Posts

Hiking Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan

Image
Hai semua. Kembali bersiaran. Write up kat sini ikut mood.. Hahaha.. hilang lama..dia muncul balik. Ok la, kali ni nak tulis pasal Gunung Datok. Lama dah g Gunung Datok ni..Awal tahun tapi la ni baru nak tulis review skit..hahahahhahaha Trip ni 19 Januari 2019 and of couse aku naik dengan geng Kosmo Hikers! la kan. Gunung Datok  ni terletak di Rembau,  Negeri Sembilan  dan mempunyai ketinggian setinggi 884  meter  (2,900.26 kaki). Bagi aku Gunung Datok ni paling best naik waktu malam sebab kita tak nampak betapa tonggeknya trek tu..hahahahha.. Pastu malam ni sejuk la sikit. Kami naik waktu pagi dalam pukul 2 pagi macam tu. Asalnya nak naik kul 12am tapi biasala bila dah naik ramai-ramai ni jadi la lewat. Estimate time dalam dua jam je sebenarnya tapi hari tu aku sampai lambat gila..entahnya maybe sebab aku tunggu laki aku sakit lutut kot..hahahaha. Nak naik malam ni yang penting kena prepare dengan head lamp. Selain head lamp ni sediakanla ju...

Gunung Siku (Mossy Forest), Cameron Highland

Image
20 April. Bersama team Kosmo Hikers kami mendaki Gunung Siku. Bertolak jumaat malam dan Konvoi ke Masjid Loging. Kami berehat, bersiap dan sembahyang. Mulakan pendakian pada pukul 8.30 pg. Sejujurnya trek dia tak la terlalu sukar. Tambahan pula cuaca sejuk so kita tak la rasa penat or dehirated. Pendakian yang sungguh santai. Penuh gelak ketawa dan juga suara2 kekaguman keindahan ciptaan tuhan. Mmg sumpah cantik gila permandangan macam dalam filem lord of the ring gitu. Kami amik masa 3jam setengah nak naik sebab banyak berenti amik gambar..hahaha..masa turun semua sampai dalam masa satu setengah jam je. Kali ni kami xada masak2 beria2..kami bungkus makanan dari bawah makan kat atas. Cuma masak air panas je.  Kami sampai bawah dalam pukul 2.30pm..bersiap..makan..g pasar malam CH..pastu sebahagian kami stay di Homestay dan sebahagian lagi balik terus ke destinasi masing2. Berbaloi wei naik. Dtg jauh2 tuk permandangan yg sngt indah.

Patin Asam Pedas

Image
Ingat tak ritu beli patin banyak? Haha..punya la lama simpan dalam peti ais..tempoyak dah habis..so tanya2 la kawan2 alam maya nak masak apa lagi..so ramai bagi idea.. Patin Asam Pedas.. ok juga la kejadiannya.. Bahan2.. Ikan patin - dua/tiga keping Asam keping/asam jawa Daun kesum Serai Bendi Bahan-bahan dikisar Bawang putih Bawang merah Cili kering Cara-cara Tumis bahan-bahan yang dikisar sampai naik minyak. Masukkan serai, air asam jawa/atau asam keping. Senang cerita..masukkan je semua sekali..senang je nak masak..hahaha..pastu masuk ikan..Kalau ada bunga kantan..lagi sedap. Dh..tu je resipi.

Patin Masak Tempoyak

Image
Ini kali pertama Kak J nak masak ikan patin. Entry sebelum ni kak j tunjuk cara basuh ikan patin n packing. Now nak share resipi Patin Masak Tempoyak Cik Mael. Cik Mael ni ayah Kak J (Ismail). Dia suka makan Patin Tempoyak and dia akan masak sendiri. Selalu kalau Kak J balik Selayang, dia akan masak dua tiga ketul je tuk kami berdua sebab org lain xberapa makan ikan patin ni. Bahan2 Ikan patin 3-4 keping Cili merah,cili padi, kunyit (blender) Serai 1 atau 2 batang (ketuk) Tempoyak (3sudu. Klu nak lebih pun tak per) Asam keping Garam/gula Cara-cara Panaskan bahan yang diblender. Masukkan skali serai, tempoyak dan asam keping. Kak J letak sekejap.je asam tu pastu bila kembang angkat sebab tak nak masam sangat. Bila dah mendidih masukkan garam gula(sikit je). Kalau nak letak mak aji pun boleh. Kak J tak letak sebab cik abg xsuka. Dah rebus mengelegak..baru masuk ikan.. Tada!! Senangkan.

Ke pasar beli ikan patin.. Pasar Borong Selangor

Image
Alkisah teringin benar nak masak ikan patin. Selama ni makan patin tempoyak ayah masak je. So ari ni nampak ikan patin kat Pasar Borong Selangor. Punya la besar. Sekilo RM4 je. Ramai yang kata patin tu patin kolam and tak diyakini bersih..tapi Kak J yakin je..hahaha.. Tokey kedai xbagi beli sekerat2. Kalau nak kena beli sekor. Bapak besar sekor tu.  Tapi disebabkan teringin sangat Kak j beli jugak sekor tu..Murah je dalam RM15. Bawak balik..ya allah hazab nye nak mencuci. Kak J cuci satu persatu..darah dia macam darah manusia wei..hahaha..Letak cuka skit bagi hilang hanyir pastu packingkan dlm plastik tuk sekali masak. Bagi memudahkan kerja kita nanti. Yang dalam besen tu nak masak tempoyak. Yang lain-lain tu ada ayam and ikan keli. Pun Kak j packingkan kecik2 senang nak masak nanti

Bukit Batu Putih, Port Dickson

Image
Bukit Batu Putih, Port Dickson. Dua kali Kak J pergi satu family. 1st time pergi dengan team Kosmo. 2nd time pergi dengan kawan n siap pakej Camping satu malam kat Blue Lagoon. Bukit Batu Putih sangat sesuai tuk mereka yang nak bawak anak..tak jauh n tak susah..and view kat Hill Top dia mabeles tapi bahaya skit nak panjat hill top. Kalau hiking kat sini memang banyak port tuk tangkap gambar and ada IG value la kalau siapa2 yang jenis suka haplod gambar kat IG. Boleh pergi rumah api dulu..Selesai amik gambar..boleh lencong ke laluan tuk ke hill top..masa turun bawah..akan sampai ke tepi pantai dahulu. View dia..ya allah..memang cantik dan sesuai nak amik gambar. Ramai juga tanya macam mana la kami bawak anak-anak naik bukit. Ye la yang sulung si Addam tahun ni 10 thn, Rizqy 8 thn n Camelia 3 thn. They start hiking last year. Tapi kami bawak depa hiking bukit yang rendah2 je la..xlebih 300meter ketinggian..kalau lebih..takut rabak kaki bapaknya..hahaha..sebab nak kena kendong si...

Cheese Tart Derhaka...hahahaha

Image
Seperti biasa Kak J suka sangat nak mereka-reka buat kuih, kek and pastri. Buat tuk makan sendiri je tak ada la niat nak menjual-jual ke apa.. Zaman sekarang ni..bila nak masak je terus bukak telefon google sana sini cari resipi. Zaman mak-mak kita dulu kumpul la resipi-resipi majalah or akhbar pastu tampal dalam buku nota. Kali ni Kak J buat Cheese Tart hasil Gugel ke page masam manis. Banyak resipi ada dalam blog ni. Boleh klik  Blog Masam Manis  .  Terima kasih empunya blog..mintak halal ye resipinya. Semoga anda dimurahkan rezekidi masa hadapan. Alkisahnya..Kak J ni suka derhaka kat resipi..hahahaha.. resipi dh kata gitu..aku main campak2 bahannya. Resipi kata kuning telur..ku campur sebiji telur sebab sayang..hahaha..gula main bubuh sesuka hati. Resipi kata pukul dulu butter n gula..aku campur sekali telur gaul pakai tangan..cerdikkan..hahaha..hasilnya..keras kedekung aku nye tart shell..xpe..next time aku buat lagi...huhuhu Ok ni Kak J tampal resipi asal da...