Restoran The Red Warriors Station (TRWS) bakal ditutup..
Hutang tersebut merupakan bayaran bagi sewaan lot perniagaan di bangunan milik KTC Convention & Apartment Sdn Bhd bermula 1 April tahun lalu dan tempoh perjanjiannya bakal berakhir 31 Mac ini.
Restoran tersebut merupakan pelaburan seorang usahawan wanita yang merupakan peminat setia Yhe Red Warriors.
Menurut Ketua Pegawai Operasi KTC , Aziz Desa pihak KTC ketika ini sedang giat menagih hutang bayaran tersebut daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang dikatakan telah memeterai janjian dengan pihak KTC berhubung penyewaan lot perniagaan tersebut.
“Perjanjian penyewaan lot tersebut adalah antara KTC dan Kafa dan sudah tentu saya akan mencari Kafa bukannya pemilik sebenar restoran tersebut.
“Namun, surat-surat yang saya berikan untuk mendapat penjelasan mengenai status restoran tersebut tidak dibalas oleh Kafa,” ujarnya.
Beliau memberitahu, Kafa sangat dihormati ekoran pengurusannya yang hebat dan profesional oleh itu, Kafa perlu mencari jalan untuk menyelesaikan perkara ini sebelum mencemarkan nama baik persatuan itu.
Sementara itu, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan didalam entri laman sosialnya, bahawa cafe tersebut mungkin ditutup operasinya.
“Kita minta mereka selesaikan apa-apa yangg tak selesai. Katanya mereka akan buka tempat lain. Kafa tiada halangan dan sedia beri kerjasama kepada sesiapa saja.
“Kafa sendiri tidak melabur bidang perniagaan..kita hanya mengurus bola saja,” ujarnya
Aziz Desa, memberitahu, dia juga mendapati banyak pihak lain yang masih belum melangsaikan bayaran dan ada di antaranya sudah tertunggak bertahun-tahun lamanya.
“Kami akan menagih bayaran tersebut tidak kira siapa pun mereka kerana ini melibatkan perniagaan.
“Urusan perniagaan adalah tetap urusan perniagaan. Hutang perlu dibayar dan ada di antaranya tertunggak dari tahun 2010,” ujarnya ketika ditemui Kosmo!, semalam.
habis.
Comments