Di sini kita bermula, dengan penuh kemanisan hidup yang belum tentu di mana hempedunya. Namun, kecekalan dan kesabaran pasti membawa bunga indah penuh warna warni..
How to do your eye brow and lashes... hahahaha
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Bila ada anak perempuan..macam ni la kan..hahahahhaa. Penghibur hati. Simpan dalam youtube supaya nanti dia besar dia boleh tengok balik.
Selepas kelahiran anak kedua ni aku memang rajin sikit makan jamu. Masa dalam pantang aku makan jamu Mak Dara tapi aku rasa jamu tu tak sesuai ngan aku. Kebetulan aku kenal ramai orang Indonesia yang tinggal berdekatan dengan kedai aku. Dorang ajar aku makan jamu dari Indon yang murah harganya berbanding jamu Malaysia dan lebih berkesan berbanding jamu yang sedia dalam kapsul. Ramai yang tanya mengenai jamu-jamu yang aku makan and yang aku buat sendiri. So aku akan kongsikan di blog ini supaya lebih ramai mendapat manfaat darinya. Aku akan kongsikan resepi jamu mudah yang aku buat sendiri di rumah. Selalunya aku buat banyak n simpan dalam botol. Setiap pagi and malam akan aku teguk ikut berapa banyak yang suka. Khasiat jamu ni adalah untuk kesihatan wanita . Asalnya jamu ni adalah jamu Kunyit & Asam yang kebiasaan menjadi amalam ramai orang. Cuma aku tambahkan bahan dia ikut keperluan khasiat2 lain. Bahan-bahannya KUNYIT ASAM JAWA GULA MERAH MANJAKANI ...
Bahan-bahannya. 1. Kunyit 2. Halia 3. Manjakani 4. Gula Merah CARA MEMBUATNYA 1. Tumbuk kunyit dan manjakani. Halia di hiris halia dan rebus bersama. 2. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan juga gula merah 3. Biarkan sejuk, tapis sebelum simpan. peringatan *cukup sekadar meletakkan sebiji manjakani kerana rasanya pahit. Sekiranya anda boleh menelan jamu yang pahit boleh letak mengikut kehendak anda. Jika tk nak letak pun tak apa. (boleh juga masukkan daun sireh.) update 25 Oktober 2016 Kak J ada jual Air Jamu Homemade. Sebotol RM15 tuk 500ml. Kak J juga ada buat pakej tuk pengusaha spa yang nak beli secara pukal or yang nak jadi reseller. Boleh whataps 0192682280-Kak J or follow ig: @juliaismail83
Pejam celik..pejam celik dah hampir lima tahun aku bergelar seorang wartawan akhbar. Bila orang tanya kerja apa, n aku jawab wartawan..mesti orang akan diam sekejap lepas tu macam2 soalan keluar kat mulut dorang. Seronok tak..mesti tak ada masa..susah..macam2 lagi la..Tapi im enjoying my job so much. Kerja aku sangat menarik dan terlalu dekat dengan jiwa aku. Tension tu biasa la..kerja mana tak tension kan. Bagi orang yang sangat aktif dan suka kerja luar..bidang kewartawanan sangat sesuai dengan aku. I luv writing..mulut bising..banyak soalan..sesuai ngan aku kerja ni..hahahaha. Bagi aku, menjadi wartawan bukan lah sukar seperti yang ramai anggap. Kerja aku tak ada punch card. Jika assignment sebelum pukul 12tgh aku boleh gerak terus dari rumah. Kalau selepas 12 tgh aku perlu masuk ofis dulu. Kemudian selepas assignmnt masuk opis taip story. Mula2 memang susah sebab rasa semua yang org cakap aku nak tulis..tapi lama kelamaan masa interview kita dah tau apa yang hendak ditulis. Dan ak...
Comments