Posts

Showing posts with the label Politik

Pelajar IPT dipolitikkan..

Semalam aku pergi perhimpunan aman pelajar IPT depan Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya. Ramai jugaklah. Tujuan sebenar perhimpunan tu sebagai menunjukkan sokongan mereka pada PM. Satu lagi sebagai tanda protes kepada  tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) menurunkan  bendera tertera gambar Perdana Menteri di Pusat Dagangan  Dunia Putra (PWTC) baru-baru ni. Tujuan dorang nak hantar dua memorandum. Yang pertama bg kat  Setiausaha  Politik Menteri Pengajian Tinggi Mohammad Khairi Abdul  Malik and yang kedua dorang nak bagi kat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II ,  Datuk Saifuddin Abdullah. Kononnya Tim Menteri menyokong tindakan SSM ngan Bebas sebab dia hadir ke PWTC untuk menerima memorandum dari mereka walhal time tu dia dah beredar pun. Tak tau menahu pun puak2 tu turunkan gambar tu. Yang bestnya Tim Menteri tak ada pun kat KPT Putrajaya tu sebab ada function kat JB tapi dorang ...

Pas, Umno bersatu?

Image
Aku duk sibuk surf internet pagi2 ahad ni aku terbaca satu berita yang dah lama dah. Tahun 2010 mengenai kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria mengenai harapan dia melihat Umno dan Pas bersatu demi perpaduan Umat Islam dan Melayu. Menarik sebab aku pun selalu jugak terfikir kalau dua2 parti ni bersatu maka kuat la bangsa Melayu di negara ini. Memang pendapat masing-masing bercanggah, Pas cara Pas dan Umno cara Umno tapi aku suka kenyataan Tan Sri, iaitu sekiranya umat Islam hanya setakat berbeza pendapat, ia merupakan rahmat kerana perbezaan itu boleh membawa kepada kemajuan. Bagus kan kalau kedua2 nya bergabung. Kekuatan kedua2 pasti boleh memperkukuhkan kedudukan umat Islam di Malaysia. Umno yang telah lama memerintah negara mempunyai pengalaman dan juga kelebihan dari segi selok belok pemerintahan di samping jaringan dengan negara dunia. Manakala Pas pula boleh membantu membimbing dari segi keagamaan agar setiap urusan berlandaskan agama Islam yang diredhai Allah. Bayangkan h...

Apa bakti kita pada negara?

Skang ni terasa dah bahang pilihanraya. Dah makin ramai penulis-penulis alam maya ni yang mencoretkan sesuatu mengenai politik. Ada yang mengutuk n ada yang memuji. Aku sejujurnya muak dengan orang yang terlampau2 mengutuk ni sebab kadang2 bagi aku 70 peratus yang mengutuk ni tak tahu hujung pangkal apa yang diperkatakan dan hanya mengikut kutukan-kutukan yang dilemparkan atas rasa amarah yang ditanamkan oleh sesetengah pihak. Beberapa seketika dahulu semasa Perhimpunan Bersih yang lepas, satu klip video hangat diperkatakan iaitu klip Pakcik Sogo. Boleh google Pakcik Sogo ni mesti jumpa punya. Dalam klip tu pakcik yang kita nampak macam tak siuman boleh mengeluarkan komen2 yang sungguh tak disangka2. Menceritakan mengenai perjuangan kemerdekaan dulu. Yang paling aku suka adalah kata2 dia yang tak mungkin dapat aku lupakan iaitu JANGAN TANYA APA BAKTI NEGARA PADA KAU  TAPI TANYALA APA BAKTI KAU PADA NEGARA Kepada mereka yang mengeluarkan kata-kata nista menentang sesi...

Politik merubah semua...Do we have a choice?

Image
Perhimpunan Umno baru je lepas. Sejujurnya aku tak suka sangat bila time pilihan raya dah nak dekat ni. -Satunya sebab cuti kompom akan dibekukan and extra working hour needed. - Bahang and permainan politik ni buat aku muak -Terpaksa berhadapan dengan permainan politik yang pelbagai Bukan apa bila kita berada di satu posisi yang dapat melihat semua pihak dan mengetahui a bit more than others kita akan rasa its better for us to be nutral about evrythng. Orang kata mengundi tu adalah tanggungjawab kepada negara. Dulu aku selalu tertanya2 apa penting nya undi ni? Nak bagi Umno menang? Ke nak bagi BN menang? Tapi bila aku semakin dewasa aku makin faham apa makna tanggungjawab. Untuk kita tentukan who rule the country. And no doubt im a government surporter. Tapi tolong jangan kata sebab aku kerja di bawah naungan Utusan Melayu bermakna aku orang kerajaan. I get that alot. Sampai orang tak nak kawan ngan aku sebab majikan aku Utusan Melayu Berhad!.. What is that about...

Matinya seorang pemimpin Islam..

Kebelakangan ni orang asyik bercerita mengenai Muaamar Gaddafi. Surat khabar pun masih tak putus menyiarkan gambar-gambar dan story mengenai arwah yang disifatkan sbg pemimpin kuku besi dan kejam. Blog-blog pun banyak menulis mengenai kisah2 Muamar disebalik apa yang terjadi di Libya. Kebanyakan penulis menyatakan kesedihan mereka mengenai kematian beliau yang disifatkan sebagai satu yang tidak adil bagi seorang pemimpin yang sudah begitu banyak berjasa untuk rakyatnya. Ramai yang menyalahkan campur tangan Amerika dalam apa yang terjadi. Amerika telah dengan jayanya memanipulasi istilah kekejaman yang telah dilakukan oleh Gaddafi. Walau apa sekalipun istilah kekejaman yang disogokkan oleh Amerika tak kan sebagai manusia kita tidak boleh menilai sisi baik beliau dan memberikan dia satu penghormatan. Maksudnya bukan lah penghormatan seperti mana, sekurang2nya berilah dia pengkebumian yang sewajarnya. Dia tetap seorang Islam dan apa yang terjadi kepadanya (dibunuh) bagi aku sudah memadai...