Posts

Showing posts with the label Poems dan Puisi

Tak Mungkin Jadi Milikku

*Poem ni senarnya aku tulis untuk seorang teman. Memang dari dulu lagi kawan2 suka suruh aku buatkan benda-benda gini and aku nak masukkan la kat sini untuk kongsi hasil nukilan aku. Kau istimewa Aku Tahu Bila kita bersentuh Bergetar seluruh nadi Tiada penafian Aku ingin memiliki Tapi aku enggan mencintai Aku merindui mu Dengan seluruh nadi dalam tubuh ku Tapi ku ingin buang jauh Setiap rasa Agar aku tidak sengsara Kau dan aku berbeza Yang sama cuma pandangan mata Tatkala ia berlaku Pastinya aku kan kaku Kini hati kita bersatu Jantung kita semakin berdegup laju Aku tertanya mengapa Kau hadir ketika aku enggan menerima Aku ada,,kau juga ada Kita terima apa adanya Biar masa tentukan bahagia..

Kata Mereka..

Lorong gelap itu Lurus di hadapan ku Debu berterbangan. Lutsinar di mataku. Gengamlah tanganku wahai teman, Eratkan jemari kita biar bersatu, Kita atur langkah satu persatu, Susunkan agar ia teratur. Tapi kita makin jauh, Dipisahkan kata mereka, Mungkin itu yang mereka mahu, Semua bertukar menjadi air mata. Dan bibir mereka dihiasi gelak tawa. Kekuatan datang dan pergi, Namun hanya kau penyeri, Lakaran kasih tetap bertaut, Seluas hamparan birunya laut. Aku  tak perlukan kata mereka Untuk katakan tidak. Aku tak perlukan kata mereka Untuk kata-kata nista. Aku tak perlukan kata mereka Untuk menjatuhkan, Hanya kamu, For a shoulder to cry on...

Kau cinta ku

Mata terpaku melihat kamu, Masih sama seperti dahulu. Sapaan masih menyentuh kalbu, Kau hidup dalam diriku. Pernah dulu bunga disiram, Kembang mekar indah di taman, Kelopak bunga tetap akan layu, Aku jadi sayu. Mimpi semalam sungguh indah, Aku mahu kekal selamanya, Namun ia hanya fantasi, Yang tidak pernah berulang. Hari ini aku sedar, Duri adalah penyeri, Mata ku pejam dan ku buka, Hanya satu yang nyata, Kau adalah cinta ku sampai bila-bila. oleh Julia Ismail

Teduhan Aku

Di bawah payung itu aku berdiri, Berteduh dari hujan dan panas, Walaupun tidak sempurna, Aku selesa. Ditanya ramai, Mengapa tidak ditukar yang baru, Aku jawab, Ini tempat jatuh dan bangun ku. Aku selesa maka aku bersyukur. Mungkin belum masanya lagi. Untuk aku menjadi burung, Terbang mencari hinggapan baru, Melihat dunia yang terbentang. Hujan batu ini aku gengam, Hujan emas itu hanya untuk ku lihat, Keberanian belum ku junjung, Untuk meragut di padang yang lebih hijau.

Siti Mariam.. (khas buat Maria)

Kau seindah nama Kau secantik bunga Kau semanis gula Kau penyeri warna Kau adalah sebuah cinta... Kau sapu air mata Kau tabah dari mula Kau memberi kata Yang tiada pernah cela Di kala tuhan menguji Kau tetap berdiri Walau bukan dengan kaki Tapi dengan panji hakiki Kau kutip kelopak bunga layu Yang tidak orang ingini Kau hiasi indah panorama Hanya dengan peribadi diri Kau menjadi diri sendiri Tanpa pernah ada lakonan Tolong jangan akhiri Keindahan yang kau ciptakan Masih ramai yang mengasihi Masih ramai yang menanti Kepulangan bidadari Yang bernama ...SITI MARIAM... oleh JULIA ISMAIL

Wahai Melayu..

