Kursus Perbidanan Dan Urutan Tradisional
Sebulan lebih dh jobless..dlm sebulan tu selain daripada menghabiskan masa bersama anak2 dan keluarga..benda paling berguna Kak J buat adalah mengikuti kursus perbidanan Melayu dekat Kolej Komuniti yang diajar oleh Opah Nita. Sebenarnya banyak je kursus2 perbidanan n urut tradisional ni kat luar..tapi Kak J tertarik dengan kursus-kursus yang diadakan oleh Kolej Komuniti Selayang yang diajar oleh Opah Nita (boleh search FB beliau). Opah Nita ni jangan pula kita bayangkan dia dh tua ye..hahahaha..dia muda lagi. Antara kursus yang ada adalah pastri, kecantikan, asas perniagaan dan juga kursus perbidanan yang dipecahkan kepada segmen-segmen kecil Urut pre/postnatal, Kursus Tangas, Lulur dan Scrub, Penjagaan Bayi dlm pantang, Kursus pembuatan rempah dan herba berpantang dan banyak lagi. Kesemua kursus ini berharga RM70 sahaja. Mula-mula Kak J sertai Kursus Tangas dengan Opah Nita. RM70 sahaja untuk kursus satu hari. Kemudian Kak J sertai pula Kursus Urutan Selepas Bersalin (Advance) se...