makan. Aku selalu assume anak2 tak nak makan sebab mak malas. Tapi bila aku jadi mak kepada dua anak baru aku tau macam mana anak2 tak nak makan and betapa risaunya kita sebagai emak. Pengalaman aku : Masa Addam aku tak ada masalah dengan dia sebab dia sentiasa ada selera makan. Tapi bila dia masuk setahun setengah dia susah sangat nak makan dan terlalu banyak minum susu. Rizqy plak dari baby dia tak berapa nak makan. Nasihat aku: Bila perkara macam ni jadi (anak-anak kurang makan tp banyak minum susu, Anak memilih makan, anak kurang makan) parent jangan putus asa. Teruskan usaha untuk memastikan anak2 makan dengan apa cara sekali pun. Jadi la kreatif. Walaupun berjaya bagi dia makan sikit, itu sudah mencukupi daripada dia tak makan langsung. Jangan terus kata "malas dah nak  masak. Bukan dia n...

Habatussauda...Percubaan aku mencari best medication

Image
Mak Ngah aku baru balik dari Mekah last week. Aku ada pesan kat dia tuk belikan aku Habatussauda  atau jintan hitam atau nama saintifiknya Nigella Sativa atau Black Cumin, sebab nak buat ubat tuk diri sendiri dan jugak keluarga. Habatussauda ni adalah sejenis herba berasal dari Arab yang sangat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit. Aku saja la nak bagi kat anak2 aku dan juga alternatif kepada ubat2tan hospital. Bukan aku tak yakin ngan ubat2 spital ni cuma aku tau kalau terlebih amik ubat2 ni tak baik tuk kesihatan. Aku pun kalau dah teruk sangat sakit baru amik pain killer ke atau anak2 aku kalau dah kronik sangat demam, selsema atau batuk baru aku bagi ubat klinik. Ini lah rupa habatussauda (gambar google) Semalam aku letak tujuh biji Habatussauda dalam susu Rizqy dan dalam daging masak lada hitam yang aku buat tuk dinner. Kalau kat restoran Arab pun, Habatussauda ni merupakan salah satu bahan masakan mereka. Nama pun jintan hitam, ia boleh jadi penam...

Perlu ke makanan anak sedap?

Image
Ramai yang menganggap budak makan apa sahaja. Asalkan bagi makan biar dia sihat dan gemuk. Or takut parents kita marah sebab tak bagi cucu dia makan. Tapi bagi aku, bayi n kanak-kanak berhak juga mempunyai deria rasa yang menyukai sesuatu makanan. Ramai yang kata anak mereka tak nak makan. Kalau masak dorang tak nak makan. Tapi pernah tak korang cuba variasikan atau cuba dari masa ke semasa tengok apa makanan yang anak anda suka. Macam kita jugak kan, bila lapar kita cari apa benda yang sedap kita nak makan. Apa salah kita jamu anak kita dengan makan yang sedap2. Tapi ingat, terlalu menjamu ini  jugak menyebabkan anak di Malaysia ini obes. Jangan la putus asa bila anak2 tak nak makan. Cuba juga cari cara terbaik untuk mereka makan. Aku ada pengalaman dengan dua anak. Yang sulong akan makan apa sahaja yang aku masak tanpa tolak. Cuma dia tak suka sebarang jenis nestum atau biskut atau jar food. Yang Rizqy ni pada mulanya tidak berapa nak makan. Semangkuk bubur jarang dia dapat hab...

Email to Child Behavioural Psychologist | EIP - AUTISM SDN. BHD.

Image
Just nak kongsi mengenai kerisauan aku sbb Addam still tak bercakap and perkembangan dia agak pelik skit. Sebagai ibu sepertimana ibu-ibu lain, bila anak mereka lambat menunjukkan perkembangan seperti lambat berjalan atau lambat bercakap, macam2 bermain di fikiran. Baru-baru ni aku ada baca kat blog http://mamakembar3.blogspot.com/  pasal kembar2 dia tak bercakap lagi. Dalam salah satu komen entri tu adalah seorang Child Behavioural Psychologist yang beri pendapat mengenai perkembangan anak2 dia. Dia ada letak email so aku tergerak nak email dan tanya dia pasal addam. Nama dia Fiki dan dia pun ada blog http:// crazy fiki . blogspot .com/ . Aku sertakan email yang aku send kat dia dan juga jawapan yang dia bagi. Jawapan dia agak merungsingkan aku dan aku perlu bawak Addam berjumpa pakar secepat mungkin. -------------------------------------- Hai Dear, I've read ur comment in Mama Kembar 3 blog recently. I have a question to ask. My boy is almost 3 and dia still cant ...

3 resepi makanan Rizqy minggu2 lepas

Resepi Pertama. Konsep = Caca merba 1.  Isi Ayam 2. Brocoli 3. Bayam 4. Ubi Kentang Cara buat: 1. Rebus atau stim semua bahan2 itu. 2. Kisar dengan air rebusan tadi. Jangan bazir air rebusan tu sebab ada stok ayam. 3. Letak dalam bekas plastik. 4. Bekukan. *hasilnya sangat menakutkan sebab warna hijau pekat. Hahahaha..Kekadang kesian plak anak aku kena makan benda hijau ni. Tapi aku n ak khasiat yang terbaik tuk anak aku n dia baek punya nganga..hahahaha Resepi kedua. Konsep = Ceria 1. Ubi kentang 2. Ubi keledek 3. Carrot 4. Labu Cara membuatnya sama dengan yang atas. Hasilnya warna oren. Cantik dilihat dan sedap dimakan. hehehehe Resepi ketiga. Konsep =Kenyang 1. Ubi kentang 2. Isi ayam 3. Carrot 4. Beras (blend halus) Cara membuat. 1. Beras yang diblend halus dimasak. Tujuan blendkan beras tuk bagi cepat masak. 2. Semua bahan-bahan tadi di rebus. 3. Blendkan semua bahan yang direbus dengan air rebusan. 4. Campurkan bahan2 tersebut dengan bubur n...

Making meal for your kids..

Aku dilahirkan dalam family where mom cooks everthng...No outside food unless ada special occasion. Dulu aku selalu kata bapak aku kedekut sebab tak nak bawak kitorang makan kat luar tapi bila aku dah jadi mak ni baru aku tau betapa pentingnya seorang ibu itu memask makanan anak2 nya. Bila kita masak makan anak-anak, kita tahu khasiat setiap makanan yang dimasak. Kalau kita beli kat luar sebagai contoh yang kebiasaan orang beli bubur mcd, (bukan aku nak ban bubur mcd tu, aku pun suka makan) kita tak tau sejauh  mana penggunaan bahan perasa dalam bubur tu. Kalau kita beli yang instant pun susah tentu ada bahan pengawet. Bukan sahaja kita boleh tentu kan khasiat makanan anak-anak kita tapi itu adalah salah satu cara kita menunjukkan kasih sayang kita iaitu melalui masakan. Orang kata air tangan ibu itu lebih afdal.  Cerita anak aku yang pertama dulu, sampai dia umur setahun, dia tak pernah sentuh makanan lain selain yang aku masak. Bubur mcd apatah lagi. Fries pun aku tak per...