Posts

Showing posts with the label How To Lose Weight

Kurus cara sihat...

Image
Sebelum ini aku menurunkan berat dengan cara konvensional iaitu dengan berdiet dan bersenam. Namun, selepas husband aku join 4Life, dia suruhlah isteri dia ni cuba dua product ni.. Nutrastart dn Tea 4life. Aku dah lama amalkan produk ni sejak bertugas di Kelantan lagi. Kira dah nak dekat dua tahun juga la. Ok la nak cerita skit la pasal poduct ni. Aku ni bukan jenis suka promote-promote barang ni..tapi lepas aku amalkan sendiri, why not aku plak bagi orang try keberkesanannya. Sebenarnya, pengambilan makanan tambahan Nutrastart dan Tea 4life ni sememangnya untuk menurunkan berat badan tapi bagi aku, pengambilan Nutrastart ni adalah semata untuk mengekalkan perut aku kenyang sebab terlalu sibuk kerja di Biro Kelantan dahulu sampai kekadang tak sempat makan on time. Untuk menurunkan berat badan, pengguna dinasihatkan mengambil dua serving sehari iaitu pagi sebelum sarapan dan juga petang atau malam. Tapi aku cuma amik pagi je. Sebab kebiasaannya pagi ni la aku akan sibuk n tak sem...

My diet food...

Image
Berdiet tidak semestinya kita hilang nikmat makan. Tidak semestinya bila sebut diet kita tak boleh makan makanan yang sedap. Kita perlu variasikan kreativiti kita dalam menghasilkan setiap hidangan di atas meja. Bagi mengelakkan aku makan nasi...aku akan menyediakan sendiri makan malam aku walaupun di KB ini aku duduk sorang dan ini adalah sebahagian daripada apa yang aku sediakan..sangat sihat dan boleh dijadikan amalan pemakanan sihat. Portion ini sangat mengenyangkan walaupun dimakan tanpa nasi.Hidangan ini sangat mudah dan menjimatkan masa. Campak je semua dalam pengukus dan tunggu sampai masak. Steamed Chicken Bahan-bahannya.. Ayam Cendawan Shitake Brokoli Sweet Peas Daun bawang/sup Halia Black Paper Sos Tiram Kicap masin Cara-cara.. Masukkan ayam, sos tiram, kicap dan cendawan, daun sup, halia, black paper (letakkan sedikit air jika mahu) Kukus 20 minit(atau sehingga masak) Tutup api..kemudian baru masukkan sayur dan tutup pe...

Tak makan nasi belum tentu boleh kurus...

Bila bercakap mengenai diet..ramai yang mengesyorkan bahawa cara paling mudah untuk kurus adalah dengan tidak mengambil nasi sebagai makanan harian kita. Aku sangat setuju dengan cadangan itu dan telah terbukti ramai yang berjaya menurunkan berat badan dengan banyak apabila mengurangkan atau tidak mengambil lansung nasi. Tapi, ramai juga yang tidak berjaya menurunkan berat dengan mendadak walaupun telah menyekat pengambilan nasi..Kenapa? Aku ada buat pemerhatian kepada rakan-rakan aku yang mengamalkan diet..Aku tengok juga kenapa sebahagian daripada mereka berjaya dan kenapa sebahagian lagi tidak. Ramai sebenarnya yang tidak benarr-benar memahami erti diet atau pemakanan sihat. Ramai juga yang tidak mengambil tahu mengenai setiap makanan yang mereka ambil. Nasihat aku, jika kita ingin berdiet atau menurunkan berat badan, buat sedikit kajian. Internet kan dah mempermudahkan cara..Mula-mula faham apa itu erti diet..diet bukanlah regim untuk kita menahan lapar or starving. Diet ada...

Anggarkan kalori masuk dan keluar untuk turunkan berat badan

Untuk menurunkan berat badan anda, apa yang paling penting adalah mengawal segala keperluan badan and we need to do some math. Kira keperluan kalori badan, kira pengambilan kalori bdan dan kira anggaran defisit kalori. Ari ini kita berlajar matematik!!!  Basal Metabolic Rate (BMR). Mula-mula kita kira yang paling asas iaitu Basal Metabolic Rate (BMR). Bagi mereka yang tidak tahu BMR ini merupakan jumlah kalori minimum yang diperlukan oleh badan kita hidup. Jumlah BMR setiap individu adalah berbeza bergantung kepada berat, tinggi dan umur. Sifirnya begini.... BMR (PEREMPUAN) : 655 + (9.6 X berat dalam kg) + (1.8 X tinggi dalam cm) - (4.7 X umur dalam tahun) BMR (LELAKI) : 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun) Paling mudah aku kirakan BMR aku supaya anda semua lebih faham pengiraannya. Berat aku 44kg, tinggi 147cm dan umur 29. Hasilnya  : 655 + (9.6 X 44) + (1.8 X 147) - (4.7 X 29)       ...

