Rampasan Arak di Kg Cina

Semalam Majlis Perbandaran Kota Bharu buat serbuan di beberapa rumah di Kampung Cina. Hasil rampasan adalah arak-arak Malaysia dan juga arak-arak dari Thailand. Ini merupakan operasi bersepadu antara MPKB, Polis, Jabatan Agama Islam dan Kastam.

Aku sebelum ni memang parnah bau arak tapi aku tak pernah bau tuak masam. Semalam, tak sangka premis tersebut merupakan kilang membuat tuak masam . Bau dia busuk sampai pening kepala..tak dapat nak bayangkan bau dia macam mana..

Mengikut pegawai MPKB, kali ini merupakan rampasan yang terbesar kerana hasil rampasan penuh dua tak dan juga satu 4wd.. Rupa2nya sederet rumah2 kat situ semuanya jual arak and buat sendiri tuak..Lima buah rumah ke semuanya..

Aku sertakan gambar2 yang aku amik pakai phone aku untuk tatapan semua..

Sebungkus harganya RM3

Ni la rupanya tuak..busuk gila

Sederet rumah kat pintu gerbang ni kena serbu

Ni sebahagian dari arak yang dirampas

Ta..da...hahahaha

Comments

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Cara membuat Jamu sendiri