Anak muda tak layak taksub politik...

Bila menjelang pilihanraya setiap penggal..kita akan lihat pelbagai pihak berperang sesama sendiri sama ada dari segi lisan mahupun fizikal..semakin aku dewasa dan memahami setiap isu dan agenda politik..aku jadi seakan muak dan mempersoalkan adakah kita memerlukan politik di dunia ini..tp itu lah hakikat..dalam apa sahaja institusi, politik akan wujud tidak kira kita suka atau pun tidak. Aku masih muda dn banyak pehaman mengenai politik yang aku tidak mengerti. Susur galur politik amat remeh untuk cuba difahami namun sebagai tugas seorang wartawan mahu atau tidak aku perlu juga meletakkan diri aku di dalam situasi tersebut.

Bagi penggal ini..aku lihat peperangan merebut undi bukan sahaja melibatkan satu individu tetapi telah membabitkan seluruh rakyat secara am nya. Aku tidak tahu sama ada isu di lahad datu itu adalah satu agenda politik atau tidak..walaupun aku berada di pihak media..sejujrnya aku tidak berani mengutarakan persoalan itu. Kedua-dua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang saling menyalahkan satu sama lain. Bagi aku..kalau kita tidak tahu kebenaran jangan sesekali kita membuat andaian dan lontarkan pendapat kita sesuka hati.

Di sini ingin aku menyatakan kebimbangan aku apabila melihat terlalu ramai belia yang terlalu lantang menyuarakan pendapat di media sosial..ya..anda taksub dengan pemimpin anda tapi sejauh mana anda tau kebenaran mengenai peminpin anda? usia anda tidak pun mencecah 30an tapi kelantangan buah fikiran anda seolah anda sudah hidup dari zaman sebelum perang. Kelantangan anda menyatakan buah fikiran tidak berasas menampakkan kebodohan anda sendiri. Bukan aku menujukan kepada golongan tertentu tetapi perkara ini membuatkan remaja dan belia negra kita semakin rosak akal fikiran.

Di kalangan rakan aku yang bekerja sebagai seorng wartawan juga  mempunyai sikap seperti ini dan secara terbuka memaki hamun pemimpin dan sesiapa sahaja yang tidak disukainya..ya aku menggunakan perkataan memaki hamun kerana itulah apa yamg dilakukannya stiap hari dalam laman FB nya. Apakah hak anda seorang yang berumur 26 tahun memaki hamun PM dengan mengatakan dia bodoh dan sebagainya. Anda sendiri ilmu cetek di dada malah anda jugak masih tidak mendaftar undi..wahai teman  anda sungguh tidak layak..Letakkan ilmu anda dibandingkan dengan ilmu D.S. Najib Tun Razak..oh teman..anda hanya sebesar kuman.

Begitu juga bagi mereka yang mengutuk Nik Aziz..wahai anak muda...adakah ilmu agama anda setanding ilmu dalam milikan beliau? Jangan mengeluarkan kata2 hanya kerana mengikut  apa yg orang kata..Fahamkan dulu apa butir perbicaraan anda..

Aku sejujurnya sedih demgan ank muda kini..terlalu taksud dengan politik sehingga tidak sedar mereka diperbodohkan.. wahai anak muda..wahai teman-teman..usahla kita campur pentadbiran ngara..tak usahlah kita campur urusan politik..kerana ilmu kita masih cetek..biarlah mereka yang lebih mengetahui menguruskan hal ini..aku percaya..ia tidak lah seteruk mana..negara kita masih aman tidak kira siapa memerintah..jika anda fahami sejarah..selepas kemerdekaan negara kita tidak pernah diganggu tetapi kini pencerobohan berlaku..buah fikiran kita sangat berguna..tengaa kita sangat diperlukan..janganlah rosakkan harapan negara terhadap kita dengan kebodohan kita sendiri..bila tiba masanya baru kita tampil untuk menggantikan tempat mereka selepasa generasi berganti..buat masa ini kita hanya layak menjadi pemerhati dan belajar dari setiap kesilapan..jaga mulut lidah kita..jaga jemari kita..jangan silap langkah..

Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular posts from this blog

Jamu untuk kesihatan wanita

Pelacur Remaja..

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland