Kes kemalangan pertama aku..scary..
Hari ni aku cover kes kemalangan pertama aku sepanjang hampir 3 bulan aku kat sini..Scary je aku rasa sebenarnya sebab kat KL aku tak pernah cover crime kes atau apa2 kemalangan macam ni..Kebetulan aku berada dekat je dengan tempat kejadian..Aku ada kat Court tuk kes samun..bila sampai kat bulatan tu nampak mangsa dah kena tutup ngan surat khabar..
Yang paling menyedihkan bila anak dia datang pastu meraung2 panggil nama bapak dia and mengucap panjang..Dia merintih sebab tak tau macam mana nak bagi tau mak dia yang sakit jantung bahawa bapak dia dah tak ada..
Lebih memilukan bila aku tengok dia dan kakak dia sama2 kutip otak bapak dorang kat atas jalan...sambil kesat air mata..
Warga Emas Maut Digilis Treler
KOTA BHARU - Seorang pengawal keselamatan, yang baru selesai mengambil ubatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II, maut apabila motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah treler di Bulatan Tuan Padang, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Adnan Awang, 59, dari Kampung Sireh, maut selepas kepalanya digilis treler berkenaan ketika baru memasuki kawasan bulatan sebelum bergesel dengan kenderaan berat tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Azham Othman berkata, treler berkenaan sedang menghala ke Jalan Sultan Ibrahim, manakala penunggang tersebut pula dari arah Jalan Hospital.
"Mangsa yang gagal mengawal motosikalnya dikatakan bergesel dengan treler tersebut sebelum menyebabkannya tercampak ke bawah badan kenderaan tersebut.
"Kejadian itu menyebabkan kepada mangsa pecah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, di sini.
Pemandu treler terbabit bagaimanapun tidak berhenti di tempat kejadian kerana bimbang dipukul, namun telah membuat laporan polis di balai berhampiran.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementera itu, Nor Adilah Adnan, 23, yang merupakan anak bongsu mangsa tiba di tempat kejadian satu jam selepas kejadian apabila menerima panggilan daripada orang awam yang menggunakan telefon bapanya.
Dia yang tiba bersama suami Mohd Fauzi Zaki, 31, hanya mampu meraung memanggil bapanya dan berpelukkan dengan suaminya.
Dia tidak putus-putus mengucapkan kepada suaminya bagaimana dia mahu memberitahu ibunya mengenai kejadian tersebut sebelum menelefon kakak sulungnya Nordiana Abdullah, 25.
“Dia baru balik dari hospital ambil ubat dan hendak pergi kerja. Dia ada penyakit gaut, darah tinggi dan beberapa penyakit lagi. Tak sangka boleh jadi macam ini,” katanya yang tidak dapat menahan kesedihan.
Dia kemudiannya bersama-sama kakaknya mengutip cebisan otak yang bertaburan di atas jalan raya dalam keadaan yang hiba sambil diperhatikan oleh pengguna jalan raya yang berhenti di bahu jalan untuk menyaksikan kejadian.
Comments