Posts

Showing posts with the label Penjagaan Wanita

Cara Membuat Air Jamu Sendiri di Rumah

Image
Air Jamu Kak J - 0192682280 ig-@juliaismail83 Sekali lagi aku nak share resipi Jamu Homemade. Last entry kalau tak silap tahun 2012. Ok, Aku memang amalkan jamu kunyit ni. Selain baleh membantu merawat masalah wanita, ia dapat melambatkan penuaan dan juga menguruskan badan. Tak rugi kalau amalkan. Ok..ini resipinya di bawah. Mari kita kongsi manfaatnya. Bahan-bahannya. 1. Kunyit 2. Halia 3. Manjakani 4. Gula Merah 5. Asam Jawa 6. Asam Keping 7. Sireh CARA MEMBUATNYA 1. Potong kunyit, halia, sireh dalam ketulan yang agak kecil dan rebus bersama manjakani. 2. Apabila semua bahan sudah masak tos kan dan kemudian kisar. Air rebusan tadi jangan dibuang dan boleh dicampurkan. (tujuan merebus dahulu semua bahan adalah untuk mengelakkan getah kunyit melekat pada blender anda) 3. Kemudian tapis/perah (guna penapis kain). Ulang kisar bahan2 tadi (hampas) dengan air dan tapis sehingga sarinya habis. 4. Kemudian panaskan kembali dengan gula merah dan...

Senarai Persediaan berpantang..

Image
Tak lama lagi dah nak berpantang. So..untuk pantang kali ketiga ni..aku bercadang untuk tidak mengambil apa2 jamu yang dijual di pasaran dan hanya mengambil air2 rebusan herba yang disediakan sendiri. ok..Iols senaraikan persediaan utk berpantang yg iols dh buat. 1. Habatussauda yang dikapsulkan sendiri. 2. Air gamat (beli kat langkawi) 3. Bahan2 utk rebusan air jamu rujuk.  http://juliaismail.blogspot.my/2012/10/cara-membuat-jamu-sendiri.html 4.Minyak urut dan minyak panas 5.Krim panas utk bengkung 6.Bengkung (pakai bengkung walaupun czer) 7.Stokin 8. lulur (beli yg murah je kat mydin) 9. Rebusan cuci jenama tanamera (Lebihan beli tapi xguna)- boleh juga gantikan dengan air rebusan daun sireh pun sudah memadai. 10.Tungku elektrik (persediaan sebab mama dh tak larat nak bakar tungku) 11. Pilis utk diletakkan didahi bagi mengeluarkan angin (yg ni xbeli lagi). Mesti ada yang tanya kenapa aku xbeli je set berpantang jenama terkenal..bukan apa..kali ni aku nak buat...

Kurus cara sihat...

Image
Sebelum ini aku menurunkan berat dengan cara konvensional iaitu dengan berdiet dan bersenam. Namun, selepas husband aku join 4Life, dia suruhlah isteri dia ni cuba dua product ni.. Nutrastart dn Tea 4life. Aku dah lama amalkan produk ni sejak bertugas di Kelantan lagi. Kira dah nak dekat dua tahun juga la. Ok la nak cerita skit la pasal poduct ni. Aku ni bukan jenis suka promote-promote barang ni..tapi lepas aku amalkan sendiri, why not aku plak bagi orang try keberkesanannya. Sebenarnya, pengambilan makanan tambahan Nutrastart dan Tea 4life ni sememangnya untuk menurunkan berat badan tapi bagi aku, pengambilan Nutrastart ni adalah semata untuk mengekalkan perut aku kenyang sebab terlalu sibuk kerja di Biro Kelantan dahulu sampai kekadang tak sempat makan on time. Untuk menurunkan berat badan, pengguna dinasihatkan mengambil dua serving sehari iaitu pagi sebelum sarapan dan juga petang atau malam. Tapi aku cuma amik pagi je. Sebab kebiasaannya pagi ni la aku akan sibuk n tak sem...

Petua paling mudah kurangkan keputihan

Keputihan adalah masalah ramai wanita dan kita kadang2 malu untuk berbicara mengenainya. Kak J pasti ramai yang dah mencuba pelbagai cara dan produk. Termasuk kak J. Sebelum ni Kak J ada bagi petua-petua jamu dan juga tangas. Tapi tak ramai yang boleh mengamalkannya ekoran kekangan masa. So hari ni Kak J cara paling mudah nk kurangkan keputihan. Sangat senang dengan hanya menukar amalan harian kita. Iaitu kurangkan minum air sejuk dan berais. Begitu juga air karbonat. Kalau tak percaya, cuba untuk seminggu. Makan tengah hari atau malam, elakkan langsung air berais. Cuba bila g lunch, order teh o..amalkan selama seminggu korang dah boleh nampak perbezaan. Malah tak perlu pakai panty liner dah nanti. Bukan je boleh bilangkan keputihan dan lendir2 tu, boleh kurus jugak tau..

Petua menjaga Ketiak..

Bila baca tajuk tu mesti ramai yang nak tergelak kan..aku pun rasa nak tergelak sebenarnya tapi ilmu ini berguna untuk semua wanita yang mengalami masalah perubahan warna ketiak dan juga masalah ketika mahu mencabut bulu ketiak. Caranya sangat mudah. Aku dapat daripada kawan aku beberapa bulan yang lepas tetapi aku tak masukkan dalam entri blog ini sebab seperti biasa aku perlu mencuba dahulu., Kalau berkesan baru aku kongsikan kepada rakan-rakan pembaca. Anda hanya perlukan kapur..Kapur yang digunakan untuk memasak. Caranya..sapukan kapur tersebut dibahagian ketiak anda. Biarkan sehingga kering..bila kering..anda boleh mencabut bulu ketiak anda dengan hanya menggunakan tangan tanpa perlu pengepit. Gunakan cara ini setiap kali ingin mencabut bulu ketiak atau pun tiga kali seminggu. Dalam masa sebulan anda akan mendapati bulu ketiak anda tidak tumbuh seperti selalunya selain bahagian kulit akan mencari semakin cerah..Lama kelamaan, bahagian tersebut akan menjadi bersih dan tidak ...

Petua rawat masalah Vagina (tangas ringkas)

Image
Masalah kegatalan vagina dan akibat keputihan menjadi masalah biasa wanita yang sudah bersalin. Ada juga yang mengalami masalah ini di usia muda, tetapi menjadi lebih teruk ketika lepas berkahwin. Ramai antara kawan-kawan aku yang mengalami masalah yang sama dan telah menggunakan pelbagai jenis cara dan membeli pencuci keintimin yang mahal-mahal harganya. Sama juga lah dengan aku. Cara mencuci vagina dengan air rebusan sireh memang telah diturunkan oleh nenek moyang kita dan menjadi amalam tradisional..cuma aku improvise sikit jadi dan menjadikan tangas ringkas. Kalau tak ada masalah kegatalan vagina pun boleh juga buat tangas sireh ini. Tapi kalau nak cuba tangas yang menggunakan rempah boleh tengok caranya di sini Cara Membuat Tangas Rempah ..Caranya Tangas Sireh ni sangat mudah. Hanya perlu merebus daun sireh. Caranya seperti gambar di bawah..  Rebus sireh dan letakkan air rebusan sireh yang  masih panas di dalam besan seperti di atas  Leta...

Cara membuat Jamu sendiri

Image
Bahan-bahannya. 1. Kunyit 2. Halia 3. Manjakani 4. Gula Merah CARA MEMBUATNYA 1. Tumbuk kunyit dan manjakani. Halia di hiris halia dan rebus bersama. 2. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan juga gula merah 3. Biarkan sejuk, tapis sebelum simpan. peringatan *cukup sekadar meletakkan sebiji manjakani kerana rasanya pahit. Sekiranya anda boleh menelan jamu yang pahit boleh letak mengikut kehendak anda. Jika tk nak letak pun tak apa. (boleh juga masukkan daun sireh.) update 25 Oktober 2016 Kak J ada jual Air Jamu Homemade. Sebotol RM15 tuk 500ml. Kak J juga ada buat pakej tuk pengusaha spa yang nak beli secara pukal or yang nak jadi reseller. Boleh whataps 0192682280-Kak J or follow ig: @juliaismail83

Cara membuat tangas..

Image
Tangas ini adalah amalan nenek moyang kita dahulu dan ramai di antara wanita moden kini sudah tidak mengamalkannya. Tapi kebelakangan ini, trend untuk bertangas sudah semakin popular dan terdapat spa-spa di kawasan bandar yang menawarkan khidmat bertangas dengan harga hampir mencecah RM100 untuk rawatan selama15-20 minit itu. Kat sini aku nak kongsikan cara-cara membuat tangas yang aku belajar dari internet jugak. Caranya sangat mudah dan bahan-bahannya boleh di dapati di pasar raya. Bahan-bahan rempahnya.. Sory..garam dengan asam jawa tak ada dalam gambar ni 1. Satu sudu kunyit hidup 2. Satu sudu halba 3. Satu sudu garam 4. Satu sudu jintan hitam 5. Manjakani (semua bahan-bahan ni ditumbuk/dikisar) 6. Perahan limau nipis (sebiji atau dua biji) 7. Perahan asam jawa Peralatan yang diperlukan 1. Periuk tanah (yang dialas dengan sireh) 2. Batu sungai ( amik yang muat dengan periuk tanah. 3. Kerusi plastik (beli yang berlubang-lubang kecil) 4. Kain batik. ...

Kebaikan Manjakani

Hari ni aku nak kongsi mengenai kebaikan manjakani yang dikenali dari turun temurun membawa kebaikan kepada kesihatan wanita terutamanya bahagai keintiman. Manjakani telah diamalkan oleh orang Arab, Iran, India, Cina dan Melayu. Malah ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 Sebelum Masehi oleh orang-orang Mesir Purba.  Ia sinonim dengan fungsinya yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Manjakani adalah buah yang dipercayai membantu merapat dan menegangkan dinding faraj. Ia juga dapat menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita. Tannin yang terdapat dalam Manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula. Ia juga membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga. Anti-oksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim. Ia juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi. Manjakani yang bersifat as...

Evening Primrose Oil (EPO)

Image
Evening Primrose Oil (EPO) memang supliment popular di kalangan wanita. Ia dikatakan mendatangkan banyak kebaikan kepada wanita terumata bagi tujuan kecantikan dan kesihatan dalaman. Dan yang penting, ia dikatakan boleh mengekalkan awet muda seseorang. Kiranya ni modern stlye 'jamu' la..aku pun baru je mula amik..sebelum ni aku banyak amalkan makan jamu and ulam2 je.. Aku baru beli kat farmasi Evening Primrose Oil EPO ni meningkatkan lembapan kulit sebanyak 13.9 peratus, menyekat kehilangan lembapan 10.2 peratus, ketegangan 19.2 peratus, keletihan 22.2 peratus, kelembutan 3 peratus dan keanjalan 3.5 peratus. Evening Primrose Oil EPO boleh memperbaiki dan mengekalkan kerosakan kulit disebabkan penggunaan sabun pencuci dan lain-lain seperti radiasi matahari, bahan kimia, kosmetik, pendingin udara dan asap rokok Ramai antara kawan2 aku dah lama amalkan EPO ni..aku je baru nak start..apa yang penting kita berusaha untuk menjaga penampilan dan kesihatan diri daripada bi...

Pentingnya berpantang selepas bersalin..

Image
Zaman dah semakin moden..semua benda orang buat nak cepat je..macam tu dengan pantang lepas bersalin..Walaupun mak aku selalu kata aku tak pantang, tapi bagi aku, aku cukup mengamalkan pantang dan mengamalkan segala aspek untuk menjaga kesihatan wanita. Walaupun aku bekerjaya dan hidup dalam kesibukan dan pemodenan, amalan nenek moyang dan tradisional tetap aku amalkan. Cuma aku improvise mengikut logik akal aku. Gabungan antara moden dan juga tradisional. Kebelakangan ni aku tengok, ramai kawan2 aku langsung tak pedulikan hal berpantang ni..Baru 20 hari bersalin, sibuk nak keluar p shopping la apa la..bila kita tegur kata bosan, and kata badan dah cukup sihat dan kuat untuk berjalan. Angkut anak yang masih dalam hari (kata org2 tua bg baby yang tak hbs pantang lg). Memang aku tak nafikan seronok sebenarnya nak tayang anak..tapi apa salahnya tunggu sehingga habis pantang. Bukan lama pun.. Melalui info yang aku dapat dari internet dan juga pengalaman diri sendiri, kesan daripada ku...

Petua Si Bidan Muda

Image
Minggu lepas aku balik KL seminggu tuk jenguk anak-anak aku dan juga my sis new born baby girl Maryam Medina. Aku berpeluang jumpa tukang urut moden yang mengurut kakak aku. Umur dia baru 30 tahun..Tapi tengok cara dia, bukan calang2 la..she knows what shes doin.. Dia ada FB..kalau nak mentak khidmat dia mengurut boleh search Siti Aishah Confinement.. Dia ada bagi petua kat kakak aku..Katanya dia amalkan petua tu sampai sekarang. Dia kata pompuan tak boleh mandi lebih dari pukul tujuh malam. Kalau rasa belengas sangat pun cukupla sekadar mengelap badan tu. Kata dia..kalau dah lap2 badan tu..sapu bedak..wangi jugak..hehehehe Dia kata amalan tu bagi mengelakkan bahagian sulit kita tu berair. Wallahuallam..tap tak salah kalau kita juga amalkan betul tak? Siti Aishah ni dah ada anak dua tapi badan dia cantik..dia mewarisi ilmu kebidanan ni dari nenek dan jugak emak dia. Menarikkan..tak sangka ada orang semuda itu nak meneruskan tradisi kita orang Melayu..Lagi menarik, laki dia...

Petua hilangkan sakit senggugut

Image
Masalah senggugut ni memang biasa di kalangan wanita terutamanya remaja. Orang selalu cari cara yang terbaik nak hilangkan sakit senggugut ni. Dulu kita selalu  makan penadol mentrual warna pink tu. Tp pil2 ni tak baik tuk kesihatan kita sebenarnya. Petua aku nak bagi ni sebenarnya aku reka sendiri sebab masa tu aku dah sakit sangat dah. Dah tak tau nak buat apa lagi pun time tu banyak keje aku kena tolong laki aku kat kedai dobi. Memang aku tau kunyit baik tuk rahim kita. So aku g kedai runcit sebelah kedai aku, aku beli segenggam kunyit ngan halia. Aku potong nipis2 aku rebus ngan gula merah. Rebus tu biar la lama skit biar keluar pati2 halia ngan kunyit tu. Lepas tu minum sambil selawat 3 kali. Seeloknya minum masa panas. Tp korang agak2 la kan, jangan plak tengah2 mendidih tu korang hirup. Buat la seperiuk kecil, and ulang minum. Alhamdullillah berkesan. Rasa dia sedap juga sebab gula merah tu buat kita rasa fresh. Halia tu plak buang angin. Nanti terus rasa segar. ok ye ...

Jamu untuk kesihatan wanita

Image
Selepas kelahiran anak kedua ni aku memang rajin sikit makan jamu. Masa dalam pantang aku makan jamu Mak Dara tapi aku rasa jamu tu tak sesuai ngan aku. Kebetulan aku kenal ramai orang Indonesia yang tinggal berdekatan dengan kedai aku. Dorang ajar aku makan jamu dari Indon yang murah harganya berbanding jamu Malaysia dan lebih berkesan berbanding jamu yang sedia dalam kapsul. Ramai yang tanya mengenai jamu-jamu yang aku makan and yang aku buat sendiri. So aku akan kongsikan di blog ini supaya lebih ramai mendapat manfaat darinya. Aku akan kongsikan resepi jamu mudah yang aku buat sendiri di rumah. Selalunya aku buat banyak n simpan dalam botol. Setiap pagi and malam akan aku teguk ikut berapa banyak yang suka. Khasiat jamu ni adalah untuk kesihatan wanita . Asalnya jamu ni adalah jamu Kunyit & Asam yang kebiasaan menjadi amalam ramai orang. Cuma aku tambahkan bahan dia ikut keperluan khasiat2 lain. Bahan-bahannya KUNYIT ASAM  JAWA GULA MERAH  MANJAKANI ...