Pemilik Payudara Terbesar Dunia upah pengawal peribadi
Memiliki payudara yang besar adalah idaman setiap gadis dan wanita sebagai tarikan kepada bentuk tubuh badan. Namun, bagaimana pula sekiranya saiz payudara tersebut mencecah saiz 102ZZZ?
Bagi Annie Hawkins-Turner, 53 yang berasal dari Atlanta, Georgia yang merupakan pemegang rekod payudara terbesar Guiness Book of Record terpaksa mengupah pengawal peribadi bagi mengelakan dirinya diganggu ekoran aset yang dimilikinya.
"Tak ada sesiapa menyerupai saya. Saya merupakan satu dalam sejuta. Saya terpaksa mengupah pengawal peribadi bagi mengelakkan diri daripada mereka yang sentiasa mengejar saya," katanya.
Annie yang memiliki payudara seberat 50 kg itu tidak pernah berhasrat untuk menjalani pembedahan bagi mengecilkan payudaranya itu. " Buat apa membetulkan sesuatu yang tidak rosak" katanya.
Anne mengidap gigantomastia, yang yang menyebabkan pertumbuhan progresif pada tidu payudara.

Dia perlu membongkok dan sekiranya dia bangun dengan cara yang salah dia akan menyakitkan dirinya sendiri. Sekiranya dia berdiri terlalu lama juga, bahunya akan sakit.

Walaupun dia menerima keadaan dirinya secara positif, ia tetap memberi kesan kepada mereka disekelilingnya terutama anak lelaki beliau.
.
Comments