Posts

Utusan Melayu...Selamat tinggal...

Image
Hari ni genap sebulan Kak J menamatkan perkhidmatan di Utusan Melayu sebagai Wartawan akhbar Kosmo!.. Bila ditanya..adakah aku bersedih..ya..sedikit mungkin..perpisahan atas pilihan VSS iaitu Voluntary Separation Scheme..Ye voluntary yang bermaksud secara sukarela. Tarikh tamat perkhidmatan pada 30 November 2018 Pengalaman pertama dalam penulisan dan kewartawanan aku timba dari syarikat keramat ni..banyak suka duka yang aku cipta sebagai memori untuk aku bawa sebagai pengalaman mengharungi dunia yang lebih luas... Adakah aku masih kekal dalam dunia kewartawanan??...biar masa menentukan..buat masa ini aku mahu menikmati waktu2 indah sebagai insan jobless bersama anak2..muahh3x...

Cara Membuat Air Jamu Sendiri di Rumah

Image
Air Jamu Kak J - 0192682280 ig-@juliaismail83 Sekali lagi aku nak share resipi Jamu Homemade. Last entry kalau tak silap tahun 2012. Ok, Aku memang amalkan jamu kunyit ni. Selain baleh membantu merawat masalah wanita, ia dapat melambatkan penuaan dan juga menguruskan badan. Tak rugi kalau amalkan. Ok..ini resipinya di bawah. Mari kita kongsi manfaatnya. Bahan-bahannya. 1. Kunyit 2. Halia 3. Manjakani 4. Gula Merah 5. Asam Jawa 6. Asam Keping 7. Sireh CARA MEMBUATNYA 1. Potong kunyit, halia, sireh dalam ketulan yang agak kecil dan rebus bersama manjakani. 2. Apabila semua bahan sudah masak tos kan dan kemudian kisar. Air rebusan tadi jangan dibuang dan boleh dicampurkan. (tujuan merebus dahulu semua bahan adalah untuk mengelakkan getah kunyit melekat pada blender anda) 3. Kemudian tapis/perah (guna penapis kain). Ulang kisar bahan2 tadi (hampas) dengan air dan tapis sehingga sarinya habis. 4. Kemudian panaskan kembali dengan gula merah dan...

15 kebaikan Kunyit Pada Wanita

Kunyit bukanlah asing di kalangan rakyat Malaysia. Kunyit banyak digunakan di dalam masakan seharian sebagai perasa yang melazatkan setiap hidangan. Tanpa kita sedar, Kunyit ini merupakan antara bahan paling popular di amalkan Indonesia sebagai petua penjagaan kesihatan wanita mahupun lelaki. Kunyit atau nama saintifiknya latin Curcuma Domestica Val ini Tahukah anda bahawa kunyit ini mampu merawat pelbagai masalah dalaman wanita seperti keputihan, sengugut dan sebagainya malah ia juga mampu menaikkan seri wajah dan juga awet muda. Kunyit membantu memperkuatkan sistem daya tahan badan Antara Kebaikan Kunyit 1.     Membantu menyembuhkan luka lebih cepat dan bertindak sebagai antiseptic alami. 2.     Kunyit membantu dalam pertumbuhan sel yang secara tidak langsung melambatkan penuan. 3.     Mendetoksifikasi badan dari bahan kimia dari badan 4.     Dapat menhalang dari kanser. 5.     Dapat menurunka...

Camelia Imanie - Pengubat luka sang ibu

Image
Sebahagian dari diri aku rasa amat sedih sebab ni lah yang terakhir kali aku dapat merasakan pergerakan bayi di dalam perut..dapat merasa sembabnya kaki membawa bebanan si kecil ini..dapat merasakan indahnya pandangan mata si kecil memandang tepat di mata ketika sedang menyusu..kulit bersentuhan..tak dapat aku bayangkan sekiranya tuhan menarik nikmat yang aku rasai kini kerana sudah tentu ini adalah kali terakhir aku boleh memgandung dan melahirkan. Ya allah sedihnya.. Tapi dalam kesedihan itu..aku harusnya bersyukur kerana tuhan telah pinjamkan aku nikmat itu walaupun diturunkan dugaan maha hebat.. perlu kita sedar..seberat2 dugaan yang diturunkan..ada lagi insan yang menanggung dugaan lebih berat dari kita..oleh itu..aku bersyukur dengam setiap dugaan supaya mengingat kan kita pada mati, dosa dan pahala. Moga aku lebih istiqomah di masa hadapan. AMIN