Adakah fat burner berkesan?

Image
Bagi mereka yang kerap mengunjungi gym terdapat dua produk yang amat popular menjadi perbincangan iaitu produk mass protein untuk build up mucles/gain weight dan juga fat burner untuk kurangkan berat. Ramai antara mereka terutamanya wanita selalu tanya aku mengenai penggunaan fat burner untuk menurukan berat. Sejujurnya aku tidak berapa menggalakkan bukan apa..aku tak mahu mereka fikir ada jalan pintas untuk kurus tanpa bersenam. Sama dengan pengambilan protien, kalau mereka tak angkat weight dan hanya minum susu anda tidak akan dapat hasil berketul2 yang anda ingini. Sama juga dengan pengambilan fat burner tanpa bersenam atau berdiet, ia tidak akan memberi kesan pada angka penimbang anda. Aku lebih menggalakkan sekiranya mereka menetapkan goal untuk kurus, dan gigih mengikuti jadual bersenam dan diet sebetulnya. Sekiranya mereka sudah disiplin dengan diet dan excercise tak salah sekiranya mereka mengambil sesuatu untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak. Apa tu fat...

Kunyit untuk kurus...

Image
Mengamalkan pengambilan kunyit seperti amalan nenek moyang adalah sangat baik. Kunyit banyak memberi manfaat terutama kepada wanita. Bukan sahaja baik untuk kulit, kunyit juga memberi kebaikan kepada kesihatan rahim wanita. Bukan itu sahaja, ia membantu juga kepada mereka yang ingin berdiet dan membantu mengurangkan berat badan. Khasiat dan kebaikan kunyit terbongkar dapat membantu dalam menurunkan berat apabila satu kajian yang dibuat ke atas tikus mendapati bahan itu boleh membantu mengurangkan berat badan dan menekan perkembangan tisu lemak. Penyelidik di Pusat Penyelidikan Zat mengenai Penuaan, Jean Mayer, di Universiti Tufts mendakwa, curcumin, polyphenol utama yang ditemui dalam kunyit, mengurangkan kenaikan berat pada tikus. Pasukan penyelidik mengkaji tikus yang diberi makan makanan lemak tinggi yang ditambah dengan curcumin. “Pertambahan berat ialah hasil pertumbuhan dan perkembangan tisu lemak, yang tidak boleh berlaku kecuali saluran darah baru terbentuk, pros...

10 Fakta Menarik Mengenai Durian Yang Anda Tidak Tahu!

Image
Baru-baru ni ada kawan aku bagi tau yang kita tak boleh makan durian sebab seulas durian bagi effect kepada berat badan..Aku sebenarnya macam pelik gak sebab macam mana seulas durian boleh bagi effect kenaikan 1kg. Disebabkan aku ni gila sangat ngan durian so I did some research on the net and I found this fact.. Jadi marilah kita kongsi maklumat ni dan sebarkan sekiranya ada yang memberitahu durian is not good for u!! 10 Fakta Menarik Buah Durian Jumlah kalori untuk 1 ulas Durian (cekodok.com) 1. Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat. 2. Tigggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan. 3. Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan...

6 kesilapan yang sering dilakukan ketika berdiet..

Anda dah kawal pemakanan anda, mengira kalori makanan yang anda ambil, mengikuti weight loss program, dan buat exercise hampir setiap hari. Tetapi bila anda naik ke atas penimbang, jumlah berat badan anda tetap sama. Pada masa itu anda terfikir apa lagi yang anda perlu lakukan. Di mana silapnya? Dan macam-macam lagi persoalan yang timbul. Sebenarnya, walaupun dengan pengambilan makanan yang sihat, amalam bersenam, anda mungkin membuat beberapa kesilapan kecil yang menyebabkannya tiada hasil atau penurunan berat badan. Di sini akan dikongsikan bagaimana untuk meningkatkan kualiti amalan sihat yang sedang anda amalkan supaya anda dapat mencapai target untuk mendapatkan tubuh badan yang fit dan langsing. 1. Jika anda mengira kalori yang anda ambil: Pastikan pengambilan makanan yang betul. - Anda sudahpun maklum perkara ini: Ambil jumlah makanan yang mempunyai kalori lebih rendah dari apa yang tubuh anda perlukan untuk maintain berat badan anda sekarang, dan mengurangkan berat ba...

Kira Kalori Makanan Anda!!

Image
Kategori:Kuih Muih 1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori 2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori 3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori 4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori 5. Popia goreng (satu) = 130 kalori 6. Popia basah (satu) = 95 kalori 7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori 8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori 9. Karipap (sebiji) = 130 kalori 10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori 11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori 12. Cheese Cake (sepotong) = 400 kalori Kategori: Lauk Pauk 1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori 2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori 3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori 4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori 5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori 6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori 7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori 8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori 9. Sambal udang (se...

