Posts

Warkah untuk Anak....

Image
Tanggal 25 April 2009, kau telah menyerikan hidup aku dengan tangisan kecil mu dengan gengaman tangan yang hanya sebesar jari kelingking ku. Setiap jerih aku membawamu selama hampir 9 bulan dan keperitan melahirkan mu terbayar dengan tawa yang kau berikan sepanjang dua tahun ini. Kau telah mengubah hidupku sepenuhnya. Kau mengubah peribadiku. Kau mengubah naluri ku. Kau mengubah penampilan ku dan yang penting kau mengubah tanggungjawabku. Ku ingin kau menggenggam tangan ini selamanya. Ku ingin terus memimpin mu ke hujung jalan. Ku ingin terus memeluk mu di kala kau berduka/ Wahai anak ku, kau mengajar aku apa itu kasih sayang. Memiliki mu membuatkan aku merubah menjadi sesuatu yang aku tidak sangka akan aku lalui iaitu menjadi seorang IBU. Kau menjadikan aku lebih matang dalam mengharungi hidup yang penuh dugaan ini. Sedikit pun tiada sesal dalam hati ini melahirkan kau ke dunia ini wahai anak ku dan aku berharap mampu memberi yang terbaik agar kau tidak  menyesal aku menjadi...

Peluang Perniagaan Dengan Modal Kecil

Di sini saya ingin mencadangkan kepada mereka yang ingin membuka perniagaan sendiri dalam bidang dobi tetapi tidak mempunyai modal yang banyak terutama untuk membeli mesin. Sebagai permulaan, membuka collection centre atau pusat pengumpulan adalah idea yang terbaik dan mudah untuk dilaksanakan. Modal yang diperlukan kurang daripada RM5,000 untuk membuka pusat pengumpulan anda sendiri. Kos tersebut bergantung kepada berapa harga sewa tapak atau kedai yang bakal menjadi collection centre. Selebihnya adalah untuk kos2 seperti timbang, meja kaunter, alat tulis dan beberapa peralatan untuk kegunaan kedai. Di sini saya ingin menawarkan harga cucian RM1.50 setiap kilo kepada mereka yang berminat membuka pusat pengumpulan ini. Caranya mudah, anda hanya mengumpulkan cucian dan kemudia hantarkan kepada kami. Keuntungan anda bergantung kepada berapa RM anada kenakan bagi setiap kg kepada pelanggan. Kepada sesiapa yang berminat dan ingin tahu lebih lanjut boleh hubungi saya di 0192682280 ata...

Working mom...

Dah seminggu aku start keje. Bermulalah kembali tuga aku sebagai reporter selepas 2 bln cuti bersalin. Hmm, memang kalau ikutkan aku macam tak nk masuk je keje balik tapi seronok sebenarnya bila dah keje ni. Leh jumpa kengkawan n lepak-lepak. Cuma yang agak menganggu bila susu mengeras. Tak selesa beb. Jadual aku bermula seawal pagi. Walau kau keje  masuk kul 10 aku bangun awal sebab laki aku g keje awal. So dia akan angkat anak2 aku masuk dalam keta. Aku akan gerak ke Selayang awal pagi. Sampai selayang aku sambung tido tak pun aku trus antar Rizqy g taska. Si abang mamatok dia jaga. Pastu aku terus g keje. Penat gak sebenarnya jadi working mom with 2boys to take care. Tu tak masuk bapaknya lagi. Ngan kedai dobi aku lagi. But im trying to fit in. Nak tak nak aku kena buat juga sebab itulah kehidupan aku. Kalau dapat assignment pagi terpaksa la pagi2 buta aku bergerak. Being in the ofis kekadang seronok gak. Leh jumpa kengkawan. My work is fun actually walaupun ramai yang ter...

Losing weight..

Image
Dah berkali-kali aku cuba nak update blog tp gagal. Disebabkan internet yg sangat slow percubaan aku gagal je. Aku dah seminggu lebih dah hbs pantang. Aku raikan dengan potong rambut pendek..sependek2 alam. Tak pernah aku potong rambut pendek cam gini seumur hidup aku. Mula2 aku terkejut la gak kan sebab cina tu buat pendek sangat. Tp bila dah mula keluar n org tegur kata aku macam anak dara (mulala aku nak perasan..hahahahaha) i kinda like it. Skang ni misi aku mendapat balik bentuk badan mcm ANAK DARA!! Hahahaha..tak tau la boleh ke tak. Ye la, dulu lepas setahun bersalin kat Addam aku mengandung pulak..Misi terbantut kejap. Skang ni dah ada dua hero, aku nak jarakkan jauh skit. Maybe dalam 3-4 tahun and now its time for me to get back my figure.  Sehari selepas potong rambut  Dulu masa kawin berat aku 38kg je. Tp ikut BMI aku tak la under weight sebb tinggi aku 147cm je. Tu masa tahun 2008. Bila kawin aku trus pregnant and i gained 20kg menjadikan berat aku 58kg. ...

Tok Nek tak Sihat...

Image
Dua hari lepas Tok aku tak sihat. Dia pening2 and muntah teruk. Mama n Cik decide g amik dia kat Rawang bawak datang Selayang just incase jadi apa2. Memandangkan dia tinggal berdua je ngan Mak Ngah. Hari tu Mak Ngah pun tido sini gak. Bila dah sampai Selayang, Cik ngan Mama papah Tok masuk dalam bilik belakang. Seperti biasa, Addam pun menyebok macam dia tu boleh tolong papah skali. Bila dah sampai dalam bilik, Tok pening lagi pastu termuntah dalam bekas yang dia memang dah bawak. Time tu Addam duk depan pintu. Dia tengok je Tok Nek dia muntah sambil pegang botol susu dia. Time tu semua org sibuk risaukan Tok aku. Memang kesian kat dia. Teruk benar muntah dia. Memang Mama time tu doa je jangan la jadi apa2 sebab masa tu Mak Long aku ada kat Australia. Nak jadi kan citer, dalam kalut2 semua org terdengar.... BWUEK!!! Yang nyatanya bukan datang dari Tok aku. Rupa2nya Addam yang muntah!! HAHAHAHAHAHA....Dah la muntah dia lagi banyak dari Tok Nek dia..Dah satu keje Tok Ayah ngan Bab...

Finally...

Image
Muhammad Addam Al-Rizqy Finally, debaran aku dah berakhir 4/2 yang lepas. Tuhan je yang tau betapa aku takut nak kena bedah pada hari tu. Ye la sebelum ni aku bersalin normal, dan dari cerita kawan-kawan, czer ni sakit n macam2 horor lain. Tp the fact is tak la seteruk mana. Bagi aku sama jer bersalin secara operate atau normal. Dua-dua ada sakitnyer tersendiri. Sakit bersalin normal beberapa jam semasa contraction. Lepas keluar anak, sakit kat tempat jahit. Bagi operate plak, labour pain tak ada. Cuma the first few days tu memang crutial skit terutama masa 1st time nak turun katil. Proses pantang pun sama gak. Dulu org kata pantang czer tak leh pakai benkung, tp skang hospital galakkan pakai bengkung. Aku pun bertungku, lulur, makan jamu sama je ngan pantang normal. Ok la aku cerita skit pengalaman aku dari hari sebelum aku operate. 3 Februari (Sehari sebelum) Aku sebelum keluar pekena sup ekor Malam ni aku kena puasa start kul 12 malam. Aku memang time ni cuak gila tak...

Takut..nervous..dan apa sahaja yang membawa makna yg sama..

Tadi g checkup and baby still tak pusing. So that is it..tak payah tunggu lagi. Kalau ikutkan tadi doc dah boleh nak czer lagi pun tarikh hari ni cantik..2.2.2011. Tapi hubby kata ada hal plak nak kena g proton la apa la. So Dr Saleh pun suggestkan hari jumaat ni. Lagi pun hari jumaat hari baik. So aku leh balik..relaks..and makan apa yang aku nak..huhuhuuhu... Memang betul org kata..bila nak bersalin anak no 2 ni perasaan nervous dia lain macam skit. Takut dia tu melebih2..Ye la sebab kita dah tau macam mana proses bersalin ngan berpantang. Memang kalau nak ikutkan pengalaman aku kali ni berbeza skit sebab dulu time Addam bersalin normal n kali ni kena czer sebab baby songsang. Bila dengar pengalaman kengkawan yang pernah czer buat aku imagine macam2. Sakit lepas operation tu buat aku cuak skit. Macam2 ada dalam fikiran aku ni. Tp nak buat cam mana..4.2.2011 ni aku akan masuk bilik bedah. Harap semuanya berjalan dengan lancar..