Kehidupan Tanpa Rahim - Dairi Kak J

Image
Bulan ni dah masuk Oktober. Hampir 6 bulan selepas melahirkan Camelia Imani. Dan hampir enam bulan juga aku telah hidup tanpa sebahagian daripada organ dalamam aku iaitu Rahim. Sesuatu yang merupakan tonggak utama menjadikan seseorang itu wanita sejati. Ramai yang menunjukkan muka sedih bila aku bagi tau terpaksa buang rahim masa bersalin April lepas sebab komplikasi yang hampir meragut nyawa. Agaknya ramai yang merasakan hidup aku sudah gelap sebab dah tak ada rahim. Sesuatu yang amat penting bagi seseorang jika dia mahukan zuriat. Ramai yang tumpang sedih. Ye la kan.. terpaksa mengharungi saki baki kehidupan tanpa rahim pada usia baru 33 tahun. Kalau tanya aku? mula2 masa keluar dari ICU, jujur memang aku sedih. Dengan nak menanggung sakit ekoran pembedahan Major yang baru aku lalui, dengan kecederaan di pundi kencing dan perlu di repair..bertarung pulak dengan perasaan. Sememangnya tak tertanggung hati. Tapi apa yang terjadi ada sebabnya. Kita muhasabah diri. Ada yang tanya.. APA...

Placenta Previa vs Placenta Accreta

*Amaran keras..artikel ini lebih panjang dari artikel KENTUT. Selamat membaca. Hai semua..Hari ni Kak J nak bagi info skit khas tuk bakal2 ibu..ibu2 mengandung dan jugak semua wanita2 yang sudi baca Kak J nak membebel panjang2. Ari ni Kak J nak cerita pasal Placenta Previa dan juga Placenta Accreta. Mungkin ada yng dh tau mungkin ada yg xtau. Term PLACENTA PREVIA ni popular gak di kalangan ibu2 mengandung ni. Ada yang kata..ala..biasa la tu uri kat bawah..aku dulu 3 anak uri duk bawah..ok je..apa Kak J nak cakap kat org2 mcm ni 'taik hang'..xjadi apa2 kat hang tak pa la. Ok ..Placenta Previa ni adalah satu komplikasi ketika mengandung di mana uri berada di bahagian bawah menutup pintu rahim. Apabila ini berlaku, kelahiran secara normal adalah sangat mustahil dan pembedahan perlu dilakukan. Risiko untuk berlaku pendarahan selepas bersalin adalah sangat tinggi. Kak J ada kawan yang tumpah darah selepas selesai czer dan doktor terpaksa bukak balik jahitan untuk betulkan apa yg ...

Pentingnya kentut!!

Sebelum nk tulis panjang2..aku mintak maaf dulu la ek..aku ni xde benda nak buat so aku nk kongsikan kat kawan2 semua pentingnya satu aktiviti badan yang kita selalu pandang remeh. Pentingnya kentut!!.. Sangat penting ok..ni nak cerita pengalaman skit..lps keluar icu..kesan morphine dah habis..so terasa la semua kesakitan..1st visit doktor kat wad dia tanya 'awak dah kentut'. Aku ni punya la heran..dalam banyak2 soalan dia tanya aku pasal kentut.. Masuk hari ketiga kat wad..aku dah mula sakit bahagian perut..sakit sangat xleh nak describe..doktor dtg..ketuk2 perut bunyi dh mcm tong..setiap few hours nurse dtg tanya dah kentut ke belum..sbb kalau angin tak keluar dia akan lead to other problem kat usus plak..bila dengar camtu berderau darah..doktor kata..masa dalam ot..dorng ada kacau usus tu..ditolaknye ke atas ketepi semua sebab nak space..tu sebab dia merajuk (cara mudah doktor explain kat aku). Selagi xkentut aku xleh makan..mula2 minum pun dia tak bagi..banyangkan seming...