Penting!! Jika anda mahu turunkan berat..

Image
Perkara utama yang selalu orang beritahu kepada mereka yang mahu menurunkan berat badan adalah dengan diet atau kurangkan pengambilan makanan. Dengan erti kata lain jangan makan!. Memang betul diet adalah komponen terpenting dalam proses penurunan berat badan namun mesti ingat, diet jika tidak diselangi dengan senaman juga tidak akan mendatangkan hasi, tapi ramai yang berjaya dengan hanya berdiet. Tapi apa guna berdiet sekiranya badan tidak cergas. Kali ini aku tak mahu cerita pasal senaman. Entri ini adalah untuk aku bercerita mengenai DIET yang sesuai mengikut cara aku. Aku pun belajar dari pembacaan dan juga menonton The Biggest Loser. Tu fav TV show aku. Diet yang betul adalah diet yang SEIMBANG. Apa makna diet seimbang? Diambil dari http://www.dietsehat.info/ Diet sehat adalah diet seimbang yang mengandung •banyak serat sayuran •karbohidrat kompleks •vitamin, mineral •enzim •minyak tidak jenuh yang dapat menjaga keseimbangan level kolesterol dalam darah ...

Senang ke nak kurus?

Image
Aku sebenarnya cemburu dengan orang2 yang tak perlu melalui post natal weight yang melampau macam aku. Aku orang yang berbadan petite dan dengan kenaikan berat sebanyak 20 kg sewaktu mengandung ia memberi terlalu banyak kesan. Bila lepas bersalin masih banyak berat yang perlu diturunkan. Ramai yang kata "Tu la kau, masa pantang tak nak pantang betul2. Tak nak pakai bengkung". Untuk soalan itu aku rasa cam nak lempang je kalau siapa yang cakap macam tu. Sebabnya? Dorang tak tau macam mana aku berpantang pastu suka2 je nak kata macam tu kan. Ingat berat 20 kg yang kita gain sepanjang 9 bulan pregnant tu boleh hilang dalam masa 44 hari berpantang?. Tp ada yang berjaya dan aku sangat cemburu dengan kebolehan badan mereka. Sebenarnya..ada kategori ibu-ibu yang tak perlu berusaha keras tetapi berat mereka senang untuk turun selepas bersalin. Orang macam tu aku kata 'gifted'. Aku boleh kategorikan ibu-ibu mengandung ni. 1. Ibu yang tidak naik berat terlalu banyak...

Petua Kempis Perut

Image
Minggu lepas makcik aku bagi aku satu petua. Petua ni dia dapat dari sorang maid Indon yang dia berborak masa pegi bercuti tempoh hari. Petua ni katanya sangat mujarab sebab dia bagi majikan dia cuba juga. Bahan2nya simple je. Kapur Sireh, Limau kasturi dan garam. Cara-caranya, -Bancuh kapur dengan air lebih kurang1liter la tak sampai 1liter pun ok ikut suka. Pastu biarkan seketika. Bila kapur ngan air dah terasing (kapur mendap ke bawah) asingkan dalam bekas lain. Perah limau kasturi dalam 6 biji pastu campur garam skit. Minum pagi dan malam. Aku sebenarnya tak pernah cuba lagi petua ni. Kapur aku dah beli dah. Nk cuba je belum lagi..

Losing weight..

Image
Dah berkali-kali aku cuba nak update blog tp gagal. Disebabkan internet yg sangat slow percubaan aku gagal je. Aku dah seminggu lebih dah hbs pantang. Aku raikan dengan potong rambut pendek..sependek2 alam. Tak pernah aku potong rambut pendek cam gini seumur hidup aku. Mula2 aku terkejut la gak kan sebab cina tu buat pendek sangat. Tp bila dah mula keluar n org tegur kata aku macam anak dara (mulala aku nak perasan..hahahahaha) i kinda like it. Skang ni misi aku mendapat balik bentuk badan mcm ANAK DARA!! Hahahaha..tak tau la boleh ke tak. Ye la, dulu lepas setahun bersalin kat Addam aku mengandung pulak..Misi terbantut kejap. Skang ni dah ada dua hero, aku nak jarakkan jauh skit. Maybe dalam 3-4 tahun and now its time for me to get back my figure.  Sehari selepas potong rambut  Dulu masa kawin berat aku 38kg je. Tp ikut BMI aku tak la under weight sebb tinggi aku 147cm je. Tu masa tahun 2008. Bila kawin aku trus pregnant and i gained 20kg menjadikan berat aku 58kg. ...