Keringat dikerah untuk apa? Laungan dijeritkan untuk siapa? Perjuangan itu ke mana? Ataukah anda telah lupa. Dulu.. Melayu bersatu.. Melayu tidak membatu.. Melayu tidak melulu.. Melayu sentiasa berpadu.. Melayu adalah SATU.. Keringat dulu untuk bangsa.. Laungan dulu untuk Negara.. Perjuangan dulu untuk anda.. Wahai rakyat..adakah anda lupa.. Kini, Melayu berpecah untuk nama, Melayu bertelagah untuk harta, Melayu bercanggah untuk martabat, Melayu berlelah untuk pangkat. Aku mahu bebas berjalan.. Di kaki lima, di atas jalan raya.. Aku mahu bebas bernafas, Menghirup udara segar tanpa gangguan.. Aku mahu bebas bercanda.. Menikmati keindahan kuasa tuhan.. Aku mahu bebas bediri.. Mendongak langit melihat kicau burung.. Jangan hancurkan kebebasan itu.. Jangan musnahkan keamanan itu.. Aku mahu anak-anakku.. Juga sama menikmati kebebasan itu. oleh JULIA ISMAIL

Oh..Sungguh aku mengantuk..

Mata kuyu, tangan lemah menekan papan kekunci, Badan sengal, otak ku melayang, Kosong tidak memikir apa-apa Oh...Sungguh aku mengantuk, Bantal memanggil tilam melambai, Mahu ku labuhkan kepala, Beserta sauh berantai gagah Agar tiada yang mampu mengalihnya. Menguap...mata mengalirkan air Seminit lagi, mungkin ku hilang Gara-gara si nyamuk mengganggu tidur malam ku Oh...Sungguh aku mengantuk.

Aku benci! (Pembuangan Bayi)

Tangan kecilnya sungguh indah Kaki munggilnya penuh kesenian Tangisannya bak irama lagu indah Kau anak..menyentuh kalbu ku. Aku ibu...kau juga ibu... Tidakkah kau merasakan denyutan Seperti aku tatkala menyentuh perut Tidakkah kau merasa nikmat Seperti aku rasakan sewaktu melahirkan Tidak kah kau merasa kasih Seperti aku kasihkan anak ku Wahai manusia.... Tergamak kau lihat dia lemas Tergamak kau lihat kepalanya terburai Tergamak kau tutup tangisannya dengan pasir Tergamak kau habiskan nyawanya dengan tangganmu Yang sepatutnya membelai penuh kasih sayang. Wahai manusia... Sampai mati dia anak mu Sampai mati tercatat  KAU PEMBUNUH PEMBUNUH zuriat mu sendiri PEMBUNUH nusa dan bangsa mu

Duri

Image
Duri tajam Duri melukakan Pada batang pokok Gagah berdiri Harus dielakkan. Aku bertanya Kenapa perlu kau di situ Kenapa harus melukakan Kenapa harus merosakkan keindahan. Jawab si duri, Aku di sini untuk melindungi Si bunga lemah supaya menjadi lebih gagah Biar matang bersama duri Baru keindahan lebih bermakna. Aku mengerti, Duri itu erti kehidupan Duri itu erti kematangan Duri itu satu kemestian Duri itu mukadimah kejayaan.

Aku Bingung.. (1st attempt tulis poem dalam blog)

Aku duduk di atas bangku mata terpaku Telinga ku bingit dengan alunan keras Indah alunannya namun awan hitam yang ku terbayang Sandar kepala ke dinding tangan menongkat dagu. Aku bingung. Berusaha benar dia menghiburkan Namun ku masih dungu Mendamba sesuatu yang tak mungkin Walaupun sudah nyata ia milikku Aku resah. Di luar sudah gelap Mahu pulang atau tidak aku tak pasti Namun tiada yang menunggu, tiada yang menghirau Terus saja mata terpaku mendengar indah muziknya Aku biarkan saja. Terfikir kenapa aku Terfikir kenapa dia Kau tak layak untuk keberkatan ini Permainan ini hanya yang mahir juaranya Aku teruskan saja.