Posts

Showing posts with the label Kesihatan

Bomoh VS Doktor

Image
Tajuk di atas sangat subjektif..Walaupun kita hidup dalam pemodenan, masih ada segelintir daripada kita yang masih memberi kepercayaan sepenuhnya kepada khidmat bomoh dan juga pawang bagi mengubati sebarang penyakit mereka. Ada yang terlalu mempercayai bomoh sampai memudaratkan diri sendiri. Aku terpanggil untuk berkongsi cerita dan kisah aku apabila terbaca comment seorang blogger mengenai masalahnya yang mempunyai ketumbuhan dalam payu dara dan doktor mencadangkan supaya pembedahan dilakukan. Soalannya adalah, bolehkah dia berubah kampung dan tidak menjalani pembedahan. Aku pernah menghadapi masalah yang sama sekitar tahun 2005 ketika tu aku baru 23 tahun. Ketumbuhan dalam payudara adalah sesuatu yang biasa dah zaman kini. Tak ada apa yang hendak dimalukan dan yang penting adalah pergi mendapatkan rawatan sebelum ketumbuhan yang biasa tu berubah menjadi kanser. Ramai yang takut sebab ia melibatkan mahkota kita sebagai wanita. Siapa nak hilang dua gunung tukan tapi d...

Evening Primrose Oil (EPO)

Image
Evening Primrose Oil (EPO) memang supliment popular di kalangan wanita. Ia dikatakan mendatangkan banyak kebaikan kepada wanita terumata bagi tujuan kecantikan dan kesihatan dalaman. Dan yang penting, ia dikatakan boleh mengekalkan awet muda seseorang. Kiranya ni modern stlye 'jamu' la..aku pun baru je mula amik..sebelum ni aku banyak amalkan makan jamu and ulam2 je.. Aku baru beli kat farmasi Evening Primrose Oil EPO ni meningkatkan lembapan kulit sebanyak 13.9 peratus, menyekat kehilangan lembapan 10.2 peratus, ketegangan 19.2 peratus, keletihan 22.2 peratus, kelembutan 3 peratus dan keanjalan 3.5 peratus. Evening Primrose Oil EPO boleh memperbaiki dan mengekalkan kerosakan kulit disebabkan penggunaan sabun pencuci dan lain-lain seperti radiasi matahari, bahan kimia, kosmetik, pendingin udara dan asap rokok Ramai antara kawan2 aku dah lama amalkan EPO ni..aku je baru nak start..apa yang penting kita berusaha untuk menjaga penampilan dan kesihatan diri daripada bi...

Adakah fat burner berkesan?

Image
Bagi mereka yang kerap mengunjungi gym terdapat dua produk yang amat popular menjadi perbincangan iaitu produk mass protein untuk build up mucles/gain weight dan juga fat burner untuk kurangkan berat. Ramai antara mereka terutamanya wanita selalu tanya aku mengenai penggunaan fat burner untuk menurukan berat. Sejujurnya aku tidak berapa menggalakkan bukan apa..aku tak mahu mereka fikir ada jalan pintas untuk kurus tanpa bersenam. Sama dengan pengambilan protien, kalau mereka tak angkat weight dan hanya minum susu anda tidak akan dapat hasil berketul2 yang anda ingini. Sama juga dengan pengambilan fat burner tanpa bersenam atau berdiet, ia tidak akan memberi kesan pada angka penimbang anda. Aku lebih menggalakkan sekiranya mereka menetapkan goal untuk kurus, dan gigih mengikuti jadual bersenam dan diet sebetulnya. Sekiranya mereka sudah disiplin dengan diet dan excercise tak salah sekiranya mereka mengambil sesuatu untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak. Apa tu fat...

10 Fakta Menarik Mengenai Durian Yang Anda Tidak Tahu!

Image
Baru-baru ni ada kawan aku bagi tau yang kita tak boleh makan durian sebab seulas durian bagi effect kepada berat badan..Aku sebenarnya macam pelik gak sebab macam mana seulas durian boleh bagi effect kenaikan 1kg. Disebabkan aku ni gila sangat ngan durian so I did some research on the net and I found this fact.. Jadi marilah kita kongsi maklumat ni dan sebarkan sekiranya ada yang memberitahu durian is not good for u!! 10 Fakta Menarik Buah Durian Jumlah kalori untuk 1 ulas Durian (cekodok.com) 1. Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat. 2. Tigggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan. 3. Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan...

6 kesilapan yang sering dilakukan ketika berdiet..

Anda dah kawal pemakanan anda, mengira kalori makanan yang anda ambil, mengikuti weight loss program, dan buat exercise hampir setiap hari. Tetapi bila anda naik ke atas penimbang, jumlah berat badan anda tetap sama. Pada masa itu anda terfikir apa lagi yang anda perlu lakukan. Di mana silapnya? Dan macam-macam lagi persoalan yang timbul. Sebenarnya, walaupun dengan pengambilan makanan yang sihat, amalam bersenam, anda mungkin membuat beberapa kesilapan kecil yang menyebabkannya tiada hasil atau penurunan berat badan. Di sini akan dikongsikan bagaimana untuk meningkatkan kualiti amalan sihat yang sedang anda amalkan supaya anda dapat mencapai target untuk mendapatkan tubuh badan yang fit dan langsing. 1. Jika anda mengira kalori yang anda ambil: Pastikan pengambilan makanan yang betul. - Anda sudahpun maklum perkara ini: Ambil jumlah makanan yang mempunyai kalori lebih rendah dari apa yang tubuh anda perlukan untuk maintain berat badan anda sekarang, dan mengurangkan berat ba...

Kira Kalori Makanan Anda!!

Image
Kategori:Kuih Muih 1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori 2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori 3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori 4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori 5. Popia goreng (satu) = 130 kalori 6. Popia basah (satu) = 95 kalori 7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori 8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori 9. Karipap (sebiji) = 130 kalori 10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori 11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori 12. Cheese Cake (sepotong) = 400 kalori Kategori: Lauk Pauk 1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori 2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori 3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori 4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori 5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori 6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori 7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori 8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori 9. Sambal udang (se...

Natural VS Product

Image
Sejak dari dulu aku memang menyokong natural diet and natural way to lose weight.. Memang aku akui kesannya agak lambat tetapi hasilnya akan kekal lebih lama berbanding mereka yang memilih jalan singkat. Seperti biasa bila aku sampai ke Kelantan ni suasana mengenai kebimbangan wanita mengenai bentuk badan sama dengan di Kuala Lumpur. Kat sini pun ramai kawan-kawan aku cenderung memilih untuk mengambil makanan tambahan yang berharga ratusan ringgit untuk kurus. Tapi kalau hendak diikutkan, regim diet yang mereka ikut adalah sama dengan cara pengawalan diet sihat. Cuma mereka perlu menambah wang berjumlah RM300. Bila aku kata membazir dan jika dorang meneruskan kawalan makanan yang diberikan oleh trainer atau so called guru mereka tanpa produk tersebut, hasilnya tetap akan sama. Tapi dorang beria-ria kata dengan produk tersebut kesannya lebih cepat. Tapi bila aku tengok dorang cut nasi, kurangkan makanan berminyak, kurangkan gula, junk food...Helo!! kalau korang buat semua tu tanpa pr...