Posts

Petua buang lemak

Image
Tips ni aku baru dapat dari kawan opis aku Aqmar. Dia kata kawan kakak dia cuba sebab nak hilangkan buncit kat perut sebelum kawin dan menjadi. Aku ni boleh kata suka mencuba. Semua benda aku nak cuba sebab desperate gila nak buang lemak yang banyak kat perut lepas bersalin Rizqy. Actually badan aku tak la besar mana and my weight everage 45kg tapi lemak perut aku macam orang mengandung 4-5 bulan. Maybe sbb aku operate and jenis perut tebal. Aku tak cadang nak turunkan lagi berat sebab i will look too young macam budak2 nanti. Cuma tang perut ni. And tuk buat sit up aku masih tak mampu sebab bekas jahitan tu masih terasa sakit. Petua dia mudah. Cuma ada dua bahan sahaja. Plastik bungkus makanan (kebiasaannya bungkus sandwich) dan krim panas seperti krim pati halia mustajab. Caranya: 1. Sapukan krim panas di perut dan belakang pinggang. 2. Kemudian balut bahagian perut sehingga 3 lapisan atau mengikut keselesaan anda. Aku dah try dua kali dah di rumah. Dalam masa 2-3jam...

Peningkatan Kadar Penceraian Tanda Wanita Semakin Celik

Baru-baru ni aku buat story pasal kadar penceraian di Malaysia. Sbnrnya aku tumpang je story member-member opis yang buat main story. Aku nye tugas tuk call Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahimm mintak dia komen pasal kadar penceraian ni. Sebelum ni dia pernah buat kenyataan mengenai setiap 15 minit terdapat satu pasangan yang becerai dan angka itu mengejutkan ramai pihak kat Malaysia ini. Ia seperti menggambarkan institusi kekeluargaan malaysia sekarang ni sering memilih penceraian sebagai jalan penyelesaian dan kurangnya nilai-nilai moral dalam keluarga mereka. Tapi memang sebagai orang yang masih muda (aku baru 28 tahun) aku banyak dengar orang bercerai. Kawin setahun dua dah bercerai. Anak baby lagi pun dah bercerai berai. Yang dah tua bangka pun bercerai. Kadang2 tertanya apa yang mereka fikir sebenarnya/Tapi kita tak boleh salahkan mereka kerana kita tidak berada dalam situasi yang mereka alami. Ramai yang menganggap masalah keruntuhan ins...

Kau cinta ku

Mata terpaku melihat kamu, Masih sama seperti dahulu. Sapaan masih menyentuh kalbu, Kau hidup dalam diriku. Pernah dulu bunga disiram, Kembang mekar indah di taman, Kelopak bunga tetap akan layu, Aku jadi sayu. Mimpi semalam sungguh indah, Aku mahu kekal selamanya, Namun ia hanya fantasi, Yang tidak pernah berulang. Hari ini aku sedar, Duri adalah penyeri, Mata ku pejam dan ku buka, Hanya satu yang nyata, Kau adalah cinta ku sampai bila-bila. oleh Julia Ismail

Matinya seorang pemimpin Islam..

Kebelakangan ni orang asyik bercerita mengenai Muaamar Gaddafi. Surat khabar pun masih tak putus menyiarkan gambar-gambar dan story mengenai arwah yang disifatkan sbg pemimpin kuku besi dan kejam. Blog-blog pun banyak menulis mengenai kisah2 Muamar disebalik apa yang terjadi di Libya. Kebanyakan penulis menyatakan kesedihan mereka mengenai kematian beliau yang disifatkan sebagai satu yang tidak adil bagi seorang pemimpin yang sudah begitu banyak berjasa untuk rakyatnya. Ramai yang menyalahkan campur tangan Amerika dalam apa yang terjadi. Amerika telah dengan jayanya memanipulasi istilah kekejaman yang telah dilakukan oleh Gaddafi. Walau apa sekalipun istilah kekejaman yang disogokkan oleh Amerika tak kan sebagai manusia kita tidak boleh menilai sisi baik beliau dan memberikan dia satu penghormatan. Maksudnya bukan lah penghormatan seperti mana, sekurang2nya berilah dia pengkebumian yang sewajarnya. Dia tetap seorang Islam dan apa yang terjadi kepadanya (dibunuh) bagi aku sudah memadai...

Petua Kempis Perut

Image
Minggu lepas makcik aku bagi aku satu petua. Petua ni dia dapat dari sorang maid Indon yang dia berborak masa pegi bercuti tempoh hari. Petua ni katanya sangat mujarab sebab dia bagi majikan dia cuba juga. Bahan2nya simple je. Kapur Sireh, Limau kasturi dan garam. Cara-caranya, -Bancuh kapur dengan air lebih kurang1liter la tak sampai 1liter pun ok ikut suka. Pastu biarkan seketika. Bila kapur ngan air dah terasing (kapur mendap ke bawah) asingkan dalam bekas lain. Perah limau kasturi dalam 6 biji pastu campur garam skit. Minum pagi dan malam. Aku sebenarnya tak pernah cuba lagi petua ni. Kapur aku dah beli dah. Nk cuba je belum lagi..

Teruk sangat ke Malaysia?

Aku sebenarnya bengang ngan isu pendatang asing ni. Ari ni kerajaan Indonesia tarik balik pembekuan maid indon yang dorang buat dari tahun 2009. Sebabnya konon Malaysia dera maid dorang n teraniaya. Memang la aku akui ada kes maid kena dera, tapi yang majikan kena dera dorang tak nak amik kisah plak. Pastu majikan yang kena tipu dorang tak nak kisah plak kan. Ni yang terbaru kerajaan Kemboja plak yang beku kemasukan maid dorang. Yang nak beku2 sangat ni kenapa? Teruk sangat ke MALAYSIA ni? Aku heran betul la. Tu yang kat Arab tu pun teruk gak kena dera. Kemboja memang beku jugak kemasukan ke Kuwait. Kalau dorang sekat kemasukan pekerja dorang ke negara asing, agak2 income dorang macam mana? Tersekat ke tak? Sebab tu jugak aku rasa kenapa indon tarik balik. Mungkin sebab dua tahun ni dorang nampak kesan kat ekonomi negara dorang yg kurang. Tp dorang sekat pun yang rugi negara dorang juga. Ye la dorang bawak masuk pekerja dalam Malaysia semua tu duit. Kita bayar agent RM6-8 ribu nak ami...

Petua hilangkan sakit senggugut

Image
Masalah senggugut ni memang biasa di kalangan wanita terutamanya remaja. Orang selalu cari cara yang terbaik nak hilangkan sakit senggugut ni. Dulu kita selalu  makan penadol mentrual warna pink tu. Tp pil2 ni tak baik tuk kesihatan kita sebenarnya. Petua aku nak bagi ni sebenarnya aku reka sendiri sebab masa tu aku dah sakit sangat dah. Dah tak tau nak buat apa lagi pun time tu banyak keje aku kena tolong laki aku kat kedai dobi. Memang aku tau kunyit baik tuk rahim kita. So aku g kedai runcit sebelah kedai aku, aku beli segenggam kunyit ngan halia. Aku potong nipis2 aku rebus ngan gula merah. Rebus tu biar la lama skit biar keluar pati2 halia ngan kunyit tu. Lepas tu minum sambil selawat 3 kali. Seeloknya minum masa panas. Tp korang agak2 la kan, jangan plak tengah2 mendidih tu korang hirup. Buat la seperiuk kecil, and ulang minum. Alhamdullillah berkesan. Rasa dia sedap juga sebab gula merah tu buat kita rasa fresh. Halia tu plak buang angin. Nanti terus rasa segar. ok ye ...