Pencerobohan Lahad Datu dan Sandiwara

Lama dah rasanya aku tak menulis maklumlah agak sibuk sikit kebelakangan ini. Isu paling hangat yang sering diperkatakan oleh semua rakyat ketika ini adalah mengenai isu di Lahad Datu. Tak kira sama ada orang bijak pandai, golongan profesional, pengikut politik tegar malah kanak-kanak sekolah memberi pandangan masing-masing mengenai isu ini. Ada yang menyalahkan pihak penceroboh, ada yang menyalahkan polis, tentera, pemerintah malah kerjaya wartawan juga diperlekehkan dalam isu ini. Ada juga yang mengatakan perkara yang terjadi di Lahad Datu adalah sandiwara politik. Sejujurnya, aku ingin bertanya kepada mereka yang berkata begitu. tergamak sungguh ayat itu keluar dari mulut mereka. Sayu rasanya hati aku bila aku mengenang wajah-wajah keluarga yang terkorban.

Semalam, aku menghadiri majlis pengebumian wira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pertama yang terkorban di Lahad Datu ekoran terkena tembakan ketika bertempur Ahmad Hurairah Ismail, 24 di Kampung halamannya di Pasir Mas. Aku ditugaskan untuk membuat liputan. Dua hari aku berkampung di rumahnya. Melihat wajah ibu dan bapanya yang begitu sedih namun tersemat di sudut hati mereka kebanggaan melangit apabila anaknya digelar perwira negara. Rumah kayu mereka dibanjiri ratusan manusia pelbagai pangkat untuk memberi penghormatan. Di celah-celah keramaian itu, aku dapat mendengar suara-suara kecil yang mengeluarkan pendapat masing-masing mengenai isu pencerobohan ini. Ada yang menyalahkan ATM mengenai sisi taktikal mereka dalam melakukan serangan. Wahai pakcik kampung, siapakah anda dan apakah kelayakan anda untuk mempertikaikan kerja yang dilakukan pihak keselamatan negara yang bertungkus lumus menyelamatkan negara. Anda hanya insan terpencil yang menghidup kopi setiap pagi di kedai kopi tanpa melakukan apa-apa. Aku amat sedih dengan situasi tersebut apatah lagi ia berlaku di perkarangan rumah Allahyarham Koperal Ahmad Huraira. Adakah bagi anda kematian Huraira adalah sia-sia dan agenda politik semata2? Apakah perasan keluarga Huraira sekiranya mereka mendengarinya? Apakah perasaan keluarga 9 lagi perwira negara yang terkorban di Lahad Datu.

Pelbagai kejadian yang aku lihat dan dengar sepanjang dua hari ini. Ada juga insan yang menggantung bendera parti poltik sebesar-besarnya pada jalan memasuki tanah perkuburan tersebut. Bagi aku..perlukah semua itu? Tidak bolehkah kita menghormati pemergian Huraira tanpa sebarang agenda yang diperbesarkan? Adakah parti politik perlu dikaitkan dengan sebarang kematian? Huraira pergi hanya membawa nama yang dijulang sebagai perwira negara dan juga kain kapan yang membaluti tubuh serta amalannya.

Stau lagi pengalaman yang tidak boleh aku lupakan adalah apabila Tentera Darat, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin tidak dapat menahan airmata apabila melihat salah seorang anggotanya gugur di medan pertempuran dan dalam masa yang sama menerima tohmahan daripada pelbagai pihak. Apabila pihak media mengajukan soalan mengenai pandangan beliau tentang tohmatan sesetengah pihak mengatakan semua ini adalah sandiwara, sekalai lagi beliau sebak ketika menuturkan kata-kata.

“Saya sebagai Panglima Tentera Darat ingin menegaskan bahawa ancaman yang negara hadapi di Lahad Datu adalah daripada musuh sebenar.

“Saya tidak faham kenapa ia dikatakan sebagai sandiwara. Adakah ia sandiwara sekiranya melibatkan ahli keluarga mereka.

“Nyawa anggota keselamatan telah terkorban. Adakah ia masih sandiwara? Tepuk dada tanya selera,” ujarnya dalam keadaan sebak.

Beliau menyifatkan tuduhan mengenai isu pencerobohan di Lahad Datu ini sebagai satu sandiwara adalah tidak masuk akal.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai individu yang melemparkan tohmahan itu dikatakan merupakan bekas pegawai kanan ATM.

“Saya tak mahu komen lebih kerana sebagai ATM telah bersumpah ikrar kesatriaan untuk menyimpan rahsia negara sekuat-kuatnya.

“Jangan kerana masalah peribadi kita rosakkan organisasi dan saya tak dapat komen terperinci sebab tak tahu masalah mereka,” jelasnya.

menyifatkan gugurnya Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, ketika bertempur dengan pengganas kesultanan Sulu di Sungai Nyamuk, kampung Tanjung Batu, Lahad Datu kelmarin sebagai 'ultimate sacrifice' (pengorbanan tertinggi).


Zulkifli memuji keberanian allahyarham dalam berhadapan musuh dan sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan maruah negara dan bangsa.

“Dia seorang askar yang berani dan dia terkorban apabila terkena tembakan ketika berbalas serangan dengan pihak pemberontak.

“Siasatan awal mendapati dia berdepan dengan musuh dan dapat melihat mereka secara hadapan. Dalam proses tersebut salah seorang rakannya terkena tembakan di pipi,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengkebumian Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah di Tanah Perkuburan Kampung Bayu Lalang, di sini, semalam.

Katanya, dia yakin bahawa pengorbanan Allahyarham bukan sia-sia dan sama-sama berdoa agar dia memperoleh syahid dan ditempatkan di kalangan para syuhada.





Comments

Ina said…
Sedih bila terdengar suara-suara yang memperlekehkah kematian mereka. semoga mereka dibukakan hati untuk melihat kebenaran dan semoga para perjuang negara yang gugur ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. juga doa buat para pejuang negara yang sedang mempertahankan kedaulatan negara agar sentiasa dilindungi Allah tidak kira dimana mereka berada. Amin..

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland